Baru mendirikan rumah tangga dan sedang mencari petua cepat hamil cara tradisional? Tepat sekali pilihan anda untuk membaca artikel ini.
Ayuh baca selanjutnya bagi mendapatkan tips cepat hamil untuk pengantin baru! Semoga bermanfaat.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Petua cepat hamil cara tradisional
Bagi pasangan yang sudah berkahwin, pastinya kalian tidak sabar untuk mendapat cahaya mata, betul tak? Apatah lagi kehadiran si comel dikatakan akan menyerikan lagi hubungan rumah tangga yang dibina.
Sememangnya terdapat banyak cara atau petua yang boleh dicuba untuk mempercepatkan kehamilan.
Berkahwin awal
Bagi pasangan yang berkahwin awal, khususnya kaum wanita akan mencerahkan lagi peluang untuk mengandung.
Ini kerana wanita dipercayai berada dalam fasa paling subur ketika berusia awal hingga pertengahan 20-an dengan peluang kehamilan 25-30 peratus setiap bulan.
Tahap kesuburan akan mula berkurangan seiring pertambahan usia seorang wanita.
Tips cepat hamil untuk pengantin baru #Pengambilan kurma
Kurma boleh dikatakan salah satu buah kering yang paling sedap dan boleh didapati sepanjang tahun. Dengan penuh nutrisi, kebanyakan individu mengamalkannya sebagai sumber tenaga.
Kurma juga pada masa yang sama dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan dan kesihatan wanita secara menyeluruh.
Namun, kaum lelaki juga tidak terkecuali disarankan untuk mengamalkan pengambilannya. Kenapa?
Ini kerana ada kajian menyatakan buah kurma boleh meningkatkan libido dan kualiti sperma anda.
Ia juga boleh dijadikan tips cepat hamil untuk pengantin baru kerana dapat membantu meningkatkan prestasi seksual serta jumlah sperma.
Makanan tinggi zink, petua cepat hamil cara tradisional
Pengambilan makanan tinggi kandungan zink dipercayai mampu meningkatkan kesuburan wanita.
Berdasarkan penyelidikan, bekalan zink mencukupi diperlukan untuk membentuk telur yang sihat dan cekap bersenyawa. Sebaliknya, kekurangan zink boleh mengganggu kematangan dan mengurangkan kualiti telur.
Selain suplemen zink, anda juga boleh memilih mengamalkan pengambilan makanan yang mengandungi zink seperti:
- Tiram
- Daging lembu dan kambing
- Ketam
- Keju
- Badam
- Oat
- Lobster
- Kacang gajus
- Susu
- Yogurt
- Kacang pis
Selain makanan, apakah terdapat tips cepat hamil untuk pengantin baru yang boleh dicuba ya? Sudah tentulah ada.
Tempoh kesuburan
Kehamilan takkan berlaku tanpa persetubuhan, betul tak? Namun melakukan hubungan seks tanpa mengetahui tempoh kesuburan anda, mungkin sia-sia. Tempoh kesuburan atau ovulasi dapat membantu meningkatkan potensi berlakunya kehamilan.
Cara mudahnya, anda boleh mengira 10 hari dari hari terakhir anda haid. Lakukan seks pada hari berkenaan dan setiap hari, selama 10 hari seterusnya.
Anda boleh menyemak tempoh subur atau ovulasi menggunakan aplikasi di bawah.
Hubungan seksual dalam petua cepat hamil cara tradisional
Selain mengetahui tempoh subur anda, terdapat juga beberapa cara seks untuk mengandung dengan cepat seperti:
1. Kedudukan wanita di bawah
Semasa bersama pasangan dan berlakunya ejakulasi, disarankan wanita untuk berada di bawah pasangannya, seperti dalam posisi berbaring.
Ia bertujuan untuk memudahkan air mani memasuki saluran serviks dan membolehkan persenyawaan berlaku antara sperma dan ovum.
2. Zakar lebih lama dalam faraj antara petua cepat hamil cara tradisional
Selepas ejakulasi berlaku, pastikan pasangan anda tidak tergesa-gesa menarik keluar zakarnya.
Ini kerana ada yang mempercayai bahawa jika zakar berada lebih lama, air mani tidak akan terkeluar dan terdorong untuk memasuk saluran serviks.
Nampak remeh, bukan? Tetapi siapa tahu ia boleh meningkatkan peluang untuk berlakunya kehamilan.
3. Angkat punggung selepas ejakulasi
Meningkatkan paras punggung membolehkan kedudukan rahim berada pada kedudukan lebih rendah. Cara seks untuk mengandung ini dipercayai membantu memudahkan proses persenyawaan.
Anda boleh meletakkan bantal di bawah bahagian punggung sebagai sokongan dan memberikan lebih keselesaan.
4. Elakkan terus bangun
Seperti mana zakar pasangan disarankan untuk berada lebih lama dalam faraj, anda juga digalakkan untuk tidak terus bangun atau berdiri selepas ejakulasi berlaku.
Sekali lagi, tindakan ini dipercayai membantu mengekang air mani daripada mengalir keluar lubang faraj.
Petua cepat hamil cara tradisional #Posisi seks
Ada ke kedudukan seks yang boleh meningkatkan kemungkinan untuk mengandung? Pada hakikatnya, tiada bukti saintifik yang menyatakan posisi seks tertentu berkemungkinan membantu meningkatkan peluang hamil.
Pun begitu, dipercayai kedudukan seks yang membolehkan penetrasi (penembusan) mendalam dapat membantu sperma untuk berada sedekat mungkin dengan serviks.
Kajian mendapati gaya missionary dan doggy membolehkan zakar mencapai bahagian serviks dengan lebih mendalam.
Petua kedua untuk memudahkan sperma mencapai telur adalah anda harus menghindari kedudukan yang melawan graviti. Antara seperti posisi wanita di atas dan melibatkan kedudukan berdiri.
Tiada salahnya mencuba
Paling penting, tidak kira kaedah apa sekali pun, pastikan ia tidak mendatangkan mudarat atau boleh menyebabkan kesan sampingan kepada anda.
Selamat mencuba!
[embed-health-tool-ovulation]