backup og meta

Bakal Ibu, Ini Kaedah Mengira 'Due Date' Dengan Tepat, Berbeza Ikut Cara Hamil!

Bakal Ibu, Ini Kaedah Mengira 'Due Date' Dengan Tepat, Berbeza Ikut Cara Hamil!

Setelah bertahun-tahun berusaha untuk mendapatkan zuriat, keputusan ujian kehamilan akhirnya kembali positif! Soalan seterusnya yang bakal bermain di minda; ‘Bilakah tarikh bersalin saya?’

Untuk makluman, pasangan yang sedang merancang atau bakal ibu, pengiraan tarikh jangkaan bersalin amat penting untuk memudahkan proses check-up dan menyediakan segala persiapan barangan si comel.

Selain itu, keluarga dan rakan-rakan anda juga pastinya teruja untuk tahu tarikh mereka boleh menatap wajah bayi, kan?

Tapi, bagaimana cara mengira due date ini? Usah risau bakal ibu, jom ikut perkongsian ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Tarikh bersalin, bagaimana ia dikira?

Majoriti kehamilan berlangsung sekitar 40 minggu (atau 38 minggu sejak konsepsi).

Justeru, kaedah terbaik untuk menganggarkan tarikh jangkaan bersalin adalah dengan mengira 40 minggu atau 280 hari, dari hari pertama haid terakhir (LMP) anda.

Cara lain, adalah dengan menolak 3 bulan dari hari LMP anda dan kemudian, menambah 7 hari.

Secara ringkasnya, rumusannya kelihatan seperti berikut:

Tarikh hari pertama haid terakhir (LMP) – 3 bulan + 7 hari

tarikh bersalin

Misalnya, jika haid terakhir anda bermula pada 11 April, ditolak 3 bulan (11 Januari) dan kemudian menambah 7 hari, maka tarikh bersalin akan jatuh pada tanggal 18 Januari.

Ini juga menjadi kaedah yang dipraktikkan doktor untuk menganggarkan due date wanita hamil.

Peringatan, bersalin 1 atau 2 minggu sebelum atau selepas tarikh anggarannya juga masih dianggap normal ya!

Tarikh konsepsi (persenyawaan)

Pengiraan due date yang berdasarkan hari pertama haid terakhir kebanyakannya berfungsi dengan baik buat golongan wanita dengan kitaran haid yang teratur.

Tetapi jika anda mengalami kitaran haid yang tidak teratur, kaedah LMP mungkin tidak begitu sesuai.

Oleh sebab anggaran tarikh bersalin (EDD) adalah mustahak, anda dan doktor boleh menggunakan tarikh konsepsi jika anda dapat mengingatnya.

Kemudian, hanya menambah 266 hari untuk mendapatkan anggaran tarikh jangkaan bersalin.

Tarikh minggu kehamilan, bagaimana doktor mengiranya?

tarikh bersalin

Doktor dan bidan menggunakan 3 set kaedah yang standard untuk menghitung minggu kehamilan, iaitu berdasarkan LMP, ultrabunyi, dan melalui pemeriksaan fizikal.

Walaupun tarikh bersalin tidak dapat diketahui secara tepat, proses 3 langkah ini berupaya membantu anda meramalkan tarikh jangkaan bersalin.

#1 Pemeriksaan fizikal

Ukuran rahim biasanya dapat menjadi indikasi kepada minggu kehamilan. Sekitar usia 12 minggu, doktor akan dapat merasai rahim (fundus) di atas pelvis.

Selepas 18 minggu, jarak (dalam cm) antara tulang fundus dan tulang kemaluan bersamaan dengan jumlah minggu dari tempoh haid terakhir.

Dalam tempoh kira-kira 20 minggu, fundus berada di umbilicus, dan ini akan dapat memberikan gambaran kasar mengenai minggu kehamilan.

Pun begitu, ini bukanlah menjadi cara yang tepat untuk meramalkan usia kehamilan dek kerana faktor-faktor seperti kehamilan kembar, obesiti, tumor rahim, atau fundus menjadi lebih tinggi atau rendah.

Anda mungkin berminat:

#2 Kaedah ultrabunyi

Ultrabunyi dikatakan berguna walaupun anda tidak dapat kenal pasti LMP atau alami masalah haid tidak teratur. Ia berdasarkan siri ukuran kantung kehamilan dan janin.

Sonographer akan mengukur bayi bermula dari kepala hingga kaki dan hasilnya memberikan crown-rump length (CRL), panjang embrio atau janin dari bahagian atas kepalanya hingga ke bawah torso badan.

Ini dapat membantu para doktor menganggar minggu kehamilan berdasarkan pertumbuhan bayi anda.

Sekiranya tidak ada banyak perbezaan antara kaedah ultrasound dan LMP, doktor mungkin hanya menggunakan LMP untuk menetapkan tarikh jangkaan bersalin.

Contohnya, jika anggaran ultrabunyi dan LMP trimester pertama anda jatuh pada minggu yang sama, LMP dianggap ‘muktamad’.

Namun, kalau wujud perbezaan sebanyak 1 minggu atau lebih, anggaran ultrasound bakal dipertimbangkan!

Bagaimana pula cara kira tarikh bersalin kehamilan IVF?

tarikh bersalin

Secara logiknya, cara hamil yang berbeza memerlukan kaedah pengiraan tarikh bersalin yang berlainan, kan?

Untuk makluman, ternyata tarikh jangkaan bersalin bayi IVF adalah lebih tepat berbanding proses persenyawaan yang semula jadi!

Untuk bakal ibu yang hamil melalui kaedah IVF, tarikh kehamilan boleh dianggarkan dengan cara menambah 38 minggu bersamaan 266 hari, bermula saat ovum melalui proses pembenihan.

Selain itu, kalian juga boleh menambahkan 38 minggu dan menolak jumlah hari implantasi embrio. 

Ini kerana, tarikh akhir IVF tidak dikira berdasarkan hari persenyawaan. Mereka dikira berdasarkan tarikh pemindahan embrio.

Misalnya, jika anda melakukan pemindahan embrio 5 hari, tarikh anggaran bersalin adalah 261 hari selepasnya.

Bagi yang melakukan pemindahan embrio 3 hari pula, due date akan jatuh pada hari ke-263.

Kadang-kadang, pada kehamilan yang berlaku bukan melalui IVF, due date boleh diubah atau disesuaikan semula.

Perkara ini mungkin berlaku selepas hasil ultrabunyi mendapati ukuran janin tidak bersesuaian dengan saiz yang sepatutnya berdasarkan hari haid terakhir.

Tetapi, selesai IVF, jika ultrabunyi pada masa depan menunjukkan indikasi ‘wrong due date‘, tarikh jangkaan bersalin anda kemungkinan besar tidak akan berubah.

Biasanya, doktor akan memantau kehamilan dengan teliti untuk suatu tempoh bagi memastikan janin membesar seperti yang diharapkan.

Bolehkah anda rancang tarikh bersalin?

[embed-health-tool-due-date]

Setiap orang pasti mempunyai sebab tersendiri untuk bersalin pada suatu tempoh yang diinginkan.

Anda mungkin seorang guru dan ingin bersalin ketika cuti sekolah, atau pekerja yang sedang menjalani kursus berjangka masa panjang.

Tidak kisah apa pun alasan anda, kalian boleh cuba mengira anggaran waktu hamil untuk ‘merancang’ due date yang diidamkan.

Tapi walaupun anda bernasib baik untuk hamil pada masa yang diingini, sentiasa beringat bahawa anda mungkin tidak akan dapat mengetahui hari, minggu atau bulan bersalin dengan tepat.

Akhir kata, pengiraan due date tidaklah serumit yang difikirkan. Namun, caranya mungkin berbeza mengikut kaedah penghamilan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Calculating a Due Date. https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=calculating-a-due-date-85-P01209. Accessed on August 22, 2022.
  2. Pregnancy calculator. https://americanpregnancy.org/resources/pregnancy-calculator/. Accessed on August 22, 2022.
  3. Due Date Calculator. https://www.nhs.uk/pregnancy/finding-out/due-date-calculator/. Accessed on August 22, 2022.
  4. Due Date Calculator. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/due-date-calculator. Accessed on August 22, 2022.
  5. IVF. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/ivf. Accessed on August 22, 2022.
  6. In Vitro Fertilization. https://americanpregnancy.org/en/getting-pregnant/infertility/in-vitro-fertilization-70966/. Accessed on August 22, 2022.

Versi Terbaru

22/08/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

10 Keadaan Yang Menyebabkan Haid Tidak Teratur, Tapi PELUANG Hamil Masih Tinggi

Khas Buat Ibu Baru Bersalin, Jangan Abai 4 Perkara Utama Ini Ketika Berpantang!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/08/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan