backup og meta

Suami Jangan Takut Nak PANCUT DALAM Masa Isteri Hamil, Banyak Manfaatnya Untuk Kalian & Baby

Hubungan kelamin ketika hamil dikatakan bermanfaat seperti menjadikan tidur lebih baik dan membantu menurunkan tekanan darah. Tetapi adakah anda tahu kebaikan kesan air mani pada kandungan? Antara kebaikannya ialah mencegah preeklampsia, mencegah mabuk hamil dan memudahkan proses bersalin.

Suami Jangan Takut Nak PANCUT DALAM Masa Isteri Hamil, Banyak Manfaatnya Untuk Kalian & Baby

Ketahui lebih lanjut di sini.

Adakah mengandung jika terkena air mani

Adakah mengandung jika terkena air mani bergantung kepada lokasi air mani itu dilepaskan.

Wanita hanya boleh hamil jika air mani masuk ke dalam faraj dan sperma berjaya sampai ke ovum untuk persenyawaan.

Jika air mani hanya terkena di luar faraj tanpa penetrasi, risiko kehamilan sangat rendah, tetapi masih wujud jika terdapat kebocoran atau air mani memasuki faraj secara tidak langsung.

Dalam kes begini, kaedah pencegahan seperti pil kecemasan mungkin dipertimbangkan dalam tempoh 72 jam.

Manfaat dan kesan air mani pada kandungan

Walau apa pun perasaan anda tentang melakukan hubungan seks ketika sedang berbadan dua, adakah anda tahu kebaikan kesan air mani pada kandungan? 

Mungkin masih banyak kajian perlu dilakukan untuk membuktikan kesan air mani pada kandungan ini, tetapi hakikatnya memancutkan sperma ke dalam saluran kelahiran (faraj) bukanlah idea yang buruk.

Mencegah preeklampsia

Keadaan kehamilan berisiko tinggi, preeklampsia, didefinisikan dengan peningkatan tekanan darah dan protein dalam air kencing. 

Keadaan itu dialami oleh 5 hingga 8% daripada semua kehamilan.

Ia boleh menyebabkan komplikasi seperti berat lahir bayi rendah, gangguan plasenta, kelahiran pramatang, kegagalan buah pinggang dan kematian ibu dan / atau janin

kesan air mani pada kandungan
Berjumpalah dengan doktor jika ada masalah.

Dalam kajian yang dilakukan penyelidik dari Denmark pada 2017, mengaitkan tentang sperma dan preeklampsia. 

Ringkasnya, wanita yang terdedah kepada air mani sebelum kehamilan mempunyai risiko lebih rendah mengalami preeklampsia. 

Individu yang terdedah kepada sperma kurang daripada tempoh 6 bulan lebih berisiko untuk mengembangkan keadaan kesihatan itu.

1 kemungkinan yang mempengaruhi keadaan itu adalah: sperma mengandungi protein, HLA-G, yang dapat meningkatkan sistem imun ibu. 

Pendedahan yang lebih kerap kepada sel protein yang dihasilkan kaum Adam (paternal cell) ini membantu mewujudkan ‘kekebalan’ terhadap preeklampsia.

Dalam kajian lain yang dilakukan pada tahun 2000, menyatakan menelan sperma turut dikaitkan dengan penurunan risiko preeklampsia.

Walau bagaimanapun, masih banyak kajian yang perlu dilakukan untuk mengesahkan teori-teori ini. 

Kesan air mani pada kandungan – Merawat mabuk kehamilan

Menurut seorang pakar psikologi, peningkatan pendedahan sperma dapat menyembuhkan mabuk pagi yang sangat tidak disukai kebanyakan wanita. 

Berdasarkan hipotesis yang diberikan nama Teori Gallup ini menyatakan bahawa badan wanita mengandung menolak sel-sel daripada bapa kepada janin sebagai bahan asing. 

Manakala badan pula cuba menyingkirkan bahan genetik ini melalui rasa loya dan muntah.

Jika teori ini benar, penawar kepada mabuk kehamilan ini mungkin melalui pendedahan kepada sperma sama ada melalui seks faraj atau seks oral.

Ini kerana kesan air mani pada kandungan akan membantu badan mengembangkan toleransi terhadap DNA bapa sehingga mengurangkan rasa mual dan keinginan untuk muntah semasa hamil. 

Pendedahan ini sebaiknya dilakukan sebelum kehamilan dan beberapa minggu pertama selepas positif mengandung. 

Sudah tentu, lebih banyak maklumat dan kajian diperlukan bagi mengesahkan teori Gallup ini.

kesan air mani pada kandungan
Hamil sebabkan anda kerap muntah.

Proses kelahiran

Sekiranya wanita yang hamil itu masih belum bersalin walaupun sudah melepasi tempoh EDD, ada pakar mengatakan seks boleh membantu proses kelahiran.

Alasannya kerana orgasme atau klimaks menyerupai kontraksi rahim, dan hubungan kelamin yang berlangsung akan melepaskan hormon berkaitan proses bersalin, oxytocin.

Pun begitu, air mani juga memainkan peranan. Ini kerana sperma mengandungi bahan seperti hormon prostaglandin, yang dapat mematangkan serviks. 

Kesan air mani pada bayi dalam kandungan

Kesan air mani pada bayi dalam kandungan umumnya tidak membahayakan, terutamanya jika kandungan sihat dan tiada komplikasi kehamilan.

Berikut antara maklumat penting berkaitan:

  • Air mani tidak sampai ke bayi secara langsung, kerana bayi dilindungi oleh serviks dan kantung ketuban.

  • Kandungan prostaglandin dalam air mani boleh merangsang pengecutan rahim, tetapi biasanya hanya memberi kesan jika kehamilan sudah cukup bulan.

  • Hubungan kelamin semasa hamil selamat dilakukan jika tiada larangan doktor, dan air mani tidak memberi kesan negatif kepada bayi dalam keadaan normal.

  • Dalam kes tertentu seperti plasenta previa atau risiko kelahiran pramatang, doktor mungkin menyarankan elak hubungan seks.

Jika terdapat keraguan atau gejala luar biasa selepas hubungan kelamin semasa hamil, sebaiknya rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Jika ada keinginan untuk seks, teruskan

Kesimpulannya, tiada salahnya untuk melakukan seks saat anda hamil.

Tetapi anda harus sedar, sperma bukan satu-satunya cara untuk mencegah preeklampsia dan jangan sekadar bergantung kepadanya sebagai perlindungan.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Correlation between oral sex and low incidence of preeclampsia. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/10706945// Accessed on July 16, 2020
  2. Pregnancy and preeclampsia. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5758600/#B485/ Accessed on July 16, 2020
  3. Preeclampsia. https://www.preeclampsia.org// Accessed on July 16, 2020
  4. Sperm exposure and development of preeclampsia. https://www.researchgate.net/publication/10757627_Sperm_exposure_and_development_of_preeclampsia. Accessed on July 16, 2020
  5. Sex in pregnancy. https://www.nhs.uk/conditions/pregnancy-and-baby/sex-in-pregnancy// Accessed on July 16, 2020

Versi Terbaru

18/06/2025

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Telan Air Mani Suami Adalah SELAMAT, Tapi Ada RISIKO Yang Si Isteri Kena Tanggung!

Elak Keguguran Di Awal Kehamilan, Awasi 9 Tanda Anda Sedang Berbadan Dua!


Disemak oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group · Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Dikemas kini 18/06/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan