Ini kerana anda terdedah kepada pelbagai masalah termasuk pendarahan. Sekiranya ia berlaku semasa dalam perjalanan, ia boleh menyukarkan anda untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Perjalanan jauh juga boleh menyebabkan anda berasa letih, sekali gus menyebabkan tekanan kepada bayi dalam kandungan.
6. Makan makanan pedas dan tidak berkhasiat
Memenuhi keperluan pemakanan semasa kehamilan tidak boleh diabaikan, terutamanya jika anda didiagnosis dengan plasenta previa.
Antara pantang larang uri dibawah melibatkan pemakanan adalah anda harus mengelakkan makan makanan yang terlalu pedas dan tidak berkhasiat seperti makanan ringan.
Pantang larang uri dibawah #7. Posisi tidur
Tidur secara menelentang merupakan posisi tidur larangan ibu hamil plasenta previa. Posisi ini boleh menyebabkan masalah seperti sakit belakang, sesak nafas, masalah penghadaman, tekanan darah rendah dan buasir.

Berbaring terlentang juga menyebabkan gangguan kepada peredaran darah dan nutrien kepada jantung dan bayi. Ini kerana perut yang membesar akan menekan usus dan saluran darah utama.
Selain itu, posisi meniarap turut tidak digalakkan bukan sahaja buat wanita dengan masalah uri di bawah, tetapi buat ibu mengandung secara amnya.
Sama seperti terlentang, kedudukan ini juga boleh menyebabkan tekanan pada saluran darah utama dan risiko yang lebih tinggi untuk wanita hamil dengan masalah plasenta previa.
Larangan ibu hamil plasenta previa
Anda amat dinasihatkan untuk tidak mengabaikan sebarang gejala yang timbul. Beberapa gejala plasenta previa yang perlu diketahui termasuklah:
- Kekejangan perut atau sakit yang tajam
- Pendarahan selepas hubungan seks
- Pendarahan semasa trimester kedua
- Pendarahan yang bermula, berhenti dan bermula semula dalam tempoh beberapa hari atau minggu kemudian
Sekiranya mengalami gejala di atas atau sebarang simptom yang membimbangkan, lakukan pemeriksaan doktor dengan segera.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen