#1. Pilih saiz yang sesuai
Apa maksudnya? Bakal ibu seharusnya membeli baju mengandung dengan saiz yang sesuai dengan bentuk perut dan badan mereka – tidak terlalu ketat seperti sarung nangka dan tidak terlalu longgar seperti karung guni. Pilihlah saiz yang sedang-sedang sahaja, seperti lirik lagu nyanyian Iwan, penyanyi dangdut popular dari Indonesia.
#2. Cari warna yang gelap
Seperti yang diketahui oleh ramai kaki fesyen, warna gelap boleh memberi ilusi anda kelihatan lebih kecil berbanding saiz sebenar. Jadi, gunakan trik ini ketika anda sedang hamil dengan membeli baju mengandung yang berwarna gelap seperti hitam, coklat, kelabu atau apa-apa sahaja warna yang mempunyai tema yang gelap.
#3. Beli untuk jangka masa panjang
Tip ini sangat sesuai dipraktikkan oleh pasangan suami isteri yang gemar berjimat cermat! Bayangkan, tempoh kehamilan yang normal adalah sekitar 9 bulan sahaja. Jadi, selepas anda berjaya bersalin, sudah tentu baju mengandung anda itu tidak dapat lagi digunakan, bukan? Jadi, belilah baju mengandung yang mempunyai potongan longgar seperti ‘A Cut’, yang sesuai untuk anda pakai selepas tempoh mengandung atau ketika kehamilan seterusnya!
#4. Pakai baju mengandung dengan aksesori
Siapa kata anda tidak boleh menggayakan baju mengandung anda dengan aksesori ketika sedang hamil? Hakikatnya, tidak banyak yang berubah pada tubuh badan anda ketika sedang hamil melainkan baby bump dan beberapa kawasan yang menjadi sedikit montel. Namun, ia tidak akan menghalang anda dari memakai aksesori seperti gelang, rantai, subang, selendang atau kasut. Cuma, elakkan pakai kasut tumit tinggi, ya?
#5. Mix & match
Bukan, mix & match yang ditulis di sini bukan bermaksud menu di Mcdonalds itu, ya? Maksudnya di sini adalah anda masih boleh menggayakan pakaian lama anda ketika belum berbadan dua lagi. Cuma, pilih dengan betul. Carilah baju yang sedikit longgar seperti kardigan, jaket atau sweater yang sedikit baggy dan kenakan ia dengan seluar dengan potongan longgar seperti palazo. Dengan sedikit inovasi, baju lama anda pun boleh jadi baju mengandung!
#6. Cantik luar, cantik dalam
Cantik luar, cantik dengar sini. Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi. Pernah dengar lagu rap dendangan Malique dan Najwa ini? Lirik ini sangat sesuai untuk bakal ibu yang suka berfesyen dengan baju mengandung. Tapi apa maksudnya, ya?
Maksudnya di sini adalah di sebalik pemakaian anda, kesihatan dalaman juga perlu diberi perhatian. Oleh itu, ibu hamil perlu kekal berhidrasi dan bertenaga dengan mengambil suplemen dan menjaga pemakanan anda agar sentiasa kekal sihat dan kuat!
Dengan ini, barulah wajah dan tubuh badan anda sentiasa kelihatan berseri-seri walaupun sedang memakai baju mengandung, bukan?
Konklusi
Kesimpulannya, baju mengandung tidak boleh jadi penghalang untuk anda terus bergaya bagi bakal ibu yang suka berfesyen. Jadi, bakal ibu yang sudah mendapat tahu bahawa dia sedang mengandung, boleh cuba tip bergaya dengan baju mengandung kami ini, ya? Dengan ini, sudah tentu suami anda lebih suka dan tidak bosan melihat anda dengan baby bump yang comel itu!
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen