Masa bagi mendapat keputusan juga berbeza mengikut jenis-jenis alat ujian, jenama dan cara buat ujian kehamilan.
Bagi membaca keputusan, anda sama ada akan melihat perubahan melibatkan warna atau simbol pada alatan tersebut.
Bagi ujian kehamilan yang menggunakan teknologi terbaharu, penggunaannya lebih mudah kerana ia akan terus menyatakan jawapan pada alatan tersebut sama ada anda “pregnant” (hamil)atau “not pregnant” (tidak hamil).
Kit ujian kehamilan ini boleh diperoleh tanpa sebarang preskripsi doktor. Selain itu, ia murah dan sangat senang untuk digunakan.
Namun, sebelum anda mengambil ujian kehamilan, pastikan anda fahami dan melakukan perkara-perkara ini terlebih dahulu!
Baca juga:
Cara buat ujian kehamilan bagi kaum wanita
1. Jangan minum air terlalu banyak
Pastikan anda tidak meminum air dalam kuantiti yang banyak terutamanya apabila anda ingin melakukan ujian kehamilan ini.
Ini kerana, apabila kandungan air di dalam air kencing terlampau banyak, ia boleh mengganggu atau mengubah ketepatan keputusan kehamilan dan mungkin menghasilkan keputusan yang salah.
2. Cara buat ujian kehamilan – Lakukan di waktu pagi hari.

Ambil ujian kehamilan apabila anda mahu kencing pada belah pagi setelah bangun daripada tidur.
Ini kerana kandungan HCG akan berada pada tahap yang paling optimum untuk dikesan pada alat ujian kehamilan tersebut.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen