backup og meta

PJJ Bukan Penghalang Bina Keluarga, Suami Ini Kongsi Kegembiraan Isteri Hamil Awal Trimester

PJJ Bukan Penghalang Bina Keluarga, Suami Ini Kongsi Kegembiraan Isteri Hamil Awal Trimester

Setiap pasangan suami isteri itu pasti mempunyai keinginan untuk memiliki cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga. Jadi, mereka terutama wanita pasti akan lebih peka dan prihatin dengan sebarang tanda tanda awal mengandung.

Bagi pasangan yang menjalani kehidupan perkahwinan atau perhubungan jarak jauh (PJJ), akan wujud banyak kisah suka dan duka di dalam usaha murni mereka untuk mendapatkan anak.

Sama seperti pasangan ini, si suami kongsikan kisah PJJ mereka apabila mendapat tahu isterinya hamil!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kehamilan, anda juga boleh klik di sini.

PJJ, suatu norma kehidupan yang normal

Bayangkan situasi di mana anda di tinggal Semenanjung manakala pasangan pula di Borneo atau lebih jauh lagi. Inilah yang dipanggil sebagai percintaan jarak jauh (PJJ) dan ia tidak mudah.

Tinggal di dua tempat berbeza, mungkin ada pasangan yang secara sengaja atau terpaksa memilih untuk berjauhan atas faktor seperti bekerja, belajar atau lain-lain.

Trend ini juga banyak dilakukan oleh pasangan muda yang disatukan namun salah seorangnya masih lagi tinggal dengan keluarga. Dalam kalangan masyarakat kita, ia digelar nikah gantung atau khitbah.

Baca lagi artikel berkaitan:

Sebenarnya, perkara ini tidak aneh serta bukan mustahil untuk dijayakan oleh pasangan asalkan hubungan itu sentiasa didukung oleh faktor-faktor yang penting termasuk kesetiaan, kepercayaan, komunikasi, toleransi dan kerjasama yang baik.

Menurut pakar, sebelum wabak COVID-19 melanda, cabaran pasangan untuk melalui kehidupan PJJ itu menjadi punca kenapa tidak ramai yang berani mencuba untuk melaluinya, sedangkan teknologi media sosial masa kini seperti Whatsapp, Telegram, Facebook dan lain-lain akan sangat membantu.

Di dalam era peralihan pandemik ke endemik COVID-19, PJJ itu norma kehidupan yang normal!

tanda tanda awal mengandung
Shahrul Nizam, 28 tahun, dan suri hatinya, Sofia Najihah, 26 tahun, menjalani kehidupan sebagai pasangan PJJ sejak awal perkahwinan.

Jarak bukan halangan buat pasangan ini!

Pasangan Shahrul Nizam, 28 tahun, dan Sofia Najihah, 26 tahun, telah mendirikan rumah tangga pada akhir tahun 2021 dan sekarang sedang bahagia dalam menjalani kehidupan suami isteri secara PJJ.

Memandangkan mereka juga berkahwin di tengah-tengah era peralihan pandemik ke endemik, namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka merasai pengalaman sebagai suami isteri seperti pasangan lain. Malahan, mereka tetap berjaya melalui proses ini dengan baik.

Apa yang lebih mencabar muncul semasa usia awal perkahwinan adalah pasangan muda ini terpaksa berjauhan di dua negeri yang berlainan disebabkan faktor pekerjaan masing-masing.

Shahrul yang tinggal di Rawang, Selangor dan bekerja di Shah Alam merupakan seorang perunding perusahaan automobil manakala Sofia pula di Kuantan, Pahang bagi meneruskan perusahaan milik bapanya dalam industri pelancongan Haji dan Umrah.

tanda tanda awal mengandung

Bagi mereka, jarak yang jauh bukan halangan buat pasangan suami isteri itu untuk mencipta dan membina keluarga bahagia. Cuma sampai satu tahap, kerisauan tentang kehamilan mula timbul!

Cubaan hamil itu bukan perkara mudah?

Sama juga dengan suami isteri yang lain, pasangan ini juga mempunyai keinginan untuk memiliki cahaya mata. Maka, mereka sering menanti-nantikan tanda tanda awal mengandung terjadi.

Tidak menggunakan sebarang alat atau kaedah kontraseptif, Shahrul Nizam dan Sofia Najihah berusaha untuk cepat ‘lekat’ namun mereka percaya cepat atau lambat, rezeki pasti datang.

“Walaupun kami tinggal berjauhan, namun saya dan isteri perlu sentiasa ‘alert’ dengan tanda tanda awal mengandung supaya tidaklah terlalu terkejut kalau tiba-tiba ada berita yang baik tiba nanti. Ini juga sebagai persediaan awal untuk kami berdua,” jelas Shahrul Nizam.

Berita baik yang diimpikan itu akhirnya tiba pada sekitar bulan Julai 2022 apabila Sofia Najihah disahkan hamil menerusi pemeriksaan urine pregnancy test (UPT) yang dilakukan secara sendiri di rumah.

Kata Shahrul lagi, khabar gembira itu datang ketika dia berada di Selangor manakala Sofia di Pahang. Dalam rasa teruja, dia tidak terkejut kerana sebelum itu memang sudah banyak tanda tanda awal mengandung yang dapat dilihat pada isterinya.

tanda tanda awal mengandung

Mimpi mengandung tanda sedang hamil?

Selain tanda tanda awal mengandung biasa seperti morning sickness dan lain-lain, ada juga simptom yang jauh lebih mengejutkan iaitu Sofia Najihah pernah mimpi mengandung sebelum sah hamil lagi.

Meskipun mimpi tidak termasuk dalam tanda tanda awal mengandung yang terbukti secara saintifik, namun ada ramai juga pasangan yang turut bermimpi perkara sama dan berjaya hamil tidak lama selepas itu.

[embed-health-tool-ovulation]

“Ini mungkin antara petunjuk tanda tanda awal mengandung dari Allah kerana anak itu juga adalah antara rezeki dan anugerah dalam perkahwinan yang mesti kita semua jaga dengan sebaik-baiknya,” kata Shahrul Nizam.

Jarak yang jauh itu bukan merupakan masalah bagi pasangan ini menyiapkan diri untuk kehamilan yang baru berusia satu bulan ini. Ia cuma satu permulaan indah buat mereka.

Pasangan PJJ lain ataupun mereka yang sedang berusaha untuk hamil, jangan mudah menyerah dan harus memberi 100 peratus komitmen untuk menjayakan impian kalian dalam membesarkan keluarga.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Interview Shahrul Nizam & Sofia Najihah
  2. The Benefits of the Long-Distance Relationship, https://www.psychalive.org/the-positives-behind-the-long-distance-relationship-by-angelina-cruz/, Accessed Aug 23 2022.
  3. How to Survive A Long Distance Relationship, https://www.internations.org/guide/global/how-to-survive-a-long-distance-relationship-17047, Accessed Aug 23 2022.
  4. Long-distance relationships are tough. Here’s advice for making them work, https://www.npr.org/2020/08/26/906236738/long-distance-relationships-are-tough-heres-advice-for-making-them-work, Accessed Aug 23 2022.
  5. Symptoms of pregnancy: What happens first, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/in-depth/symptoms-of-pregnancy/art-20043853, Accessed Aug 23 2022.
  6. How Pregnancy Affects Dreams, https://www.sleepfoundation.org/pregnancy/how-pregnancy-affects-dreams, Accessed Aug 23 2022.

Versi Terbaru

14/10/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Tak Sabar Nak Tahu 'Lekat' Ke Tak Bulan Ini? Jom Semak 23 Tanda Hamil 1 Minggu!

Berapa Hari Selepas Bersama Boleh Mengandung? (Klu: Lebih Dari Seminggu)


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan