Sedang mencari posisi tidur ibu hamil yang boleh membantu mengatasi masalah kedudukan bayi songsang? Dalam artikel Hello Doktor ini akan mengupas tip posisi tidur elak bayi songsang yang mungkin berkesan untuk anda cuba.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Ibu hamil & bayi songsang
Kelahiran songsang adalah apabila kaki atau punggung bayi akan keluar daripada faraj terlebih dahulu semasa proses bersalin.
Umumnya, menjelang due date bayi secara semula jadi akan bergerak supaya kepala mereka akan berada pada bukaan faraj.
Keadaan bayi songsang atau breech position ini adalah perkara biasa pada awal kehamilan dan kebanyakannya akan bergerak ke kedudukan mendahulukan kepala menjelang minggu ke-36 kehamilan.
Kedudukan kepala dahulu dipanggil vertex presentation dan ia merupakan posisi paling selamat untuk melahirkan anak.
Kesan bayi songsang semasa proses kelahiran
Jika bayi dalam kandungan berada dalam kedudukan songsang selepas minggu ke-36 kehamilan, rancangan bersalin anda mungkin akan berubah.
Ini kerana adalah tidak selamat untuk melahirkan bayi songsang secara normal atau kelahiran faraj kerana risiko kecederaan. Dalam kebanyakan kes, ibu hamil disarankan untuk melahirkan anak secara caesarean.
Baca juga:
Komplikasi kelahiran bayi songsang
Tiada komplikasi semasa mengandung yang perlu ibu hamil risaukan, malah sesetengah bayi songsang selamat dilahirkan secara normal. Pun begitu terdapat komplikasi yang boleh terjadi semasa kelahiran faraj seperti:
- Kecederaan pada kaki atau lengan bayi anda seperti tulang terkehel atau patah
- Masalah tali pusat. Tali pusat boleh diratakan atau dipintal semasa bersalin. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf atau otak kerana kekurangan oksigen
Posisi tidur elak bayi songsang
Pakar berpendapat cara terbaik untuk menggalakkan bayi yang berada dalam kedudukan songsang berpusing adalah ketika tidur.
Ibu hamil disarankan untuk mengekalkan kedudukan dan postur yang membolehkan pelvis terbuka luas. Sama ada semasa tidur siang, waktu malam atau ketika duduk mahupun berdiri – pastikan bayi mempunyai ruang mencukupi untuk bergerak.
Antara posisi tidur ibu hamil boleh dicuba adalah dengan mengiring bersama bantal berada di antara lutut dan buku lali. Ini kerana lebih banyak ruang untuk bayi, ia akan memudahkan mereka mencari jalan ke vertex presentation.
Posisi tidur elak bayi songsang: Tidur mengiring kiri atau ke kanan?
Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan pada tahun 2019, sama ada tidur mengiring kiri atau ke sebelah kanan – kedua-duanya adalah pilihan selamat. Paling penting, keselesaan buat si ibu.
Sekiranya anda lebih selesa berbaring mengiring ke sebelah kiri, teruskan dengan pilihan itu dan jika sebelah kanan memberikan keselesaan, tidur dan berehatlah.
Selain posisi tidur elak bayi songsang, ini pilihan rawatan lain
Selain posisi tidur ibu hamil, terdapat juga beberapa pilihan lain yang dapat membantu mengatasi masalah kedudukan bayi songsang ini, seperti:
ECV
Ada ketikanya doktor boleh bantu mengubah posisi bayi daripada songsang kepada kedudukan normal menggunakan prosedur yang dinamakan versi kefalik luaran (external cephalic version, ECV).
ECV merupakan kaedah di mana doktor menggunakan tangan untuk memberikan tekanan kuat pada perut – dengan tujuan memusingkan bayi kepada kedudukan kepala ke bawah.
Keajaiban air, kaedah lain selain posisi tidur elak bayi songsang
Wanita berbadan dua akan berasa lebih relaks dan ringan di dalam air. Jika mahir berenang, lakukan kaedah flip forward atau kuak dada. Ia sangat membantu untuk memusingkan bayi kepada kedudukan kepala ke bawah.
Perkara lain yang boleh anda cuba adalah untuk menyelam kepala ke bawah. Walaupun pelik, tetapi ia berguna dan berkesan.
Anda boleh meminta seseorang untuk memegang kaki semasa melakukan teknik ini. Walau apa pun, sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum menyelam.
Bunyi kepada bayi
Tidak mahir berenang? Tidak mengapa, selain posisi tidur elak bayi songsang, anda boleh mencuba kaedah ini.
Tahukah anda bayi sudah mula bertindak balas dengan bunyi dari luar apabila mencapai trimester ketiga. Jadi tip ini pastinya dapat membantu memusingkan bayi. Bagaimana?
Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memainkan muzik yang menenangkan dan meletakkan fon kepala pada bahagian bawah pelvis. Bayi dalam kandungan akan mendengar muzik ini dan secara semula jadi bergerak ke tempat bunyi tersebut hadir.
Selain posisi tidur elak bayi songsang, urutan juga boleh dicuba
Manfaat urutan pranatal selain dapat membantu ibu mengandung berehat daripada tekanan dan kesakitan kehamilan, ia juga dianggap sebagai antara cara untuk memusingkan bayi kepada kedudukan diingini.
Biasanya semasa hamil, ligamen, tendon dan juga otot sekitar pelvis menjadi kaku. Tetapi dengan urutan yang betul, badan dan minda akan berehat, sekali gus memberi laluan kepada bayi untuk berpusing ke bawah.
Kesimpulan
Jika tarikh jangkaan bersalin masih berbaki beberapa minggu, tarik nafas dan bertenang. Masih ada masa untuk bayi berpusing.
Dalam masa yang sama, doktor juga mungkin akan menerangkan beberapa kaedah pilihan untuk membantu memusingkan bayi.
Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai pilihan yang tidak disenaraikan doktor, jangan malu untuk mendapatkan lebih kepastian dengan bertanya.
[embed-health-tool-due-date]