Tanda ovulasi wanita mungkin berbeza bagi setiap individu, ada juga yang tidak mengalami sebarang gejala ketika ia berlaku.
Selain itu, masa proses ovulasi berlaku juga berbeza. Sebilangan wanita berovulasi pada hari yang sama setiap bulan, manakala bagi yang lain mungkin hari ovulasinya berbeza setiap kitaran.
Proses ovulasi berlaku apabila perubahan hormon memberi isyarat kepada ovari untuk melepaskan telur yang sudah matang.
Bagi wanita dalam usia reproduktif tanpa sebarang masalah kesuburan berkaitan dengan hormon, ia biasanya berlaku setiap bulan mengikut kitaran haid.
Selain itu, tahukah anda bahawa ovulasi wanita kadangkala berlaku lebih daripada sekali dalam tempoh 1 bulan?
Proses ovulasi wanita biasanya berlaku sekitar 2 minggu sebelum tempoh anda bermula dan boleh berbeza-beza dari bulan ke bulan.
Mengenal pasti waktu ovulasi dapat membantu menentukan waktu anda paling subur. Untuk hamil melalui hubungan seks, anda perlu melakukannya dalam lingkungan waktu subur anda.
Semak kitaran haid dan waktu ovulasi anda dengan menggunakan Kalkulator Ovulasi, di sini.
Ketahui simptom-simptom ovulasi wanita
Simptom ovulasi wanita mungkin agak sukar untuk dikenal pasti kerana ia tidak berlaku pada setiap perempuan.
Bagaimanapun, perubahan fizikal tertentu akan dapat membantu anda mengenal pasti proses ovulasi.
- Kesakitan ovulasi (mittelschmerz)
Sebilangan wanita mengalami rasa sakit yang sedikit pada ovari sebelum atau semasa ovulasi.
Kondisi ini disebut sebagai mittelschmerz, disebabkan oleh pertumbuhan folikel, yang memegang telur yang matang, kerana ia meregangkan permukaan ovari.
Sensasi ini kadangkala digambarkan sebagai twinge atau pop. Ia dapat dirasakan pada ovari, dan mungkin berbeza lokasi dan kekuatannya dari bulan ke bulan.
Anda juga mungkin merasakan sensasi seakan terbakar yang disebabkan oleh pelepasan cecair dari folikel ketika telur dikeluarkan.
Cecair ini kadang-kadang menyebabkan kerengsaan pada lapisan perut atau kawasan sekitarnya. Rasa berat di bahagian bawah abdomen juga boleh disertai oleh sensasi ini.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan kalkulator ovulasi untuk semak waktu subur dengan lebih tepat.
- Perubahan suhu badan
Basal body temperature (BBT) merujuk kepada suhu yang anda miliki ketika pertama kali bangun pada waktu pagi sebelum menggerakkan badan anda.
Suhu badan basal anda akan meningkat sekitar 1°F atau kurang selama 24 jam selepas proses ovulasi berlaku.
Ini disebabkan oleh rembesan progesteron, hormon yang membantu lapisan rahim anda menjadi spongy dan tebal sebagai persediaan untuk implantasi embrio.
BBT anda akan tetap dinaikkan sehingga badan anda memulakan proses haid sekiranya kehamilan belum berlaku.
Satu kajian mengatakan, lebih daripada 200 wanita mendapati bahawa ovulasi lewat tidak dapat diramalkan dengan kaedah apa pun dan tidak ada gejala ovulasi, termasuk BBT.
- Perubahan lendir serviks
Lendir serviks (CM) terdiri daripada air. Ia disebabkan oleh peningkatan kadar estrogen, berubah secara konsisten semasa waktu subur anda dan dapat memberikan petunjuk mengenai proses ovulasi wanita yang berlaku.
Dihasilkan oleh kelenjar serviks, CM adalah saluran yang membantu mengangkut sperma kepada telur wanita.
Semasa dalam waktu subur anda, cecair licin yang kaya dengan nutrien ini bakal bertambah.
Ia juga menjadi lebih nipis, tekstur melekit, dan warnanya juga lebih jernih, ia sering disebut seakan konsistensi putih telur.
Pada hari-hari menjelang ovulasi, anda mungkin melihat pengeluaran lendiran yang lebih banyak daripada biasa. Ini disebabkan oleh peningkatan jumlah CM.
Apabila anda berada di tahap paling subur, CM akan dapat membantu untuk menyimpan sperma hidup sehingga 5 hari, meningkatkan peluang anda untuk hamil.
Ia juga bantu dalam memberikan pelinciran semula jadi untuk hubungan intim. Anda boleh menguji tekstur lendir dengan memasukkan jari ke dalam faraj anda berhampiran serviks.
Sekiranya melekit dan kelihatan jernih, ini petanda bahawa anda mungkin sedang mengalami ovulasi atau menghampiri proses tersebut.
- Kedudukan serviks
Serviks anda juga mampu memberikan beberapa petunjuk terhadap waktu ovulasi.
Memeriksa kedudukan serviks anda adalah cara yang dapat membantu untuk mengesan ketika ovulasi hampir tiba.
Anda mungkin memerlukan beberapa kitaran untuk mengatasinya dan memahami kesemua variasi serta perubahan pada serviks.
Pastikan anda memeriksa kedudukan serviks pada waktu yang sama setiap hari, kerana serviks tidak kekal di satu tempat sepanjang hari.
Namun sebelum itu, pastikan anda sentiasa membasuh tangan sebelum memasukkan jari ke dalam faraj dan memeriksa serviks.
Untuk memahami perubahan kedudukan serviks, apabila anda bukan dalam waktu subur, anda akan merasakan kedudukan serviks yang lebih rendah, keras (seperti hujung hidung anda) dan kering.
Berikut adalah senarai simptom-simptom ovulasi lain yang mungkin berlaku. Namun, simptom berikut mungkin berlaku atau tidak bergantung pada individu yang berbeza.
- Kesakitan pada payudara
- Peningkatan libido (nafsu terhadap seks)
- Tahap tenaga yang meningkat
- Daya penglihatan, bau dan rasa yang lebih tajam
- Pembengkakan kerana pengekalan air dalam badan
Konklusi
Dapat dilihat secara jelas bahawa ovulasi wanita tidak dapat disamakan secara umum kerana ia adalah proses yang berbeza-beza mengikut setiap individu.
Namun begitu, selepas ini mungkin anda boleh menumpukan perhatian terhadap gejala-gejala yang berpotensi untuk mengenal pasti waktu subur berdasarkan kupasan artikel ini.
Semoga pengetahuan ini bermanfaat kepada para pembaca di luar sana, terutamanya bagi mereka yang sedang merancang untuk hamil!
[embed-health-tool-ovulation]