backup og meta

Ingin Buka Buku Pink Di Klinik Kerajaan Atau Swasta? Bakal Parent, Pertimbangkan 4 Perkara Ini Dulu!

Ingin Buka Buku Pink Di Klinik Kerajaan Atau Swasta? Bakal Parent, Pertimbangkan 4 Perkara Ini Dulu!

Kebanyakan ibu hamil apabila menyebut mengenai buku pink, pastinya akan terlintas klinik kesihatan. Tetapi apakah perbezaan jika buka buku pink di klinik swasta? 

Kalau ingin tahu perbezaan antara buka buku pink di klinik kesihatan dan swasta, teruskan membaca perkongsian artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Lakukan ujian kehamilan

Sebelum persoalan mengenai perbezaan buka buku pink di klinik swasta atau klinik kerajaan terjawab, perkara paling penting anda perlu pastikan adalah diri benar-benar berbadan dua.

Antara simptom kehamilan yang boleh menentukan anda hamil atau tidak, apabila anda tidak mengalami pendarahan haid melebihi tarikh sepatutnya. 

Tetapi bukan itu sahaja, anda perlu mengesahkannya dengan membuat ujian kehamilan di rumah.

Jika tidak mahu melakukan ujian di rumah, anda boleh memilih untuk mendapatkan pemeriksaan kehamilan di mana-mana klinik melalui kaedah ujian air kencing dan scan.

Beza buka buku pink di klinik swasta dan klinik kerajaan

Selepas kehamilan disahkan, kini tiba masanya untuk anda membuka buku pink. Paling penting, pastikan usia kehamilan dalam anggaran 12 minggu atau tidak melebihi trimester pertama.

Ini kerana jika terlewat, anda akan dilabel sebagai ‘late booking’ terutamanya jika membuka buku ini di klinik kesihatan.

Prosedur buka buku pranatal di KKIA lebih terperinci

Bagi mereka yang pertama kali hamil, pastinya anda tidak pernah melalui proses membuka buku pranatal ini di klinik kesihatan atau KKIA (Klinik Kesihatan Ibu dan Anak). Biasanya pemeriksaan menyeluruh akan dilakukan seperti:

buka buku pink di klinik swasta

  • Mengukur ketinggian dan berat
  • Tekanan darah
  • Ujian air kencing
  • Ujian darah
  • Pemeriksaan perut
  • Sejarah kehamilan 
  • Sejarah penyakit keluarga

Manakala prosedur di klinik swasta adalah lebih mudah iaitu:

  • Ujian air kencing
  • Tekanan darah
  • Menimbang berat 
  • Pemeriksaan perut

Buka buku pink di klinik swasta lebih mudah lakukan janji temu

Kelebihan membuka buku ini dan melakukan pemeriksaan pranatal bulanan di klinik swasta adalah anda boleh hadir mengikut masa yang sesuai dengan diri, bahkan tidak perlu menunggu lama – hanya perlu mengambil nombor dan menunggu giliran.

Contohnya pekerjaan anda agak sukar untuk mendapatkan cuti pada waktu bekerja, jadi janji temu boleh dilakukan pada hari Sabtu atau Ahad – waktu hujung minggu.

Berbanding di KKIA, janji temu hanyalah akan diadakan pada hari Isnin hingga Jumaat dan biasanya ibu hamil perlu datang awal bagi mengelakkan perlu menunggu lama. 

Buku pranatal perlu diletakkan di dalam bakul yang disediakan bersama nombor giliran yang akan dipanggil kemudian nanti. 

buka buku pink di klinik swasta

Prosedur pemeriksaan jika buka buku pink di klinik swasta

Untuk prosedur pemeriksaan di klinik swasta biasanya ibu perlu melakukan:

Ketika imbasan dilakukan, doktor akan memberitahu perkembangan bayi dalam kandungan seperti saiz, degupan jantung, berat bayi, jumlah air ketuban dan sebagainya.

Manakala jika buka buku pink di klinik kesihatan, anda juga perlu melakukan:

  • Ujian air kencing
  • Menimbang berat badan
  • Pemeriksaan tekanan darah
  • Cek degupan jantung bayi
  • Melakukan pemeriksaan dengan jururawat

Bagi ibu dengan masalah kesihatan seperti diabetes gestasi, anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor. Prosedur ultrasound pula hanya akan dilakukan pada bulan-bulan tertentu dan sekiranya terdapat masalah pada kandungan.

Baca juga:

Bayaran setiap kali pemeriksaan jika buka buku pink di klinik swasta

Inilah yang biasanya menjadi perkara utama yang perlu anda fikirkan apabila ingin membuat keputusan sama ada buka buku pink di klinik kesihatan atau swasta.

Untuk klinik swasta, setiap kali janji temu biasanya jumlah yang perlu dibayar adalah sekitar RM100+ dan mungkin lebih mahal bergantung kepada klinik. Ini belum termasuk harga ubat-ubatan yang mungkin perlu anda ambil, ya?

Malahan caj yang dikenakan mungkin akan bertambah sekiranya terdapat masalah pada kandungan atau melibatkan kesihatan ibu.

Berbeza dengan KKIA, tiada bayaran yang akan dikenakan dan pemberian ubat atau vitamin pranatal juga adalah secara percuma. 

buka buku pink di klinik swasta

Buka buku pink di klinik swasta atau kerajaan: Pilihan di tangan anda

Hakikatnya sama ada anda memilih untuk membuka buka pranatal di KKIA atau swasta, buku ini adalah amat penting buat wanita mengandung dan bayi dalam kandungan. Apakah sebabnya?

Ini kerana ia mengandungi maklumat dan rekod berkaitan berat badan, bacaan HB, kandungan gula, ukuran bayi serta ulasan jururawat dan doktor setiap kali janji temu. 

Justeru itu, untuk sepanjang tempoh kehamilan, ibu mengandung disarankan untuk sentiasa membawa buku ini bersama. Ini bagi membolehkan ia menjadi rujukan pihak yang merawat anda sekiranya berlaku kes kecemasan.

Anda juga perlu menjaga buku ini sebaiknya kerana jika ia hilang, laporan polis perlu dibuat. Sudah menyusahkan pula jika perkara ini terjadi, betul tak?

Apa pun keputusan anda untuk membuka buku berwarna merah jambu ini di KKIA atau klinik swasta, pastikan ia dibuat dengan sebaiknya – kerana ini turut melibatkan hal kewangan, keselesaan dan kemampuan anda.

Walau apa pun pilihan yang dibuat, kami di Hello Doktor ingin mengucapkan tahniah atas berita kehamilan anda!

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Antenal Care. http://www.myhealth.gov.my/en/antenal-care/, Accessed on June 15, 2022 
  2. Rahman, M., Rahim, N.A. & Arif, M.T. Barrier, weakness and utilization of pre-pregnancy clinic services. Arch Public Health 75, 67 (2017). https://doi.org/10.1186/s13690-017-0236-2, Accessed on June 15, 2022  
  3. Ping Ling Yeoh ,Klaus Hornetz,Nor Izzah Ahmad Shauki,Maznah Dahlui (2015). Assessing the Extent of Adherence to the Recommended Antenatal Care Content in Malaysia: Room for Improvement. https://journals.plos.org/plosone/article?id=10.1371/journal.pone.0135301, Accessed on June 15, 2022  
  4. Jangan Bertangguh Sehari ke Sehari Buka Pink. Lagi Lambat Berisiko Untuk Ibu & Bayi. https://www.majalahpama.my/jangan-bertangguh-sehari-ke-sehari-buka-pink-lagi-lambat-berisiko-untuk-ibu-bayi/, Accessed on June 15, 2022 
  5. Sektor Kesihatan Ibu. https://fh.moh.gov.my/v3/index.php/pages/orang-awam/kesihatan-ibu, Accessed on June 15, 2022  
  6. Prenatal care at health clinic. https://www.malaysia.gov.my/portal/content/27648. Accessed on Oct 7, 2022. 
  7. Private hospitals: pregnancy care and birth. https://raisingchildren.net.au/pregnancy/labour-birth/birth-environment/private-hospitals-pregnancy-care-birth. Accessed on Oct 7, 2022. 

Versi Terbaru

14/06/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ibu Hamil Alami Tekanan? Hati-hati, Jika Kesihatan Mental Tak Dijaga, Ini RISIKO Pada Janin

Ini 6 Nutrien WAJIB Ada Dalam Diet Bakal Ibu, Barulah Baby Sihat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan