Apakah cara puaskan suami ketika hamil ya? Ada ke posisi seks yang boleh mendatangkan bahaya semasa mengandung?
Persoalan anda itu akan terjawab dalam artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Cara puaskan nafsu suami ketika hamil, selamat ke?
Secara amnya, seks semasa hamil adalah selamat untuk anda, pasangan dan bayi dalam kandungan.
Seks ketika mengandung bukan sahaja selamat, bahkan mungkin mendatangkan manfaat buat anda.
Wanita yang mengalami orgasme semasa berbadan dua mendapat manfaat daripada hormon penenang dan peningkatan aliran darah kardiovaskular – faedahnya turut dirasai si kecil.
Cara puaskan suami ketika hamil ikut trimester
Walaupun seks adalah selamat tetapi tidak semua posisi seks sesuai semasa kehamilan, dan sesetengahnya boleh menjadi terlalu berbahaya untuk bayi dan diri anda sendiri.
Teruskan membaca untuk mengetahui kedudukan seks yang menimbulkan risiko semasa kehamilan.
Trimester pertama
Pada trimester pertama tiada sekatan berkaitan posisi seks. Bahkan inilah masanya untuk mencuba kedua-dua posisi mudah dan sukar.
Tubuh wanita berbadan dua dilincirkan dengan baik pada peringkat ini dan alat kelamin lebih sensitif – kesan peningkatan dalam peredaran darah.
Perut anda juga masih belum membesar untuk ‘menjadi penghalang’ cara puaskan suami ketika hamil.
Tetapi elakkan seks anal! Ia meningkatkan risiko mendapat jangkitan daripada rektum ke faraj. Seks kasar turut tidak digalakkan sepanjang tempoh kehamilan.
Anda juga perlu mengingatkan pasangan untuk mengelakkan menghembus udara ke faraj. Tindakan tersebut boleh menyebabkan embolisme dan boleh menyebabkan maut kepada anda dan bayi.
Cara puaskan suami ketika hamil #Trimester kedua
Pada fasa ini, isu morning sickness semakin berkurangan, sekali gus meningkatkan dorongan seksual.
Pada trimester kedua ini, harus dielakkan sebarang posisi seks yang memerlukan anda berbaring secara terlentang. Mengapa?
Apabila berbaring terlentang, rahim yang sedang mengembang boleh menekan aorta – saluran darah utama – sekali gus mengurangkan tahap darah melalui plasenta. Bahkan gaya missionary juga tidak disarankan!
Pun begitu, anda boleh menikmati kawalan semasa hubungan seks dengan posisi cowgirl. Pasangan akan berbaring terlentang dan anda akan berada di atas zakarnya. Dengan ini, anda boleh memilih tahap kelajuan yang diingini dan bila untuk orgasme.
Cara puaskan suami ketika hamil yang turut boleh dicuba adalah spooning – posisi di mana anda akan berbaring sebelah-menyebelah dengan pasangan. Aksi ini membolehkan penetrasi cetek dan tidak mengakibatkan tekanan pada perut yang sedang membesar.
Gaya doggy – penembusan daripada belakang juga boleh dipilih. Ia sesuai untuk ibu yang mengalami kesakitan lantai pelvis atau bahagian bawah punggung. Dengan keadaan anda dan pasangan berlutut, tiada tekanan akan dialami perut.
Kedudukan seks lain yang boleh dipertimbangkan adalah scissors dan reverse cowgirl.
Scissors memberikan ruang untuk mengurangkan penetrasi kerana anda dan pasangan berbaring sebelahmenyebelah dengan kaki bersilang.
Manakala reverse cowgirl adalah bertentangan dengan posisi cowgirl – di mana anda tidak perlu menghadap pasangan. Apa yang pasti, kedua-dua posisi ini memberikan anda ‘kuasa sepenuhnya’ untuk mengawal aksi seks.
Baca juga: