backup og meta

Hamil, Tapi Ada Tompokan Coklat Pada Seluar Dalam, Ini Tanda Gugur @ Sebab Lain?

Hamil, Tapi Ada Tompokan Coklat Pada Seluar Dalam, Ini Tanda Gugur @ Sebab Lain?

Mengalami spotting coklat semasa mengandung pastinya mengundang kerisauan, kan? Namun dalam kebanyakan kes, spotting hamil yang berlaku adalah keadaan biasa.

Jom ketahui dengan lebih lanjut mengenainya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Kehadiran spotting coklat dalam tempoh kehamilan

Kenapa keluar cecair coklat dari faraj? Adakah spotting tanda hamil?

Mengalami keputihan yang cair, berwarna jelas atau putih – nama saintifiknya leukorea – merupakan keadaan biasa bagi seorang wanita.

Cairan ini boleh hadir dalam pelbagai warna dan ia boleh menjadi petunjuk kepada masalah yang mungkin berlaku di dalam faraj.

Bahkan semasa berbadan dua, hormon kehamilan yang dialami menjadikan cairan faraj ini lebih pekat.

Namun kehadiran tompok darah coklat pada wanita mengandung boleh menimbulkan kerisauan kerana warnanya seakan sama dengan darah. 

Darah dalam spotting kehamilan?

Seperti yang dijangka oleh ramai wanita dan mungkin menyebabkan kerisauan bagi individu yang sedang hamil, cecair berwarna coklat itu adalah cairan yang bercampur dengan darah lama. 

Sesetengah darah pada rahim mengambil masa yang lebih lama untuk keluar dan apabila sudah terlalu lama, ia berubah menjadi coklat.

Ini akhirnya menyebabkan anda mengalami spotting warna coklat. 

spotting coklat
Keadaan spotting semasa hamil.

Adakah keputihan berwarna coklat itu normal semasa hamil?

Berita baiknya, keputihan berwarna coklat semasa kehamilan biasanya normal dan kemungkinan tidak bermaksud ada yang tidak kena dengan anda atau bayi dalam kandungan.

Punca spotting coklat semasa mengandung

Penyebab spotting hamil ini biasanya kerana kerengsaan.

Kenaikan perubahan hormon dan peningkatan darah ke seluruh tubuh semasa hamil menjadikan serviks sangat sensitif. 

Maka sebarang aktiviti seperti hubungan seksual atau pemeriksaan pelvis boleh memburukkan keadaan. 

Kesannya, anda mungkin akan mengalami tompok darah coklat.

Sekiranya anda sedang berada di trimester ketiga kehamilan, cairan coklat ini boleh menjadi tanda bahawa tempoh untuk bersalin semakin dekat

Dalam beberapa minggu sehingga menjelang hari untuk melahirkan anak, tubuh akan menyingkirkan palam mucus (mucus plug) – gumpalan lendir yang menutup saluran pembukaan rahim semasa kehamilan.

Menghampiri hari untuk bersalin, anda mungkin akan mendapati ada cairan berwarna merah jambu atau coklat bersama darah. 

Risiko komplikasi yang patut diketahui

spotting coklat
Ilustrasi kehamilan ektopik

Walau bagaimanapun, untuk keadaan yang jarang berlaku sama ada anda hamil atau tidak, spotting warna coklat ini boleh menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan serius. 

Ia boleh menjadi tanda akan berlakunya:

  • keguguran kandungan
  • kehamilan ektopik
  • masalah dengan plasenta
  • tanda jangkitan serviks mahupun rahim

Pun begitu, untuk masalah jangkitan serviks atau rahim, ia biasanya disertai dengan gejala lain. 

Jika pada bila-bila dalam tempoh kehamilan pelepasan faraj berwarna merah atau berlaku pendarahan, disertai kekejangan pada perut, kontraksi cepat mahupun sakit bahagian belakang, segeralah berjumpa doktor!

Lakukan ini jika alami spotting coklat semasa hamil

Sekiranya terlihat spotting hamil sekali-sekala selepas hubungan intim, ia berkemungkinan adalah keadaan biasa.

Jadi cuba perhatikan keadaan seluar dalam untuk tempoh masa 1 atau 2 hari. 

Sebaliknya, jika anda melihat tompok darah coklat atau darah selepas seks lebih daripada beberapa kali sebulan atau berlanjutan hingga beberapa minggu, dapatkan pemeriksaan doktor.

Malahan, sekiranya pelepasan faraj itu menimbulkan rasa gatal, disertai dengan bau menyengat atau kekejangan, berjumpalah dengan doktor. 

spotting coklat
Jika alami kesakitan melampau pada faraj, segeralah berjumpa doktor.

Untuk langkah keselamatan, pakar menasihatkan wanita mengandung untuk melakukan pemeriksaan doktor setiap kali berlakunya pendarahan atau spotting hamil atau spotting coklat.

Walaupun ia mungkin bukan petunjuk kepada keadaan yang serius atau berbahaya, tetapi bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat?

Kenapa perlu berjumpa doktor?


Doktor akan melakukan pemeriksaan ultrabunyi dan pelvis untuk memastikan anda dan kandungan berada dalam keadaan selamat.

[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Bleeding during pregnancy. https://www.acog.org/womens-health/faqs/bleeding-during-pregnancy. Accessed Feb 16, 2021. 
  2. Vaginal discharge.https://www.mayoclinic.org/symptoms/vaginal-discharge/basics/definition/sym-20050825. Accessed Feb 16, 2021. 
  3. Bleeding and spotting from the vagina during pregnancy. https://www.marchofdimes.org/complications/bleeding-and-spotting-from-the-vagina-during-pregnancy.aspx. Accessed Feb 16, 2021. 
  4. Bleeding pregnancy. https://www.tommys.org/pregnancy-information/pregnancy-symptom-checker/bleeding-pregnancy. Accessed Feb 16, 2021. 
  5. Vaginal discharge during pregnancy. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/vaginal-discharge-during-pregnancy. Accessed Feb 16, 2021. 

Versi Terbaru

15/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Elak Bersama Ketika Awal Mengandung Jika Ibu Alami 7 Tanda Ini!

4 Tanda Umum Jika Ibu Hamil Mungkin Mengalami Keguguran Di Awal Trimester!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan