backup og meta

13 Hadiah Terbaik Untuk Bakal Mama Sempena Hari Ibu Nanti, Pasti Si Dia Suka!

13 Hadiah Terbaik Untuk Bakal Mama Sempena Hari Ibu Nanti, Pasti Si Dia Suka!

Memberi hadiah untuk ibu, tidak bermakna hanya buat mereka yang sudah melahirkan 2 3 orang anak. Bahkan wanita yang sedang hamil juga layak untuk menerimanya. Ini kerana seseorang wanita untuk dia sudah menjadi ibu adalah pada saat dia mengetahui dirinya hamil.

Bersempena dengan Hari Ibu yang bakal disambut pada 12 Mei ini, Hello Doktor ada senaraikan hadiah untuk ibu murah tapi bermakna.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini. 

Hadiah untuk ibu sedang hamil

Kehamilan adalah masa yang menggembirakan, bukan sahaja buat bakal ibu tetapi seluruh kaum keluarga dan sahabat handai.

Jika anda mempunyai kenalan baik dalam hidup yang sedang berbadan dua atau mungkin si dia adalah pasangan sehidup semati kalian, memberikan hadiah sebagai tanda kasih sayang, sokongan pastinya akan dapat membuat mereka tersenyum bahagia.

Tetapi anda buntu memikirkan hadiah yang bersesuaian? Jangan risau, berikut adalah 13 idea hadiah untuk ibu murah tapi bermakna yang boleh dipertimbangkan.

1) Bantal kehamilan, hadiah untuk perempuan

Berbadan dua bermakna bakal ibu akan sering berasa tidak selesa. Jadi apa kata anda hadiahkan bantal kehamilan supaya si dia akan dapat tidur dengan lebih nyenyak sepanjang malam.

2) Bola yoga

Bola yoga adalah sangat berguna untuk meregangkan atau melakukan senaman dengan perut yang sedang membesar. Bahkan bola yoga ini juga dikatakan dapat berfungsi sebagai birthing ball.

Jadi dengan hadiah ini, anda bukan sahaja memberikan hadiah berguna semasa kehamilan, tetapi juga dapat digunakan semasa kelahiran dan untuk aktiviti bersenam selepas bersalin nanti!

3) Barangan untuk beg hospital

Bercakap mengenai hadiah untuk ibu hamil, kenapa tidak memberikan sesuatu yang boleh digunakan pada hari bersalin nanti, seperti barang yang akan disenaraikan sebagai checklist ibu bersalin?

Anda boleh berikan barangan sepert:

  • Peralatan mandian travel size
  • Stoking atau selipar dengan cengkaman 
  • Pada bersalin

Hadiah untuk ibu buatan sendiri 4) Makanan yang diidamkan

Bagi individu berjiwa seni, anda boleh memberikan hadiah untuk ibu buatan sendiri seperti bakul berisi snek makanan kegemarannya. Jika anda mengetahui si dia mengidamkan makanan tertentu, itu adalah lebih baik.

Untuk jadikan hadiah lebih menarik, letakkan di dalam beg, kotak ataupun bakul comel yang boleh digunakan semula.

5) Jurnal kehamilan, antara hadiah untuk ibu mengandung

Jika bakal ibu suka menulis jurnal atau seorang yang gemar mencatatkan kenangan istimewa, menghadiahkan jurnal kehamilan adalah pemberian yang terbaik!

Ia membolehkan mereka menulis, mengingati detik-detik penting atau berkongsi perasaan dan pengalaman sepanjang tempoh kehamilan.

tanggungjawab suami
10 peranan suami semasa isteri sedang mengandung.

6) Set mandian santai

Apa kata anda berikan hadiah untuk perempuan seperti set mandian supaya si ibu dapat melegakan kesakitan dan lenguh ototnya?

Garam mandian, mandian buih, bom mandian dan lilin antara idea yang baik untuk mereka berendam dan bersantai ketika mandi. Cuma pastikan bakal ibu tidak mempunyai sebarang alahan, ya?

Hadiah untuk ibu yang hamil #7) Sepasang selipar gebu & stoking 

Antara masalah yang sering dialami wanita yang berbadan dua adalah bengkak pada kaki. Jadi menghadiahkan sepasang selipar gebu pastinya akan dapat membantu memberikan mereka keselesaan.

Anda juga boleh memberikan stoking mampatan kehamilan (pregnancy compression socks) kerana semasa hamil, darah akan mengalir pada jumlah yang lebih tinggi dan boleh menyebabkan ketidakselesaan. 

Ia juga berfungsi untuk mengurangkan bengkak kaki apabila perut semakin membesar.

8) Set hadiah untuk bayi baru lahir

Tidak ada salahnya jika anda mahu memberikan hadiah untuk perempuan yang bakal menjadi ibu dengan set hadiah buat si kecil yang bakal lahir. Pastinya si ibu akan berasa lebih teruja dan tidak sabar menyambut ketibaan bayi apabila menerima set hadiah ini.

cadangan hadiah hari ibu
Senarai hadiah sempena hari ibu.

9) Baju mengandung, pilihan hadiah untuk ibu berbadan dua

Bakal ibu seorang yang gemar bergaya? Jika ya, mungkin anda boleh menghadiahkan pakaian mengandung versatile. Penting untuk memastikan material yang digunakan adalah daripada kapas, barulah si dia akan selesa.

Anda juga boleh memilih pakaian yang mesra penyusuan. Jadi ia bukan sahaja dapat digunakan semasa mengandung, malahan selepas bayi dilahirkan juga.

Hadiah untuk perempuan berbadan dua #10) Nursing cover

Nursing cover atau pelindung penyusuan badan adalah sesuai untuk diberikan buat si ibu yang merancang untuk menyusukan bayi secara eksklusif.

Tip yang penting adalah untuk mencari nursing cover yang diperbuat daripada material kapas, agar dapat memberikan keselesaan buat bayi nanti.

Hadiah untuk perempuan 11) Set penjagaan kulit

Pastikan set penjagaan kulit tersebut kaya dengan vitamin A dan E, kerana kedua-duanya dapat membantu memperbaiki penampilan tanda regangan dan parut. 

12) Topeng tidur

Mendapatkan tidur yang lena amat penting bagi wanita hamil. Terpaksa bangun beberapa kali untuk ke tandas dan beralih untuk mencari posisi tidur yang menyelesakan boleh mengakibatkan masalah insomnia.

Menghadiahkan sleeping mask lembut pastinya menjadi hadiah yang sesuai untuk ibu mengandung.

hadiah untuk ibu
Idea unik hadiah hari ibu yang boleh diberikan, pasti si ibu teruja.

13) Tali pinggang sokongan

Pertambahan berat, khususnya pada bahagian perut pastinya akan menyebabkan bakal ibu mengalami sakit pinggang. Tali pinggang sokongan ini dapat membantu dengan mengurangkan tekanan.

Kesimpulan

Pemberian hadiah untuk ibu hamil pastinya antara cara menyatakan sokongan dan curahan kasih sayang kepadanya. Semoga senarai hadiah daripada Hello Doktor ini dapat membantu memberikan anda idea tentang hadiah yang sesuai. Hadiah yang diberikan seikhlas hati pastinya akan dapat membuatkan si dia berasa istimewa dan disayangi.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.handsproducinghope.org/blogs/news/mothers-day-gifts-ideas-sponsor-a-mom-for-mom, Accessed on April 23, 2022
  2. 10 essential holiday gifts for a pregnant mom on bed rest. https://www.highriskhope.org/10-essential-holiday-gifts-pregnant-mom-bed-rest/, Accessed on April 23, 2022
  3. Best Pregnancy Pillows. https://www.sleepfoundation.org/best-pillows/best-pregnancy-pillow, Accessed on April 23, 2022
  4. How To Use A Pregnancy Ball (And The Benefits). https://www.thebirthcollective.org/how-to-use-a-pregnancy-ball-and-the-benefits/, Accessed on April 23, 2022 
  5. 10 Ways to Support Her When She’s Unexpectedly Expecting. https://www.usccb.org/committees/pro-life-activities/10-ways-support-her-when-shes-unexpectedly-expecting, Accessed on April 23, 2022 

Versi Terbaru

19/09/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Cari Nama Baby Girl Dengan Maksud Yang Baik? Ini Senarai Nama Bayi Perempuan Islam A-Z

145 Senarai Nama Bayi Lelaki Islam Moden Dari Huruf A-Z, Siap Maknanya Sekali


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan