backup og meta

Hati-Hati Jika Tidur Terlentang Semasa Hamil, Ini Bahaya Untuk Bayi Dalam Kandungan!

Hati-Hati Jika Tidur Terlentang Semasa Hamil, Ini Bahaya Untuk Bayi Dalam Kandungan!

Jika anda adalah seorang wanita yang sedang hamil, bagaimanakah posisi tidur ibu hamil yang anda amalkan? Anda tahu tak apa posisi tidur ketika hamil yang selamat?

Adakah anda dapat tidur yang cukup? Ada kajian mendapati sebenarnya… terdapat kesan tentang posisi tidur ketika hamil dan bayi!

Apakah kesan yang dinyatakan tersebut? Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

posisi tidur ketika hamil

Posisi tidur ibu hamil: Apa kepentingan tidur bagi wanita hamil?

Tidur sewaktu hamil adalah satu komponen penting bagi mengekalkan kesihatan ibu dan anak. Itu betapa pentingnya tidur bagi wanita hamil.

Akan tetapi, banyak komplikasi yang sering dikaitkan dengan masalah kurang tidur sewaktu tempoh kehamilan seperti praeklampsia dan diabetes gestasi.

Walau bagaimanapun, kurang tidur sebenarnya sering menjadi masalah buat ibu hamil terutamanya ketika di trimester ketiga.

Kajian yang dijalankan di China pada tahun 2017 mendapati 23.9% wanita daripada 2,345 subjek mengalami masalah sukar untuk tidur.

Terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi kenapa wanita sukar tidur ketika hamil. Antaranya seperti:

Terlebih tidur: Bagus ke?

Jika ibu mengandung berisiko mendapat komplikasi akibat kurang tidur, adakah ini bermakna mereka perlu melelapkan diri sepanjang hari?

Jawapannya, tidak. Kajian pada tahun 2013 menunjukkan mereka yang terlebih tidur (lebih 9 jam sehari) berisiko tinggi mendapat komplikasi kardiovaskular.

Rawatan bagi masalah sukar tidur penting untuk kesihatan bayi dan ibu pada paras yang optimum dalam jangka masa panjang.

Hubungan antara sukar tidur ketika hamil dan trimester kehamilan

posisi tidur ketika hamil

Jika dilihat pada pola keletihan di kalangan wanita hamil, mereka seringkali mengalami kelesuan pada trimester pertama dan trimester ketiga.

Trimester pertama kerana ia dikaitkan dengan perubahan hormon mendadak. Ini mengakibatkan terjadinya simptom kelesuan kesan loya, muntah dan hilang selera makan.

Bagaimana pula dengan trimester ketiga?

Semakin meningkat tempoh kehamilan mereka, semakin sukar untuk mereka dapat tidur selama 8 hingga 9 jam.

Ini seringkali disebabkan masalah keresahan, takut dengan proses bersalin dan susah jumpa posisi tidur ketika hamil yang selesa. Terutamanya jika mereka sudah biasa tidur meniarap.

Terdapat kajian menunjukkan ibu yang tidur kurang 6 jam sehari  akan mengalami proses bersalin yang lebih lama. Ini sekali gus meningkatkan kebarangkalian berlakunya pemilihan prosedur C-Section.

[embed-health-tool-due-date]

Posisi tidur ketika hamil dan berat badan bayi

Sekumpulan saintis Universiti Auckland, Australia mendapati wanita hamil yang tidur telentang semasa trimester ketiga, cenderung melahirkan bayi dengan berat badan yang rendah.

Berat bayi yang dilahirkan oleh ibu hamil tidur telentang berpurata sebanyak 3.41 kg. Berat ini kekurangan 144 gram berbanding berat bayi yang dilahirkan oleh ibu hamil yang tidur dengan posisi berlainan seperti tidur mengiring.

[embed-health-tool-due-date]

Apa kaitan posisi tidur ibu hamil dan berat kelahiran bayi?posisi tidur ketika hamil

Menurut kajian yang diterbitkan jurnal Obstetrics and Gynecology, tidur telentang semasa trimester ketiga dikaitkan dengan pengurangan aliran darah ke dalam rahim, yang boleh menyekat perkembangan bayi dalam kandungan.

Posisi tidur terlentang: Adakah ia posisi tidur ketika hamil yang selamat?

Berbaring atau tidur terlentang dipercayai boleh menyebabkan perut yang sarat memampatkan vena cava, iaitu salur vena besar yang mengembalikan darah dari kepala dan seluruh badan ke jantung, dan aorta.

Ini mengurangkan kadar pembuangan karbon dioksida dan pengambilan oksigen oleh sel darah merah untuk dibekalkan ke seluruh badan, termasuklah janin. 

Rahim wanita yang sarat juga boleh menghimpit organ lain, menyebabkan mereka sukar untuk tidur. Ini akan menjejaskan kualiti tidur serta kebolehan untuk kekal terlelap di sepanjang malam.

Posisi tidur ketika hamil secara mengiring merupakan posisi yang ideal untuk ibu mengandung. Ia dapat memberikan tahap keselesaan yang optimum kepada si ibu, selain melancarkan aliran darah ke uri untuk tumbesaran janin.

Cuba letakkan bantal di bawah badan atau tinggikan aras kepala katil ketika tidur kepada posisi 45 darjah atau mana-mana yang anda selesa.

Ia boleh melegakan simptom pedih ulu hati atau kesukaran untuk bernafas kesan himpitan rahim pada otot diafragma.

Kesimpulan

Oleh itu, bagi wanita hamil terutamanya bagi mereka yang berada pada trimester ketiga, cubalah untuk tidur dalam posisi tidur ketika hamil yang lain, selain terlentang.

Anda boleh mengiring ke kanan atau ke kiri untuk mengurangkan beban di atas saluran vena dan tulang belakang badan anda. Kami juga percaya tidur di bahagian sisi adalah lebih selesa berbanding tidur telentang bagi ibu yang sedang hamil.

Cuba biasakan diri tidur dalam posisi tersebut dari trimester pertama. Jika masalah sukar tidur atau simptom yang mengganggu menjadi semakin teruk, dapatkan rujukan doktor untuk rawatan selanjutnya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Getting enough sleep pregnancy. https://familydoctor.org/getting-enough-sleep-pregnancy/Accesed 9 Oct 2019.
  2. Sleep during pregnancy. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23811525/Accesed 9 Oct 2019.
  3. Pregnancy and sleep. https://www.sleepfoundation.org/articles/pregnancy-and-sleep. Accessed 9 Oct 2019.
  4. Sleep during pregnancy. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/sleep-during-pregnancy/art-20043827. Accessed 9 Oct 2019.
  5. Pregnancy sleep. https://healthcare.utah.edu/healthfeed/postings/2018/02/pregnancy-sleep.php. Accessed 9 Oct 2019.

Versi Terbaru

09/12/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Kebas Jari Dan Tangan, Ini Cara Ibu Hamil Nak Kurangkan Simptom Carpal Tunnel

Cukup Nutrisi Kalau Ibu Hamil Makan Vitamin Pranatal, Benarkah? Ini Yang Anda Patut Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan