backup og meta

Aduh, Dapat Serangan Migrain Semasa Hamil? Ini 11 Cara Atasinya Hanya Dari Rumah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 04/07/2022

    Aduh, Dapat Serangan Migrain Semasa Hamil? Ini 11 Cara Atasinya Hanya Dari Rumah

    Migrain dan kehamilan

    Jika anda cenderung mengalami migrain sebelum hamil, sakit kepala anda mungkin akan bertambah atau berkurangan semasa kehamilan.

    Anda juga perlu tahu, ia adalah sesuatu yang normal juga jika anda pertama kali mengalami migrain semasa hamil. Beberapa kajian mendapati bahawa terdapat satu hubungan kecil antara migrain dan juga hormon.

    Malahan, wanita juga mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat migrain berbanding golongan lelaki.

    Apakah tanda-tanda sakit kepala migrain?

    Migrain selalunya bermula dengan sedikit kesakitan dan kemudian kepala menjadi berdenyut-denyut. Kesakitan yang dialami ini kemudiannya berterusan, dan denyutan menjadi semakin menekan pada pelipis, depan, ataupun pangkal kepala.

    Migrain kadangkala diikuti dengan loya dan muntah-muntah. Sesetengah individu juga mungkin akan mengalami  pandangan yang berbalam.

    Adakah bahaya jika ibu hamil mengalami migrain?

    Migrain hanya akan jadi berbahaya jika anda mengalami masalah kesihatan lain. Hubungi doktor anda jika:

  • Sakit kepala anda diikuti dengan demam
  • Sakit kepala berterusan sehingga lebih daripada beberapa jam atau anda kerap mengalaminya
  • Penglihatan yang agak kabur
  • Apakah rawatan untuk sakit kepala migrain?

    Ibu hamil dinasihatkan supaya mencatat diari migrain mereka.

    Anda perlu merekodkan bila kejadian sakit kepala berlaku, punca, dan berapa lama ia berlaku.

    Dengan ini, anda boleh tahu punca anda migrain dan seterusnya mengelakkan masalah ini daripada berlaku.

    Antara punca lazim yang membuatkan anda migrain ialah:

    • Stres
    • Coklat
    • Keju
    • Kopi
    • Cuaca
    • Hormon

    Bagaimanapun, punca migrain bagi setiap individu adalah berbeza-beza. Disebabkan itulah, anda disarankan untuk mempunyai diari sakit kepala anda sendiri.

    Penawar yang biasanya dilakukan di rumah jika sakit kepala migrain:

    migrain semasa hamil

    Anda boleh cuba melegakan sakit kepala dengan:

    • Meletakkan tuala sejuk pada kepala anda
    • Mandi air sejuk
    • Meridap atau tidur siang
    • Bersenam
    • Cuba beberapa teknik senaman santai seperti meditasi atau yoga

    Letakkan pelapik pemanas atau penyejuk pada bahagian kedua-dua tepi dahi, atau tengkuk- ini salah satu cara terbaik untuk melegakan kesakitan yang berkait dengan migrain.

    Terdapat pelbagai bentuk dan saiz pelapik pemanas dan pek penyejuk. Kebanyakannya perlu diletakkan dahulu di dalam ketuhar gelombang mikro atau peti ais sebelum menggunakannya.

    Ubat untuk melegakan migrain

    Ibu mengandung tidak seharusnya mengambil aspirin atau ibuprofen (e.g., Advil, Motrin).

    Acetaminophen (Tylenol) – ubat tahan sakit–  boleh menjadi pilihan yang baik untuk ibu hamil ketika alami migrain semasa hamil. Namun, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor dahulu sebelum mengambil sebarang ubat bagi melegakan sebarang simptom migrain semasa hamil.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 04/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan