Minggu 5

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Perkembangan bayi

Perkembangan bayi dalam kandungan  

Anak anda sekarang seperti saiz biji-bijan dan mungkin lebih kelihatan seperti budu kecil berbanding bayi.

Pada saat ini, janin tersebut mempunyai sejumlah besar sel. Tiub neural akan membentuk spinal cord di sepanjang embrio dan membentuk otak, sementara bahagian tengah membesar ke dalam embrio akan membentuk jantung janin. Pada waktu ini, plasenta dan membran lain yang berbentuk jari juga mula berkembang. Nutrien daripada ibu akan menyeberangi plasenta serta membran tersebut untuk membekalkan nutrien kepada janin.

Perubahan hidup & tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan saya?

Adakah anda merasa sangat gembira untuk seketika, kemudian merasa sangat tertekan? Mood swing dianggap sangat biasa berlaku semasa kehamilan. Mood anda mungkin berubah daripada teruja, murung, marah, gembira hinggalah merasa sangat tidak terjamin. Semua emosi tersebut kadangkala berlaku dalam masa sejam. Pada waktu ini, hormon sentiasa berubah, maka emosi anda kerap berubah. Jangan risau, kehamilan adalah titik perubahan besar dalam hidup anda maka mood swing tidak dapat dielakkan.

Mood bercelaru kebiasaannya berlaku dalam bulan kedua dan fenomena ini kadangkala berlaku kembali pada bulan akhir kehamilan. Anda juga pasti terkejut untuk mengetahui hampir 10-12% akan mengalami kemurungan sewaktu kehamilan – angka yang hampir sama dengan kadar wanita menghidap postpartum depression. Jika anda merasa murung lebih daripada 2 minggu, temui doktor anda untuk nasihat dan rawatan pada masa tersebut.

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

Anda mungkin tertanya-tanya jika anda boleh melakukan senaman. Senaman ringan adalah cara yang baik untuk membina ketahanan. Senaman membawa pelbagai faedah, seperti:

  • Menangani berat berlebihan yang akan anda tampung
  • Mengelakkan rasa sakit-sakit sewaktu hamil
  • stress-reliever, yang dapat membantu mengelakkan kerungsingan atau kemurungan
  • Menguatkan otot dan membantu badan bersedia untuk kelahiran

Antara senaman ringan termasuklah berjalan, berenang, atau yoga. Anda patut mencari senaman yang bersesuaian dan masukkan ke dalam rutin harian.  Sentiasa berbincang dengan doktor setiap kali anda ingin melakukan rutin senaman baru.

Pertemuan dengan doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Ambil penjagaan pranatal dan cuba untuk mengawasi kesihatan anda secara berkala. Penjagaan pranatal sangat penting untuk memastikan kesihatan ibu dan anak. Pada lawatan kali pertama (apabila bayi berusia 8 minggu), anda akan menjalani beberapa ujian untuk menentukan dan mengelakkan kemungkinan komplikasi. Keutamaan sekarang adalah untuk memilih tarikh dan membuat temu janji untuk berjumpa doktor.

Sila maklumkan pada doktor ubat yang anda ambil. Terdapat banyak ubat yang kelihatan sangat selamat dan tanpa preskripsi tetapi sebenarnya berbahaya untuk ibu mengandung. Jika anda mengambil ubat untuk penyakit kronik, anda tidak sepatutnya berhenti serta-merta. Sebaliknya, tanya doktor untuk mengetahui ubat ganti yang selamat termasuklah suplemen makanan dan herba yang anda ambil.

Apakah ujian yang perlu saya tahu?

Sewaktu kunjungan anda ke klinik, anda akan menjalani pemeriksaan fizikal termasuklah mengukur berat, ketinggian, tekanan darah dan pemeriksaan keseluruhan. Pemeriksaan pelvis adalah bahagian terpenting. Sewaktu pemeriksaan vagina, alat yang dipanggil speculum clamp akan digunakan. Alat ini membolehkan doktor melihat ke dalam serviks dengan jelas, menentukan perubahannya dan menentukan jumlah masa anda hamil.

Kesihatan & keselamatan

Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?

Sewaktu kehamilan, sistem imun anda lemah. Anda lebih berisiko mendapat jangkitan. Adalah penting untuk mengelakkan jenis makanan tertentu sewaktu hamil. Penyakit melalui makanan seperti  listeriosis and toxoplasmosis, mungkin menyebabkan kecacatan masa kelahiran atau keguguran. Ini ialah jenis makanan yang patut anda elakkan:

  • Keju lembut, dan tidak dipasteurkan (yang sering diiklankan sebagai segar) seperti feta dan blue cheese.
  • Susu, jus dan cuka yang tidak dipasteurkan.
  • Telur mentah atau makanan mengandungi telur mentah, seperti mousse and tiramisu.
  • Daging, ikan atau shellfish mentah atau kurang masak.
  • Daging proses seperti sosej patut dipastikan masak sepenuhnya.
  • Ikan yang tinggi dengan merkuri, seperti jerung, ikan swordfish, ikan makerel atau tilefish.

Toxoplasmosis juga boleh tersebar daripada kotak najis kucing yang tercemar, jadi pastikan orang lain yang membersihkan kotak tersebut sepanjang waktu kehamilan anda.

Anda akan melepasi minggu ini. Kita akan bertemu lagi di minggu ke-6 dan menjelaskan keadaan anda dan bayi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini Kesan Diabetes Masa Hamil Kepada Bayi Dalam Kandungan, Mak Buyung MESTI Tahu!

    Adakah bahaya kencing manis semasa hamil benar-benar serius? Adakah kesan penyakit diabetes semasa hamil boleh mempengaruhi bayi dalam kandungan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Komplikasi Diabetes 22/02/2021 . 3 minit bacaan

    Kalau Nak ‘Family Planning’, Kena Tahu Waktu Subur Isteri Tau! Jom Fahami Kitaran Haid

    Semasa cuba hamil, mengetahui waktu subur perempuan memainkan peranan yang amat penting untuk membolehkan persenyawaan berlaku. Ini cara untuk kenal pasti!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Haid 17/02/2021 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil Sudah Tahu Apa Itu GDM? Jika Belum, Baca Ini Sekarang, PENTING!

    Anda tahu apa itu kencing manis? Adakah anda juga tahu apa itu GDM? Kedua-duanya sangat berkait rapat dengan ibu hamil. Inilah maksud GDM...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kencing Manis 15/02/2021 . 3 minit bacaan

    Berapa Hari Selepas Bersama Boleh Mengandung? (Klu: Lebih Dari Seminggu)

    Anda terfikir dan tertanya berapa hari selepas bersama boleh mengandung? Untuk tahu jawapannya, jom klik dan baca artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Petua Seks 11/02/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    beza air mazi dan air mani

    Benarkah Air Mazi TIDAK Menyebabkan Kehamilan? Ini Tanggapan Yang Harus Diperbetulkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/03/2021 . 3 minit bacaan
    tanda gugur

    Keguguran Memang Menyedihkan Tapi Jika Bakal Ibu Alami Gejala Ini, Jumpa Doktor Segera!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/03/2021 . 3 minit bacaan
    info ibu mengandung

    Ini Antara Perubahan Tubuh & Emosi Sepanjang Kehamilan, Wanita Hamil WAJIB Ambil Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/03/2021 . 5 minit bacaan
    bila boleh buat pregnancy test

    Jika Alami 9 Tanda Ini, Anda PATUT Buat Ujian Kehamilan, No. 1 & 5 Paling Biasa Terjadi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan