backup og meta

4 Perkara Utama Mengenai IVF Yang Anda Perlu Tahu!

IVF atau nama penuhnya persenyawaan in vitro adalah satu siri prosedur kompleks yang boleh membawa kepada kehamilan. Ia adalah rawatan untuk kemandulan, keadaan di mana anda tidak boleh hamil selepas sekurang-kurangnya setahun mencuba untuk kebanyakan pasangan.

4 Perkara Utama Mengenai IVF Yang Anda Perlu Tahu!

Dan IVF juga boleh digunakan untuk menghalang masalah genetik kepada kanak-kanak. Menarik bukan?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang kehamilan di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Apa itu IVF?

Persenyawaan In Vitro (IVF) adalah rawatan kesuburan terkenal, asalnya dikenali sebagai bayi tabung uji. Prosedur rawatan ini memerlukan telur disenyawakan dengan sperma di dalam makmal untuk menghasilkan embrio. Kemudian, embrio akan dimasukkan ke dalam rahim.

IVF boleh dijalankan dengan mendapat telur daripada isteri dan sperma daripada suami. Berikut merupakan fakta yang anda perlu tahu sebelum menjalani IVF.

Apa kelebihan kaedah IVF ?

IVF mungkin boleh jadi penyelesaian kepada masalah kesuburan anda, jika anda atau pasangan mengalami masalah seperti ini: endometriosis, kiraan sperma rendah, gangguan ovulasi, keadaan rahim atau tiub falopio, sperma tidak mampu untuk bersenyawa dengan telur dan masalah ketidaksuburan lain yang tidak dapat dijelaskan.

ivf
Alatan yang digunakan untuk menyimpan sperma.

Pada mulanya, wanita akan menjalani terapi hormon, yang akan disuntik ke dalam urat untuk merangsang pembentukan beberapa folikel di dalam ovari.

Kemudian, folikel yang matang akan dikumpulkan dan disenyawakan dalam tabung uji (disebabkan itulah dinamakan bayi tabung uji). Selepas embrio terbentuk, satu atau lebih embrio akan dipindahkan ke dalam rahim melalui faraj isteri.

“Saya boleh mengandung selepas lakukan IVF?”

Kejayaan rawatan bergantung kepada banyak elemen, seperti sejauh mana prosedur tersebut dilakukan, punca ketidaksuburan, umur wanita dan kesihatannya.

Secara khususnya, kadar kehamilan adalah 66% daripada semua kitaran dan 60% daripada kitaran menghasilkan kelahiran hidup untuk ibu yang berusia bawah umur 35 tahun. Kemerosotan kadar kejayaan kelahiran bergantung pada umur wanita bermula daripada kira-kira usia 30 tahun.  

Apa berlaku kepada embrio yang tidak digunakan? 

Beberapa embrio yang dipindahkan ke dalam rahim boleh meningkatkan peluang konsepsi. Malah, peluang kehamilan kembar juga meningkat, namun ini juga bahaya untuk ibu dan bayi. Dalam kes ini, janin perlu dikurangkan untuk merendahkan risiko.

Memandangkan pengurangan janin boleh menjadi pilihan yang sukar untuk setiap pasangan; baik dari segi etika dan emosi mereka, jadi sesetengah pasangan boleh memilih untuk memindahkan hanya satu embrio sahaja. Embrio yang tinggal boleh dibekukan untuk kegunaan kemudian hari.

maksud IVF
Penting untuk menjaga kesihatan mental.

Berapa kos IVF?

Harga sebenar rawatan ini mungkin berbeza mengikut lokasi pusat rawatan, perubatan dan polisi insuran anda. Namun, boleh dikatakan harga untuk melakukan prosedur ivf adalah berpatutan.

Anda mungkin akan mengalami kekejangan ringan, kembung, dan sedikit pendarahan selepas prosedur dilakukan. Bagaimanapun, jika anda mengalami pendarahan faraj, sakit pelvis, kencing berdarah atau demam panas, anda perlu segera berjumpa doktor anda.

IVF selalunya akan menjadi pilihan terakhir untuk pasangan yang kurang subur selepas mereka gagal dalam rawatan seperti perubatan, pembedahan dan intrauterine insemination (IUI). Meskipun IVF adalah kaedah yang paling berkesan untuk hamil, namun proses ini memakan masa dan mahal.

Sebelum menjalani rawatan IVF, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu, ketahui semua pilihan yang anda ada serta bersedia dari segi emosi dan kewangan kerana hampir semua pasangan tidak berjaya pada percubaan pertama mereka.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Infertility and In Vitro Fertilization. http://www.webmd.com/infertility-and-reproduction/guide/in-vitro-fertilization. Accessed August 18, 2016.

In vitro fertilization (IVF). http://www.mayoclinic.org/tests-procedures/in-vitro-fertilization/home/ovc-20206838. Accessed August 18, 2016.

IVF Success Rates: In Vitro Fertilization Statistics. http://www.advancedfertility.com/ivf-success-rates.htm. Accessed August 18, 2016.

Versi Terbaru

04/11/2025

Ditulis oleh Dian Sonnerstedt

Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip


Artikel Berkaitan

Sedang Jalani Rawatan IVF, Boleh Ke Jika Lakukan Hubungan Kelamin? Ini Penjelasannya

Teringin Dapat Baby Boy? Apa Kata Cuba 4 Petua Dapat Anak Lelaki, Lebih Cerah Peluang Anda


Ditulis oleh Dian Sonnerstedt · Yoga · Yoga Alliance · Dikemas kini 04/11/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan