backup og meta

Ibu Hamil Boleh Minum Kopi Tapi Perlu Ada Hadnya, Jika Tidak Ini KESAN Pada Kandungan!

Ibu Hamil Boleh Minum Kopi Tapi Perlu Ada Hadnya, Jika Tidak Ini KESAN Pada Kandungan!

Teringin minum nescafe ketika hamil tetapi boleh ke wanita mengandung mengambil kafein sepanjang tempoh kehamilan? Ikuti penjelasan lanjut dalam perkongsian artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Pengambilan kafein atau minum kafein ketika hamil

Umumnya, anda tidak perlu berhenti mengambil kafein jika hamil.

Bagaimanapun, anda perlu cuba untuk mengurangkan pengambilan kafein jika selalunya anda mengambil lebih daripada 200mg kafein sehari.

Had anda sehari ialah dua gelas teh, dua gelas kopi segera ataupun satu gelas kopi turas.

Apa jadi jika saya mengambil banyak kafein semasa hamil?

Jika anda kerap minum nescafe ketika hamil atau mengambil kafein melebihi jumlah kafein yang disarankan sepanjang tempoh kehamilan boleh menimbulkan risiko keguguran dan berat bayi rendah semasa lahir.

Akan tetapi, jangan takut jika sesekali anda mengambil kopi lebih daripada 200mg kerana dipercayai risikonya masih rendah.

minum nescafe ketika hamil

Bagaimana minum nescafe ketika hamil atau minuman kafein mempengaruhi bayi?

Apabila anda mengambil secawan kopi, kafein akan memasuki plasenta melalui cecair amniotik dan aliran darah bayi anda.

Oleh sebab kafein akan meningkatkan kadar jantung dan metabolisme anda, serta menjadikan anda lebih berjaga-jaga, pengambilannya boleh juga memberi kesan kepada bayi dalam kandungan anda.

Bayi anda akan rasa sedikit kurang tenteram selepas anda minum kopi. Pengambilan kafein dengan jumlah yang banyak boleh memberi impak negatif kepada bayi anda.

Sesetengah laporan menunjukkan bayi yang ibunya minum lebih daripada 500mg kafein sehari semasa hamil mempunyai tinggi risiko:

• Kadar jantung lebih laju

• Kadar pernafasan meningkat

• Lebih banyak terbanyak

Walau bagaimanapun, satu atau dua gelas teh atau kopi sehari tidak akan menjejaskan kandungan anda.

Bagaimana kafein mempengaruhi tubuh anda?

Jika anda minum nescafe ketika hamil atau sebarang minuman berkafein dalam jumlah yang besar, anda perlu pergi ke tandas lebih kerap kerana ia sejenis diuretik.

minum nescafe ketika hamil

Kafein juga boleh menggalakkan pembebasan asid dalam perut anda, yang mana ada kalanya boleh menjurus kepada masalah perut atau cirit-birit.

Kafein yang banyak juga boleh membuatkan anda terjaga sepanjang malam jika anda mengambilnya pada lewat hari (petang atau malam).

Ini akan membuatkan anda sakit kepala selepas kafein disaring daripada sistem badan.

Cuba untuk tidak minum teh ataupun kopi dengan hidangan anda kerana minuman ini mengandungi bahan yang boleh mengurangkan kemampuan tubuh untuk menerima zat besi daripada makanan bukan-daging.

Baca juga:

Berapa banyak kafein yang perlu saya ambil setiap hari?

Kopi, teh (termasuklah teh hijau), kola, sesetengah minuman tenaga dan coklat semuanya mengandungi kafein.

Jika anda membeli kopi, ingatlah bahawa kandungan kafein dalam espresso dan kopi yang berasaskan espresso seperti latte adalah berbeza.

minum nescafe ketika hamil

Tahap kafein dalam secawan kopi boleh berubah daripada 50mg per espresso kepada sebanyak 300mg per espresso. Jadi, dengan hanya satu cawan kopi besar kapucino yang kuat mungkin sudah melebihi had harian anda.

Sebagai wanita mengandung, anda boleh mengambil susu, jus buah dan air kosong sebagai alternatif yang sihat untuk menggantikan minuman berkafein semasa hamil.

Jika anda menggemari teh herba, ingatlah bahawa ada sesetengahnya yang mengandungi kafein. Teh herba juga boleh mengandungi herba tertentu dan bahan tambahan yang mungkin tidak selamat untuk kandungan anda.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Caffeine in pregnancy. https://www.marchofdimes.org/pregnancy/caffeine-in-pregnancy.aspx#. Accessed January 7, 2017.
  2. Caffeine During Pregnancy. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/pregnancy-health-wellness/caffeine-intake-during-pregnancy-946/. Accessed January 7, 2017.
  3. How Much Caffeine Is Safe During Pregnancy? https://health.clevelandclinic.org/caffeine-and-pregnancy-how-does-caffeine-affect-my-baby/. Accessed January 7, 2017.
  4. Caffeine during pregnancy. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/caffeine-during-pregnancy. Accessed January 7, 2017.
  5. Moderate Caffeine Consumption During Pregnancy. https://www.acog.org/clinical/clinical-guidance/committee-opinion/articles/2010/08/moderate-caffeine-consumption-during-pregnancy. Accessed January 7, 2017.
  6. How much coffee can I drink while I’m pregnant? https://www.acog.org/womens-health/experts-and-stories/ask-acog/how-much-coffee-can-i-drink-while-pregnant. Accessed January 7, 2017.
  7. Is caffeine consumption safe during pregnancy? https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3625078/. Accessed January 7, 2017.

Versi Terbaru

05/09/2022

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

6 Nutrien WAJIB Ada Dalam Susu Ibu Hamil, Barulah Janin Membesar Dengan Baik

3 KEBURUKAN Selalu Minum Kafein, Salah Satunya Mungkin Punca Anda Sukar Hamil!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 05/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan