backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Kencing Selepas Seks Boleh Cegah Kehamilan? Jangan Terkejut Lihat Fakta Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/02/2024

    Kencing Selepas Seks Boleh Cegah Kehamilan? Jangan Terkejut Lihat Fakta Ini!

    Pasangan suami isteri yang sedang merancang keluarga pasti akan mencuba pelbagai cara, teknik atau kaedah seks sebagai cara elak hamil, kan? Ada juga yang percaya bahawa perbuatan kencing selepas seks boleh cegah kehamilan! Persoalannya, berkesankah cara ini? 

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

    Kenapa anda perlu kencing selepas seks?

    Sebelum menjawab persoalan tersebut, kita harus tahu bahawa kerap kencing selepas seks perlu dilakukan terutamanya bagi kaum Hawa. Kenapa?

    Perbuatan ini dapat mencegah jangkitan saluran kencing (UTI). Ini kerana faraj lebih mudah terdedah dengan segala jenis virus dan bakteria semasa seks.

    Dengan perlakuan ini, segala virus dan bakteria yang wujud di dalam faraj akibat seks mungkin akan terkeluar sekali bersama dengan air kencing. 

    Jadi, perbuatan buang air kecil selepas hubungan kelamin mungkin boleh mengurangkan risiko UTI.

    Sungguhpun begitu, perlu diingat bahawa perlakuan kerap kencing selepas seks ini tidak akan mengurangkan risiko untuk mendapat masalah jangkitan kelamin.

    Persoalannya sekarang, adakah cara ini berkesan untuk cegah kehamilan?

    Adakah kencing selepas seks boleh cegah kehamilan?

    kencing selepas seks
    Kesan kencing selepas bersenggama.

    Mitos kerap kencing selepas seks

    • Perbuatan membuang air kecil selepas bersetubuh dengan pasangan boleh meminimumkan potensi untuk hamil
    • Air mani dan sperma yang telah memasuki lubang faraj semasa seks akan keluar kembali ketika anda membuang air kecil

    TIDAK, ini adalah satu kepercayaan yang tidak benar. Ini kerana walaupun anda kencing selepas seks, ia tidak akan memberi kesan kepada keupayaan anda untuk hamil!

    Faktor pergerakan sel sperma yang sangat laju

    Untuk memahaminya, anda perlu faham terlebih dahulu mengenai konsep ejakulasi lelaki. Buat anda yang belum tahu, zakar sebenarnya boleh melepaskan kira-kira 200 hingga 400 juta sel sperma melalui air mani yang terpancut.

    Bagi lelaki yang sihat dan subur, kira-kira 65 juta sel sperma akan berjaya dimasukkan ke dalam lubang faraj seterusnya menuju ke rahim. Namun, ada yang bertanya bagaimana jika ia tidak sempat sampai ekoran wanita itu kencing sejurus selepas seks?

    Usah khuatir! Anda perlu tahu bahawa sel sperma sebenarnya boleh bergerak selaju 16 kilometer per jam. Sisa sel sperma yang tidak berjaya menuju ke rahim akan terjebak di sekitar mulut faraj dan hanya 1% daripadanya akan terjebak di luar faraj.

    Disebabkan kuantiti sel sperma yang terlalu banyak serta kepantasan ia bergerak, sudah tentu ia akan berjaya sampai ke rahim dengan cepat. Selain itu, anda juga perlu tahu bahawa kehamilan boleh terjadi dengan satu sel sperma dan sel telur sahaja!

    air kencing normal
    Warna air kencing.

    Faktor anatomi tubuh badan manusia

    Bukan itu sahaja, anda juga harus faham dengan anatomi tubuh badan manusia. Lubang pengeluaran air kencing dengan lubang kemasukan zakar pada faraj wanita adalah berbeza.

    Wanita juga sebenarnya akan mengalami banyak pengeluaran cecair pada faraj sejurus sahaja selepas melakukan seks. Namun, jangan terlalu risau tentangnya kerana cecair yang terkeluar itu bukan sekadar zat air mani sahaja.

    Sebaliknya, cecair yang meleleh keluar itu mungkin hanyalah sisa zat seperti protein atau vitamin dari air mani, dan bukannya sel sperma. Malahan, ia juga mungkin adalah air mazi atau air mani wanita itu sendiri.

    Disebabkan itu, perbuatan buang air kecil sebaik sahaja selepas melakukan hubungan seks tidak akan menurunkan potensi anda untuk hamil. Jadi, sekiranya anda ingin merancang keluarga, cuba cari kaedah kontrasepsi yang lain!

    Jika bukan kencing selepas seks, apa cara elak hamil?

    cara cegah hamil
    Kondom dapat mencegah kehamilan.

    Untuk suami isteri yang sedang merancang, ketahuilah bahawa perbuatan kencing selepas seks bukan merupakan kaedah untuk cegah kehamilan yang berkesan. Sebaliknya, anda mungkin boleh cuba cara elak hamil yang berikut:

    #1. Pil perancang

    Pil perancang adalah antara alat kontrasepsi yang terbaik. Ia adalah selamat, berpatutan serta berkesan jika anda ambil tepat pada waktunya. Selain mampu cegah kehamilan, ia juga mempunyai banyak manfaat kesihatan yang lain.

    Berikut merupakan 2 kategori pil perancang:

    • Pil yang mengandungi hanya satu jenis hormon sahaja iaitu hormon progestin
    • Pil yang mengandungi kombinasi hormon iaitu hormon estrogen dan progestin

    #2. Kondom

    Kenapa perlu pening memikirkan kaedah yang boleh meminimumkan kehamilan luar jangkaan jika anda boleh menggunakan kondom. 

    Kondom adalah alat kontrasepsi yang boleh cegah kehamilan dan terbukti 90% berkesan.

    Pun begitu, tahap keberkesanannya ini mungkin akan berkurangan akibat beberapa faktor. Jadi, sila hati-hati ketika membeli, menyimpan atau menggunakannya.

    #3. Pancut luar

    Sekiranya anda dan pasangan gemarkan sesuatu yang tidak dirancang, apa kata anda gunakan kaedah pancut luar ini? Senang sahaja, ia boleh dilakukan dengan menarik zakar keluar dari faraj ketika terasa hendak ejakulasi dan pancutkan air mani di luar.

    Namun, ia adalah satu perkara yang agak sukar untuk dilakukan oleh pasangan terutamanya yang baharu berkahwin ekoran kurang pengalaman.

    Konklusi

    Banyak alat kontrasepsi yang anda boleh gunakan untuk tujuan merancang keluarga. Namun, jangan percaya dengan kata orang yang mengatakan kencing selepas seks boleh cegah kehamilan. Ia adalah tidak benar sama sekali!

    Walau bagaimanapun, anda dinasihati untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami kencing tak lawas selepas seks kerana berkemungkinan anda mempunyai penyakit lain.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan