backup og meta

Bahana Ibu Hamil Tidur Berdengkur, Bukan Saja Tingkat Risiko Pre-Eklampsia, Tapi Juga Bersalin C-zer

Bahana Ibu Hamil Tidur Berdengkur, Bukan Saja Tingkat Risiko Pre-Eklampsia, Tapi Juga Bersalin C-zer

Berdengkur adalah 1 perkara biasa. Tetapi jika anda tidur berdengkur semasa hamil, ia mungkin petanda masalah gangguan tidur. Ada risiko perlu anda ambil tahu.

Tidur berdengkur semasa hamil

Bagi kebanyakan individu, berdengkur adalah sebahagian daripada kehidupan. Tetapi tanpa anda sedari, dengkuran itu mungkin petanda bahaya yang sedang menanti. 

Keadaan ini lebih berisiko kepada wanita yang sedang hamil.

Walaupun anda tidak pernah berdengkur semasa tidur, namun situasi tersebut mungkin berubah.

Anda mungkin akan berdengkur buat pertama kalinya apabila anda memasuki tempoh trimester kedua kehamilan. Ia dianggap 1 perubahan normal ketika berbadan dua.

Kenapa anda mula berdengkur apabila hamil?

Dianggarkan 3 daripada 10 bakal ibu mengalami masalah berdengkur semasa mengandung. Malah angka ini meningkat apabila memasuki trimester ketiga.

Mengapa anda berdengkur?

Faktor yang menjadi punca anda berdengkur adalah apabila saluran darah dalam hidung terbuka luas.

Peningkatan serta perubahan hormon dalam badan juga menyebabkan tisu-tisu hidung membengkak dan memburukkan lagi keadaan.

Di samping itu, peningkatan berat badan berlebihan (nilai BMI lebih daripada 30) turut dikaitkan dengan dengkur. 

Masalah gangguan tidur

Jika anda mengalami isu tidur berdengkur semasa hamil, anda harus sedar ia boleh dikaitkan dengan masalah gangguan tidur yang dikenali sebagai apnea tidur.

Keadaan itu boleh mengakibatkan seseorang berhenti bernafas beberapa saat ketika tidur. Ia boleh berlaku secara berulang kali semalam. 

Bagi kes yang kronik, keadaan berhenti bernafas itu boleh terjadi sehingga ratusan kali dan menyebabkan wujudnya masalah kekurangan oksigen dalam darah.

Jika isu apnea tidur tidak dirawat, ia boleh mengakibatkan masalah kesihatan lain.

Bagi wanita hamil, masalah gangguan tidur ini boleh meningkatkan risiko pre-eklampsia atau tekanan darah tinggi.

Risiko tidur berdengkur semasa hamil

masalah gangguan tidur

Sewaktu mengandung, akan berlaku tahap perubahan pada kekerapan dengkuran yang melibatkan gangguan pada saluran udara. Sekali gus menyebabkan berlakunya apnea tidur.

Anggaran risiko keseluruhan untuk mengembangkan masalah gangguan tidur ketika hamil adalah rendah. Ini sebabkan beberapa faktor seperti:

  • Peningkatan tahap progesteron semasa kehamilan membantu mengaktifkan otot yang melebar pada saluran udara
  • Progesteron juga meningkatkan daya tindak balas otak terhadap kadar karbon dioksida dan penghantaran oksigen ke tisu badan akan bertambah baik dengan peningkatan kadar denyutan jantung serta pembesaran saluran darah periferal
  • Disebabkan ketidakselesaan fizikal berkaitan kehamilan, wanita hamil akan kurang untuk tidur menelentang. 1 posisi tidur yang berkait rapat dengan peningkatan risiko apnea tidur

Walau bagaimanapun, masih wujud risiko untuk wanita mengandung berdepan situasi tidur berdengkur semasa hamil dan sekali gus meningkatkan kecenderungan apnea tidur. 

Walaupun tiada jumlah tepat yang diketahui, tetapi dianggarkan lebih 10% wanita hamil mengalami apnea tidur. 

Masalah itu lebih kerap berlaku kepada wanita dengan berat badan berlebihan atau obesiti. Malahan peningkatan berat secara berlebihan ketika hamil juga meningkatkan kecenderungan risikonya.

Fahami simptomnya

Wanita yang mengalami apnea tidur sewaktu hamil akan berdepan gejala hampir sama dengan individu dalam konteks lain dengan masalah gangguan tidur ini.

Ia merangkumi simptom seperti:

Jika gejala dialami semakin kritikal dan tempoh kehamilan lebih 6 bulan, anda disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rundingan dengan pakar.

Ia mungkin melibatkan kaedah pemeriksaan yang dikenali sebagai polysomnogram.

Adakah cara untuk mengatasi tidur berdengkur semasa hamil?

Merawat masalah gangguan tidur berkaitan kehamilan ini adalah penting. Ini kerana ia boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu dan janin.

Apnea tidur dikaitkan dengan hipertensi kehamilan, diabetes dan proses kelahiran secara pembedahan Caesarean yang tidak dirancang.

Selain itu, masalah lain yang mungkin timbul adalah ia cenderung untuk menyekat proses tumbesaran janin dan mengakibatkan proses kelahiran panjang. 

Bagi wanita yang mengalami gangguan apnea tidur kronik, mereka berisiko untuk menghidapi sindrom hipoventilasi obesiti (obesity hypoventilation syndrome).

Biasanya selepas melahirkan anak dan mengalami penurunan berat badan, masalah apnea tidur akan pulih.

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah tidur berdengkur semasa hamil, iaitu:

risiko-tidur-berdengkur-semasa-hamil

  • Tidur dalam posisi mengiring berbanding kedudukan menelentang. Sebaiknya tinggikan sedikit kepala anda menggunakan bantal. Tetapi pastikan keadaan kepala anda selesa dan tidak menyakitkan
  • Anda boleh menggunakan jalur hidung (nasal strip) untuk membolehkan lubang hidung anda terbuka luas dan mengurangkan sekatan. Anda boleh membeli jalur hidung ini didapati di farmasi
  • Hentikan pengambilan minuman beralkohol. Sekiranya anda merokok, seelok-eloknya berhentilah. Alkohol dan rokok adalah pencetus kepada masalah dengkur. Malahan tabiat meminum alkohol dan merokok akan membahayakan bayi dalam kandungan
  • Amalkan tabiat pemakanan yang sihat dan seimbang
  • Lakukan senaman fizikal secara berkala. Ibu mengandung juga boleh bersenam, okay?

Pemeriksaan doktor

Sekiranya anda berasa sebarang tanda atau gejala yang menunjukkan kepada masalah apnea tidur semasa kehamilan, anda perlu melakukan pemeriksaan doktor dengan segera.

Tindakan ini boleh membantu anda untuk mendapatkan rawatan sewajarnya bagi membolehkan anda bernafas dengan lebih baik. 

Merawat apnea tidur bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti hidup anda tetapi juga bayi anda yang belum lahir.

Badan wanita akan melalui pelbagai perubahan ketika hamil kerana terdapat nyawa kecil yang sedang bersama anda.

Pastikan kesihatan anda berada pada tahap terbaik sepanjang 9 bulan kehamilan ini, okay?

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.verywellhealth.com/sleep-apnea-and-pregnancy-3014773/ Accessed on May 5, 2020

https://www.everydayhealth.com/columns/eric-cohen-breathe-well-sleep-well/pregnant-snorers-can-put-their-babies-at-risk// Accessed on May 5, 2020

https://www.babycenter.com.my/a547386/snoring-and-congestion-when-pregnant/ Accessed on May 5, 2020

Versi Terbaru

31/07/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Tip Hindari Tidur Berdengkur

Betul ke Tidur Berdengkur Buat Anda Lebih Mengantuk?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 31/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan