Aduh, berdebarnya apabila dimaklumkan perlu minum air gula, risau termuntah nanti. Tenang ya bakal ibu, dalam artikel ini ada tips lulus minum air gula dengan mudah.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Tujuan minum air gula
Bilakah ibu mengandung minum air gula?
Sebelum mengetahui mengenai tips minum air gula supaya tidak sangkut, ayuh kita fahami dahulu tujuan ujian ini dilakukan.
Ujian toleransi glukosa atau lebih dikenali dengan nama singkatan GTT – glucose tolerance test, dapat membantu mengukur tahap glukosa di dalam tubuh badan individu dengan hanya minum air gula sahaja.
Tujuan GTT dilakukan adalah bertujuan untuk mengesan dan mendiagnosis sama ada wujud risiko diabetes ketika hamil bagi seorang wanita.
Secara umumnya, tempoh 2 jam GTT membolehkan doktor melihat bagaimana tubuh memproses glukosa.
Bagi individu sihat, tahap glukosa darah akan meningkat setelah makan makanan bergula dan kembali normal setelah badan menyerap gula.
Sebaliknya bagi penghidap diabetes, kadar gula dalam darah akan kekal tinggi. Inilah tahap ukuran bagi proses minum air gula ketika hamil.
Sekiranya anda muntah semasa prosedur GTT ini, ujian perlu dilakukan semula. Oleh sebab itu, amat penting untuk bakal ibu bersedia secara mental dan fizikal untuk menghadapi prosedur ini.
Jom kita ketahui tips lulus minum air gula dengan cemerlang!
Tips lulus minum air gula
Berikut beberapa perkara yang perlu dilakukan agar tidak perlu mengulangi kembali ujian air gula ini:
1. Puasa bermula sebelum 10 malam
Anda perlu berpuasa sebelum check up hinggalah keesokan harinya. Malah, ibu hamil juga disyorkan minum air masak sebanyak mungkin dan menjamah kurma.
Berapa jam kena puasa sebelum minum air gula? Sebaiknya anda mula berpuasa pada jam 10 malam.
Dalam tempoh berpuasa ini, hanya air kosong sahaja yang dibenarkan untuk diminum. Ini hanya dibolehkan sebelum anda minum air gula.
Tips minum air gula supaya tidak sangkut #2. Pergi klinik sebelum jam 8 pagi
Sebaiknya anda tiba di klinik lebih awal dan mengambil nombor giliran. Ini dapat mengelak daripada menunggu lama dan beratur panjang untuk minum air gula.
3. Ambil darah
Sebelum minum air gula, nurse akan mengambil bacaan darah anda terlebih dahulu. Prosedur ini dikenali sebagai fasting blood sugar.
4. Minum dengan cepat, tips lulus minum air gula
Air gula yang diberikan itu biasanya suam dan senang untuk dihabiskan jika anda mendapat giliran awal.
Tetapi jika datang lambat, air gula akan menjadi sedikit sejuk yang menyebabkan ia likat sekali gus membuatkan anda mual.
Tips minum air gula supaya tidak sangkut paling penting adalah untuk minum tanpa berhenti. Ini kerana apabila berhenti walaupun seketika, dikhuatiri anda akan susah untuk menghabiskannya.
Jadi sebelum mula minum, tarik nafas dalam-dalam. Semasa minum pula, tahan nafas supaya anda tidak terbau air gula tersebut.
5. Berkumur sebagai tips lulus minum air gula
Selepas minum, berkumurlah. Ini dapat membantu menghilangkan semua sisa gula di dalam mulut.
6. Perlu tunggu 2 jam
Setelah selesai minum segelas air gula, anda perlu menunggu selama dua jam untuk jururawat mengambil bacaan selepas minum air gula – 2-hour postprandial.
Dalam tempoh ini anda disarankan untuk berehat di klinik sahaja dan jangan mengambil sebarang makanan. Bahkan untuk minum air kosong juga tidak dibenarkan untuk tempoh 2 jam ini.
Tips lulus minum air gula #7. Berasa mula
Jika mula berasa mual semasa tempoh menunggu ini, sapukan sebarang minyak angin.
Anda juga boleh mencuba titik tekanan P-6 atau Neiguan bagi melegakan loya. Titik tekanan P-6 ini terletak pada jarak 3 jari daripada pergelangan tangan.
- Halakan telapak tangan ke wajah.
- Kemudian letakkan 3 jari pertama daripada tangan sebelah lagi pada pergelangan tangan.
- Letakkan ibu jari pada titik bawah jari telunjuk antara dua tendon besar – urat yang menghubungkan otot ke tulang.
- Lakukan tekanan kuat tetapi tidak menyakitkan bersama urutan untuk tempoh 2-3 minit.
Semoga tips minum air gula supaya tidak sangkut ini bermanfaat untuk anda.
Semoga bermanfaat dan slamat mencuba petua diberikan ya.
[embed-health-tool-due-date]