backup og meta

Ibu Alami Tekanan Darah Rendah Semasa Hamil, Itu Tanda Tubuh Kurang Asid Folic & Punca Komplikasi Lain

Ibu Alami Tekanan Darah Rendah Semasa Hamil, Itu Tanda Tubuh Kurang Asid Folic & Punca Komplikasi Lain

Semasa sedang hamil, banyak perkara yang perlu diambil berat dan tidak boleh dipandang lewa. Ini termasuklah dengan tekanan darah rendah semasa hamil. Jadi, bagaimana keadaan darah yang sepatutnya semasa hamil?

Bagaimana untuk tahu jika saya ada tekanan darah rendah semasa hamil?

Cara terbaik untuk mengetahui tahap tekanan darah anda adalah dengan melakukan pemeriksaan menggunakan  Sphygmomanometer berkualiti tinggi.

Prosedur ini ringkas sahaja dan anda boleh melakukannya di rumah.

Tekanan darah ideal untuk individu sihat dan normal perlu bawah 120 dan atas 80 (120/80mmHg).

Walau bagaimanapun, bacaan tekanan darah yang parasnya sama atau lebih rendah daripada 90/60mmHg menandakan bahawa seseorang itu mengalami tekanan darah rendah.

tekanan darah rendah semasa hamil

Punca tekanan darah rendah semasa hamil

Tekanan ini adalah keadaan biasa dan boleh dijangka bagi seseorang wanita semasa trimester pertama dan kedua.

Ia sering berlaku apabila tubuh anda mula mengeluarkan sebilangan tambahan jenis hormon tertentu seperti progesterone, untuk merehat dan mengembangkan dinding saluran darah anda.

Proses ini memudahkan bayi untuk menyerap nutrien dengan bantuan darah dan oksigen.

Tekanan ini juga boleh disebabkan oleh anemia (kekurangan asid folik dan vitamin B12) atau masalah alergi dalam kalangan wanita hamil.

Dalam kes-kes tertentu, keadaan ini juga boleh menunjukkan simptom komplikasi kehamilan seperti preeklampsia.

Walaupun tekanan darah ini adalah keadaan biasa bagi ibu hamil, namun disebabkan punca yang dinyatakan sebelum ini, anda perlu sentiasa mendapatkan konsultasi daripada doktor bagi memastikan anda mendapat kehamilan yang sihat.

Adakah saya perlu risau tentang masalah tekanan?

tekanan darah rendah semasa hamil

Secara amnya, tekanan darah rendah tidak dianggap berbahaya kerana semakin rendah paras darah anda, semakin kurang risiko anda untuk mendapat strok jantung.

Disebabkan tubuh badan setiap orang berbeza, jadi tiada angka tertentu untuk memberitahu yang kes tekanan darah ini adalah berbahaya.

Kadar tekanan darah ini hanya dianggap bahaya apabila anda turut mendapat tanda-tanda seperti di bawah:

  • Pening atau hendak pengsan
  • Loya
  • Penglihatan kabur
  • Masalah pernafasan (pernafasan laju)
  • Sukar memberikan tumpuan
  • Dehidrasi abnormal
  • Kehilangan daya
  • Kulit pucat dan tidak bermaya, demam

Dalam trimester ketiga, paras tekanan anda selalunya akan kembali sama seperti sebelum hamil.

Bagaimanapun, jika tekanan anda masih dianggap rendah semasa proses bersalin, anda mungkin diberikan epidural dengan pemantauan rapi daripada doktor.

Bagaimana untuk mengelak tekanan darah rendah semasa hamil

tekanan darah rendah semasa hamil

  • Pastikan anda kekal hidrat
  • Dapatkan diet yang sihat yang kaya dengan asid folik dan vitamin B12. Anda juga disarankan untuk mengambil suplemen pranatal
  • Tidur dengan posisi mengiring berbanding tidur terlentang
  • Dapatkan rehat secukupnya jika anda rasa letih dan pastikan peralihan posisi berdiri atau duduk anda dilakukan secara perlahan-lahan dan berhati-hati
  • Gunakan stokin mampatan
  • Tambahkan sedikit garam dalam diet anda. Walau bagaimanapun, anda perlu berbincang dengan doktor sebelum mencuba cara ini

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Low blood pressure (hypotension). https://www.nhs.uk/conditions/low-blood-pressure-hypotension/. Accessed June 14, 2022.
  2. Steer P, et al. (2004). Maternal blood pressure in pregnancy, birth weight, and perinatal mortality in first births: Prospective study. DOI: 10.1136/bmj.38258.566262.7C. Accessed June 14, 2022.
  3. Low Blood Pressure – When Blood Pressure Is Too Low. https://www.heart.org/en/health-topics/high-blood-pressure/the-facts-about-high-blood-pressure/low-blood-pressure-when-blood-pressure-is-too-low. Accessed June 14, 2022.
  4. Low blood pressure (hypotension). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/low-blood-pressure/symptoms-causes/syc-20355465. Accessed June 14, 2022.
  5. HIPOTENSI. http://www.myhealth.gov.my/en/hipotensi/. Accessed June 14, 2022.

Versi Terbaru

01/09/2022

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tekanan Darah Rendah: Bagaimana ia Boleh Berlaku?

Ibu Alami Tekanan Darah Rendah Semasa Hamil, Itu Tanda Tubuh Kurang Asid Folic & Punca Komplikasi Lain


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 01/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan