backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

16

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Wahai Bakal Ibu, Bila Waktu Terbaik Buat Ujian Kehamilan Kendiri Sendiri Di Rumah?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 hari lalu

Wahai Bakal Ibu, Bila Waktu Terbaik Buat Ujian Kehamilan Kendiri Sendiri Di Rumah?

Waktu melakukan UPT yang boleh detect awal adalah topik yang sering dipersoalkan jika ingin menjalani ujian kehamilan. Apakah tempoh masa yang terbaik untuk melakukannya dan hari ke berapa boleh tahu mengandung? 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Hari ke berapa boleh tahu mengandung selepas hubungan seks?

Ramai yang mungkin ingin tahu cara nak tahu hamil tanpa pregnancy test. Namun, mungkin tidak ada cara nak tahu hamil tanpa pregnancy test yang sudah tentu tepat.

Memutuskan waktu menjalani urine pregnancy test (UPT) boleh memberikan tekanan kepada kebanyakan wanita. 

Namun secepat mana ujian UPT boleh dilakukan setelah melakukan seks?

Anda mungkin ingin melakukan UPT secepat mungkin tetapi disarankan untuk menunggu sehingga tempoh seminggu anda tidak mengalami pendarahan haid.

Persoalannya, hari ke berapa boleh tahu mengandung jika sudah terlepas haid satu hari?

Jika anda tidak sabar menantikan hari kedatangan haid, anda disarankan sekurang-kurangnya berikan tempoh 1 atau 2 minggu selepas hubungan seks terakhir anda sebelum menjalani ujian UPT.

Tempoh menunggu ini penting, kerana badan perlu membangunkan hormon kehamilan hCG secukupnya agar keputusan ujian kehamilan positif dapat dikesan.

Bagi kebanyakan kes, anda sudah boleh mengesan tahap hCG bermula 7 hingga 12 hari selepas persenyawaan telur berlaku.

Jika waktu melakukan UPT terlalu awal, anda mungkin menerima keputusan negatif walaupun pada hakikatnya anda hamil.

hari ke berapa boleh tahu mengandung
Buat ujian kehamilan di rumah.

Adakah ujian kehamilan kendiri tepat?

Kit ujian kehamilan yang boleh dibeli di farmasi berkedakatan adalah tepat asalkan anda melakukannya dengan betul.

Keputusannya mungkin tidak betul sekiranya:

  • Anda tidak melakukan ujian dengan betul.
  • Melakukan ujian terlalu awal.

Hari ke berapa boleh tahu mengandung, bila waktu terbaik cek kehamilan?

Menunggu masa sesuai untuk melakukan UPT pastinya boleh mendatangkan debaran kepada anda. 

Tetapi apakah masa yang terbaik untuk melakukannya? Adakah pada waktu pagi atau malam?

Sama ada anda menantikan keputusan yang positif atau negatif, UPT yang dilakukan pada waktu awal pagi boleh memberikan pengesahan harapan atau meredakan kebimbangan anda.

Menurut pakar, untuk mengetahui hari ke berapa boleh tahu mengandung, anda perlu tahu dahulu bila waktu sesuai melakukan ujian air kencing.

Air kencing pertama pada waktu pagi mempunyai kadar kepekatan hCG paling tinggi.

badan ibu berubah
Bagaimana badan ibu berubah semasa hamil?

Melainkan anda terbangun pada waktu tengah malam untuk membuang air, maka air kencing pertama pada waktu pagi adalah yang terbaik bagi mengesan tanda awal kehamilan.

Walau bagaimanapun, ia bukan bermaksud ujian kehamilan ini tidak boleh dilakukan pada waktu lain. Cuma keputusan yang diperolehi cenderung negatif palsu, terutamanya jika anda minum banyak air.

Sememangnya pada waktu pagi, anda mungkin akan berada dalam keadaan mamai selepas bangun tidur dan mudah terlupa untuk melakukan UPT

Jadi mungkin anda boleh meletakkan nota pada pintu bilik air untuk mengingatkan diri anda waktu sesuai cek upt selepas bersama.

Bagaimana pula kalau anda mempunyai jadual tidur yang berbeza dan tidak boleh menguji air kencing pada waktu pagi?

Jangan bimbang, anda boleh mencipta waktu melakukan UPT sendiri dengan menahan diri daripada kencing untuk tempoh sekurang-kurangnya 4 jam. 

Sebelum melakukan ujian pengesanan kehamilan, anda dinasihatkan untuk tidak minum terlalu banyak air pada waktu pagi berbanding kebiasaan. 

Ini kerana ia boleh mencairkan air kencing dan mempengaruhi hasil ujian yang dilakukan. 

Jika keputusan yang diperolehi adalah negatif namun anda berasakan bahawa anda hamil, lakukan ujian pengesanan sekali lagi selepas beberapa hari.

hari ke berapa boleh tahu mengandung
Kehamilan yang berjaya berlaku.

Jadi, sudah terjawab kan persoalan anda mengenai hari ke berapa boleh tahu mengandung?

Masa terbaik untuk lakukan ujian kehamilan

Anda boleh lakukan ujian pada hari pertama lewat haid. Jika anda tidak tahu bilakah tarikh anda datang haid, lakukan ujian sekurang-kurangnya 21 hari selepas anda melakukan hubungan seks.

Tahap hormon hCG pada awal kehamilan

Kebanyakan syarikat pengeluar UPT mengesyorkan agar ujian kehamilan dilakukan pada awal pagi.

Ini kerana air kencing pertama itu biasanya mengandungi kadar kepekatan human chorionic gonadotropin (hCG), iaitu hormon kehamilan yang tertinggi. 

Berita baiknya, kadar hormon hCG ini akan meningkat setiap 2 hari pada awal kehamilan

Ini bermakna selepas minggu ke-4 atau minggu ke-5 kehamilan, tahap hCG adalah mencukupi untuk memberikan hasil ujian kehamilan positif lebih tepat tanpa perlu menggunakan air kencing pertama waktu pagi

Sekali gus, bermaksud waktu melakukan upt yang boleh detect awal adalah pada bila-bila masa dalam sehari.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 hari lalu

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan