backup og meta

Ini 7 Perkara TIDAK Boleh Buat Ketika Sedang Hamil, Minum Kopi Pun Termasuk?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/05/2023

    Ini 7 Perkara TIDAK Boleh Buat Ketika Sedang Hamil, Minum Kopi Pun Termasuk?

    Dalam keseronokan berita gembira anda sedang hamil, pastikan anda mengetahui perkara yang tidak boleh dilakukan sepanjang tempoh kehamilan anda sebagai salah satu proses penjagaan awal kehamilan.

    Selain persoalan sama ada awal kehamilan boleh jalan jauh atau tidak, ada banyak lagi yang kita perlu tahu!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Perkara perlu hindar ketika penjagaan awal kehamilan

    #1. Menghisap rokok

    Tabiat merokok, kepada mana-mana individu sekali pun, sememangnya akan mendatangkan mudarat kepada tahap kesihatan.

    Namun, risiko buat wanita yang mengandung dan merokok adalah lebih memudaratkan.

    Ini kerana bayi yang lahir daripada wanita yang merokok ketika dalam proses kehamilan, dipercayai berisiko dan cenderung untuk mempunyai berat badan yang lebih rendah.

    Selain itu, bayi juga berisiko tinggi untuk berdepan masalah ketidakupayaan pembelajaran berbanding bayi yang dilahirkan oleh wanita yang tidak merokok.

    Malah lebih membimbangkan lagi, apabila bayi yang lahir daripada wanita perokok juga akan lebih cenderung untuk mencuba merokok pada usia yang lebih muda dan menjadi perokok muda, yang disebabkan ketagihan nikotin fisiologi.

    penjagaan awal kehamilan

    #2. Meminum alkohol

    Sama seperti rokok, alkohol turut mendatangkan impak yang besar terhadap perkembangan bayi anda ketika penjagaan awal kehamilan.

    Seorang wanita yang mengandung dan mengambil minuman beralkohol, berdepan dengan kemungkinan yang tinggi untuk melahirkan bayi dengan sindrom alkohol janin (fetal alcohol syndrome, FAS).

    Antara simptom FAS adalah termasuk seperti:

    Walaupun anda mungkin mengambil dan meminum minuman beralkohol dalam jumlah yang sedikit, ia tetap boleh mendatangkan masalah kepada kandungan anda ketika penjagaan awal kehamilan.

    Tiada tahap yang selamat untuk pengambilan alkohol sepanjang tempoh kehamilan.

    Sekiranya anda berdepan isu untuk berhenti mengambil minuman beralkohol, anda disarankan untuk berjumpa dan berbincang dengan doktor dalam kadar yang segera.

    Semakin cepat anda mendapatkan bantuan, semakin sihat dan baik tahap kesihatan bayi dalam kandungan anda.

    #3. Makanan mentah

    Jika sebelum anda hamil, anda gemar untuk makan makanan mentah seperti salmon, telur separuh masak ataupun daging separuh masak, namun cuba untuk elakkan daripada mengambil makanan seperti itu apabila mula berada dalam fasa penjagaan awal kehamilan.

    Ini kerana makanan, daging dan telur mentah boleh mendatangkan risiko penyakit bawaan makanan, seperti listeriosis-parasit yang boleh menyebabkan penyakit jika anda memakan makanan tercemar.

    Malahan, anda juga berisiko untuk mendapat keracunan makanan.

    Keadaan ini boleh menyebabkan penyakit yang serius, mengancam nyawa serta boleh mengakibatkan kecacatan kelahiran yang kronik serta berisiko tinggi untuk mengalami keguguran.

    Jadi pastikan telur, daging atau apa sahaja makanan yang anda makan ketika dan sepanjang tempoh kehamilan anda adalah dimasak dengan sebaiknya.

    #4. Makanan proses

    penjagaan awal kehamilan

    Makanan seperti burger dan sosej pastinya antara makanan kegemaran ramai.

    Apatah lagi dengan kewujudan pelbagai jenis restoran makanan segera yang menghidangkan makanan seperti ini.

    Namun, makanan yang diproses berisiko untuk menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti listeriosis dan toksoplasmosis.

    Daging yang dihiris pada permukaan pemotong juga berisiko untuk dicemari bakteria.

    Melalui proses memasak, ia berkemungkinan dapat mengurangkan risiko jangkitan.

    #5. Produk tenusu

    Pengambilan kalsium dalam diet pemakanan anda adalah amat penting untuk tumbesaran bayi dalam kandungan.

    Tetapi ibu hamil seharusnya berhati-hati dan lebih prihatin tentang sumber kalsium yang mereka ambil.

    Susu mentah yang tidak diproses adalah sangat tidak disyorkan untuk diminum oleh ibu mengandung kerana ia tidak dipasteur.

    Ini bermakna ia tidak dipanaskan untuk membunuh bakteria yang berisiko untuk menyebabkan anda sakit.

    Ini kerana susu mentah mungkin mengandungi bakteria Listeria yang boleh mengakibatkan jangkitan listeriosis dan boleh menyebabkan keguguran, atau sebarang risiko penyakit yang mengancam nyawa.

    Penjagaan awal kehamilan #6. Kucing

    Mengandung Perkara yang Perlu dan Tidak Perlu Dilakukan - kucing

    Isu ini sering dianggap remeh, namun sebenarnya ia adalah isu yang amat berisiko jika dibiarkan.

    Sekiranya anda mempunyai kucing sebagai haiwan peliharaan, anda boleh membelai dan bermanja serta bermain dengannya, tetapi pastikan anda membasuh tangan selepas anda melakukannya.

    Namun, jangan sekali-kali anda cuba untuk membersihkan bekas najis kucing anda. Ini kerana najis kucing mengandungi berjuta-juta parasit dan bakteria.

    Antaranya ialah bakteria protozoa (organisma bersel tunggal) Toxoplasma gondii (T.gondii), sejenis bakteria yang sangat berbahaya untuk ibu yang mengandung.

    Jika anda tersentuh atau menyentuhnya, anda tidak akan menyedari mengenainya sehinggalah anda berdepan komplikasi dalam proses kehamilan anda.

    Risiko keguguran atau kematian janin adalah sangat tinggi.

    Bayi dalam kandungan yang berhubung dengan parasit ini mungkin akan mengalami masalah kesihatan yang serius termasuklah kekejangan dan ketidakupayaan mental.

    Penjagaan awal kehamilan #7. Kafein

    Sekiranya anda adalah penggemar minuman kafein terutamanya kopi, anda dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilannya sepanjang tempoh 9 bulan kehamilan anda.

    Walaupun kebanyakan kajian dan penyelidikan tidak menunjukkan sebarang kesan terhadap pengambilan 3 hingga 4 cawan kopi sehari sewaktu mengandung.

    Pun begitu, ia mungkin berisiko menyebabkan gangguan hiperaktif defisit (deficit hyperactivity disorder, ADHD) dan juga migrain.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan