backup og meta

Jika Wanita Alami Morning Sickness Lebih 14 Minggu, Ia Mungkin Petanda 'HG'!

Jika Wanita Alami Morning Sickness Lebih 14 Minggu, Ia Mungkin Petanda 'HG'!

Buat para wanita yang pernah atau sedang dalam proses kehamilan, sudah pasti anda semua tahu apa itu morning sickness bukan?

Meskipun tidak semua ibu hamil mengalaminya, kondisi ini sudah pasti akan menjejaskan dan memenatkan anda yang sedang berbadan dua.

Sekiranya anda salah seorang daripada mereka, jangan hanya berdiam diri dan menganggap bahawa berehat sahaja sudah mencukupi buat anda.

Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut kerana anda berisiko menghidapi kondisi yang disebut sebagai ‘HG’!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang kehamilan di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Apa itu morning sickness?

apa itu morning sickness

Bagi kebanyakan wanita normal, mabuk hamil (morning sickness) adalah salah satu petanda pertama yang menunjukkan seseorang itu hamil.

Meskipun namanya sinonim dengan waktu pagi, lebih separuh kes mual dan muntah semasa hamil tidak berlaku pada waktu itu sahaja.

Kebiasaannya, gejala morning sickness ini akan berlaku pada awal kehamilan sehingga usia kandungan berusia sekitar 14 minggu.

Pun begitu, wujud juga kes di mana ada wanita yang mengalaminya lebih lama daripada tempoh tersebut dan kondisi ini disebut sebagai hyperemesis gravidarum (HG).

HG dipercayai menjejaskan kira-kira 3 daripada 100 kehamilan dan menyebabkan mual serta muntah yang sangat teruk, berlebihan dan berterusan.

Baca juga:

Simptom

Jika ia hanya sekadar gejala apa itu morning sickness, anda mungkin akan mengalami rasa mual dan muntah yang biasa terutamanya pada waktu pagi.

Namun jika ia berubah menjadi lebih teruk yakni HG, anda perlu lebih risau kerana ia berisiko membuat tubuh badan kehilangan banyak nutrisi.

Berikut adalah antara simptom HG:

  • Muntah lebih dari 3 atau 4 kali dalam sehari
  • Sentiasa rasa mual
  • Hilang selera makan
  • Dehidrasi
  • Ketosis
  • Penyusutan berat badan ketika hamil
  • Tekanan darah rendah ketika berdiri
  • Sakit kepala
  • Dehidrasi
  • Pengsan

Sekiranya dibiarkan tanpa sebarang rawatan, ia sekali gus akan membahayakan tubuh badan si ibu serta janin di dalam kandungan.

Apa punca ini terjadi?

kehamilan di luar rahim

Untuk pengetahuan anda, akan berlaku banyak perubahan pada tubuh badan si ibu hamil termasuklah dalam aspek fizikal dan mental.

Ini juga merangkumi morning sickness, yang berlaku pada majoriti wanita hamil terutamanya pada tempoh awal kehamilan.

Pun begitu, ada beberapa faktor risiko yang akan menyebabkan kondisi menjadi lebih teruk seperti berikut:

  • Berat badan berlebihan
  • Kehamilan pertama
  • Kehamilan berganda
  • Sejarah pernah mabuk hamil
  • Migrain

Mungkin juga wujud punca lain yang tidak dinyatakan di atas, sila berjumpa doktor untuk diagnosis lebih tepat.

Cara mengatasi morning sickness!

Selepas mengetahui maksud apa itu morning sickness, anda perlu tahu cara mengatasinya terlebih dahulu.

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah berjumpa doktor, seterusnya mungkin akan disarankan untuk anda:

#1. Mengambil suplemen tambahan

Sebenarnya, kondisi mual dan muntah sehingga menyebabkan HG ini mungkin boleh dicegah dari berulang dengan mengambil suplemen tambahan.

Antara jenis suplemen yang mungkin paling efektif adalah vitamin B6 dan B12, selain suplemen lain berasaskan bahan tradisional seperti madu dan halia.

#2. Mengambil makanan sesuai

Selain itu, kondisi ini juga munfkin boleh diatasi dan ditangani dengan baik jika mengambil makanan sesuai secara kerap tetapi bersaiz kecil.

Antara jenis makanan yang dipercayai paling sesuai buat penderita morning sickeness adalah makanan kering seperti roti dan biskut.

kehamilan di luar rahim

Cara mengatasi morning sickness & HG #3. IV

Cecair intravena (IV) mungkin perlu diambil oleh ibu hamil yang selalu rasa mual dan muntah pada awal fasa kehamilan dan seterusnya.

Bagi kes kronik seperti HG, wanita tersebut mungkin perlu dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan dengan menyuntik IV ke dalam badan.

#4. Ubatan klinikal

Akhir sekali, ada beberapa jenis ubatan klinikal yang boleh dan perlu diambil oleh si ibu yang mengalami masalah morning sickness kronik.

Antara jenis ubatan tersebut adalah seperti berikut:

  • Promethazine
  • Meclizine
  • Droperidol

Namun segala pemberian ubatan atau suntikan perlulah dipreskripsikan oleh doktor pakar terlebih dahulu bagi mengelak sebarang komplikasi.

Harap anda lebih memahami apa itu morning sickness!

Konklusinya, mungkin benar bahawa mual dan muntah adalah petanda pertama bahawa anda sedang dalam proses kehamilan.

Pun begitu, jangan sesekali beranggapan bahawa gejala morning sickness ini adalah normal dan tidak perlu diberi perhatian.

Ada risiko bahawa anda juga mungkin salah seorang wanita yang mengalami kondisi bernama HG, jadi sila berwaspada! Kami berharap agar artikel ini dapat menerangkan maksud apa itu morning sickness kepada anda!

[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Vomiting during pregnancy. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/12232-hyperemesis-gravidarum-severe-nausea–vomiting-during-pregnancy. Accessed May 7, 2021.
  2. Morning sickness nausea and vomiting of pregnancy. https://www.acog.org/womens-health/faqs/morning-sickness-nausea-and-vomiting-of-pregnancy. Accessed May 7, 2021.
  3. Nausea during pregnancy. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/expert-answers/nausea-during-pregnancy/faq-20057917. Accessed May 7, 2021.
  4. Severe vomiting. https://www.nhs.uk/pregnancy/related-conditions/complications/severe-vomiting. Accessed May 7, 2021.
  5. Vomiting and morning sickness. https://www.nhs.uk/pregnancy/related-conditions/common-symptoms/vomiting-and-morning-sickness/. Accessed May 7, 2021.

Versi Terbaru

02/10/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Bahaya Jika Anda Muntah Teruk Semasa Mengandung

Bahaya Jika Kerap Muntah Masa Hamil Sampai Hilang Berat, 5 Cara Ini Boleh Bantu Atasinya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan