Bagi wanita yang menjalani pembedahan Caesarean atau czer, sudah tentu perlu menjaga aspek pemakanan. Tetapi adakah anda tahu makanan pantang czer yang boleh diamalkan?
Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui menu berpantang czer.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Risiko pembedahan caesarean
Kebanyakan wanita hamil akan bersalin normal. Namun mereka yang mengalami kehamilan berisiko tinggi atau berlaku komplikasi sewaktu proses kelahiran, pembedahan czer kebiasaannya disyorkan doktor.
Antara sebab pembedahan czer menjadi prosedur pilihan adalah seperti berikut:
- Kehamilan songsang (kaki bayi keluar dahulu) atau masalah posisi lain seperti keluar bahu dahulu
- Ukur lilit pinggul ibu terlalu kecil untuk membuka ruang laluan kepada kepala bayi semasa proses kelahiran
- Bayi mengalami masalah tumbesaran
- Komplikasi kehamilan seperti preeklampsia dan mereka mengambil rawatan ubat atau insulin setelah didiagnosis dengan diabetes gestasi
- Masalah penyakit jantung
- Masalah jangkitan kelamin seperti herpes dan HIV
- Masalah berkaitan dengan plasenta seperti abruptio placenta atau placenta praevia
- Masalah prolaps tali pusat
- Proses kelahiran yang berpanjangan (20 jam bagi ibu baru dan 14 jam bagi ibu yang pernah melahirkan anak)
Proses pemulihan selepas bersalin czer bergantung kepada beberapa komponen kritikal dan salah satu daripadanya adalah makanan atau pengambilan nutrisi yang optimum.
Dalam aspek pengambilan makanan pantang czer, ada makanan yang boleh diambil dan ada makanan yang perlu dielakkan.
Ibu yang baru bersalin penting untuk memahami bahawa menu berpantang czer yang baik dapat menggalakkan proses pemulihan yang optimum.
Makanan pantang czer: Kunci utama kepada proses pemulihan selepas bersalin
Pada suatu ketika dahulu, sejurus selepas pembedahan caesarean, ibu hanya dibenarkan mengambil air kosong sehinggalah mereka kentut.
Perkara ini dianggap penting kerana kentut merupakan tanda bahawa usus si ibu berada dalam keadaan baik dan boleh memproses makanan yang berbentuk pepejal.
Menurut kajian wanita yang mengambil makanan dalam tempoh 8 jam selepas pembedahan kebiasaannya kurang memerlukan ubat tahan sakit.
Adakah ini bermaksud selepas mereka sedar daripada kesan ubat bius, mereka perlu dipaksa makan?
Beberapa isu perlu diambil kira sebelum anda boleh memberikan makanan kepada isteri anda yang bersalin czer. Wanita yang melalui prosedur tersebut cenderung untuk mendapat masalah berkaitan dengan sistem penghadaman.
Ini bermakna mereka akan berasa loya, muntah dan tidak mempunyai selera makan selepas sedar.
Sebahagian pesakit juga akan mengalami masalah kekejangan pada bahagian abdomen membuatkan pengambilan makanan menjadi sukar.
Oleh itu, prioriti yang perlu diberikan kepada wanita seumpama ini adalah untuk menggalakkan mereka minum air secukupnya.
Pengambilan air yang cukup selepas bersalin czer boleh menghindarkan masalah sembelit. Ia juga penting bagi memastikan jumlah susu yang dihasilkan oleh ibu, cukup untuk menampung keperluan nutrisi bayi yang baru lahir.
Menu atau makanan pantang czer
Antara komponen yang baik untuk digunakan bagi melengkapi makanan berpantang czer seperti berikut:
#1. Oat sebagai menu berpantang czer
Jika anda ingin mengambil makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi, oat boleh menjadi pilihan terbaik untuk mencapai kesan fisiologikal tersebut.
Selain menghindarkan sembelit, oat dapat membantu mengekalkan tahap kolesterol anda pada kadar yang rendah.
Cara berpantang czer #2. Cuba makan kunyit
Selain daripada mempunyai sifat antiradang, kunyit juga mempunyai nutrisi mikro yang lain seperti serat, kalium, magnesium, vitamin B dan vitamin C.
Ia boleh menggalakkan kadar penyembuhan luka yang cepat dan menghindarkan kelesuan dalam menghadapi detik awal anda sebagai ibu kepada si kecil yang baru lahir.
#3. Makan lebih banyak bijirin, antara makanan pantang czer
Nasi juga boleh diberikan. Ini kerana bijirin menjadi antara nutrisi terpenting dalam menu berpantang bersalin czer anda.
Bijirin lain seperti roti juga mempunyai nutrisi dan vitamin yang dapat memberikan tenaga kepada ibu seusai menjalani pembedahan caesarean.
#4. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah makanan pantang untuk luka jahitan
Menu berpantang bersalin czer perlu dilengkapi dengan buah-buahan seperti bluberi dan oren. Ia mengandungi antioksida yang tinggi dan merupakan pilihan makanan berserat yang lazat berbanding dengan hidangan oat.
Sayur-sayuran hijau seperti bayam, kangkung dan brokoli mempunyai sumber zat besi yang baik sepanjang tempoh pemulihan selepas pembedahan czer.
#5. Bawang putih sebagai makanan pantang czer
Makanan ini boleh membantu si ibu untuk mengawal berat badan selepas bersalin. Ia juga mempunyai sifat antibakteria bagi menghindarkan jangkitan pada luka selepas bersalin.
#6. Kacang badam
Kacang badam mempunyai sumber nutrisi yang pelbagai. Ia mengandungi sumber karbohidrat, protein, lemak, serat dan pelbagai jenis nutrisi mikro seperti vitamin B12 dan vitamin E.
#7. Makanan yang kaya dengan zat besi
Makanan pantang czer seperti ikan bilis, sayur-sayuran hijau dan kekacang kaya dengan kandungan zat besi. Ia baik untuk mengembalikan jumlah darah yang hilang semasa bersalin.
Mereka yang mempunyai masalah kurang zat besi kebiasaannya akan mengalami simptom seperti kelesuan, pening kepala dan kepucatan.
Kesimpulan
Kini, anda telah pun mengetahui beberapa menu berpantang czer. Jangan lupa untuk terus berdisiplin dan menjaga makanan pantang untuk luka jahitan supaya bayi anda juga menjadi lebih sihat kerana mendapat susu yang berkualiti.
[embed-health-tool-ovulation]