Mengetahui konsistensi dan tekstur lendir membolehkan anda membuat kiraan hari terbaik untuk seks bagi mengandungkan baby boy.
Ia boleh dilakukan dengan ujian hormon biasa yang boleh dibeli secara atas talian atau berdasarkan pengetahuan wanita itu sendiri mengenai kitaran haidnya.
Untuk si suami juga ada pantang larangnya yang perlu dilakukan.
Mereka dilarang untuk melancap 3 hari sebelum hari kesuburan dan perlu melakukan perubahan pada diet serta amalan gaya hidup untuk meningkatkan kualiti sperma.
Tips dapat anak lelaki: Penambahbaikan pada diet
Semestinya anda sudah mengetahui bahawa tahap kesihatan secara keseluruhan mempunyai kaitan secara langsung dengan diet dan amalan gaya hidup.
Ramai yang tidak mengetahui bahawa diet pemakanan tertentu mempunyai kesan dramatik pada jantina yang bakal dikandungkan nanti.
Wanita yang menginginkan bayi lelaki, boleh mengamalkan pemakanan berasaskan alkali yang dapat mengubah keasidan serviks.
Persekitaran yang lebih beralkali akan membantu sperma berkembang sekali gus meningkatkan kemungkinan hamil anak lelaki.
Pengambilan makanan seperti buah tin, aprikot dan jus tomato membolehkan peningkatan alkali untuk terjadi.

Bukan itu sahaja, berdasarkan kajian wanita yang bersarapan pagi dengan makanan tinggi kalori mempunyai peluang lebih cerah untuk hamil anak lelaki.
Tips dapat anak lelaki lain yang boleh dicuba adalah dengan memperbanyakkan pengambilan kalium dan natrium, serta kurangkan kalsium untuk membantu perkembangan baby boy.
Artikel berkaitan:
Kaedah Shettles
Dianggap sebagai kaedah popular untuk menentukan jantina bayi.
Ia berdasarkan kepada tanggapan bahawa sel sperma lelaki lebih kecil dan pantas berbanding sel sperma perempuan.
Ini bermakna sel sperma wanita dikatakan lebih besar, kuat dan lebih tahan daripada segi kelangsungan hidup.
Kaedah ini mencadangkan untuk melakukan hubungan intim menjelang hari puncak ovulasi wanita dapat membantu mengalakkan kelahiran bayi lelaki.
Langkah seterusnya dalam kaedah Shettles ini juga mencadangkan untuk melakukan penetrasi semasa persetubuhan.
Pasangan anda juga perlu melakukan ejakulasi dengan lebih dalam, untuk membantu sel sperma lelaki mencapai telur terlebih dahulu berbanding sel sperma perempuan.
Kaedah ini juga mencadangkan agar anda mengalami klimaks semasa seks agar lendir faraj lebih bersifat alkali. Ia secara tidak langsung akan mendorong kelajuan sel sperma lelaki.

Ujian genetik sperma dan pra implantasi
Tips dapat anak lelaki lain adalah dengan penggunaan rawatan IVF, selektif untuk tujuan pemilihan jantina atau dikenali sebagai preimplantation genetic testing, PGT.
Satu rawatan khusus yang disebut sebagai ‘sperm spinning’ akan melibatkan pengumpulan sampel air mani daripada pasangan dan diletakkan atas larutan albumin.
Teori mengatakan bahawa sel sperma lelaki yang lebih kecil dan cepat akan berenang melalui albumin dengan pantas.
[health_tool_article id=”32211″]
Kesimpulan tips dapat anak lelaki
Jadi anda sudah tahu cara untuk meningkatkan kemungkinan mendapat bayi lelaki berdasarkan pembacaan artikel ini.
Ringkasan yang boleh dibuat adalah, anda akan lebih cenderung untuk mempunyai anak lelaki jika:
- Mengamalkan diet tinggi alkali, kalium dan natrium
- Melakukan hubungan seks sehampir mungkin dengan ovulasi
- Mengalami orgasme atau klimaks sebelum pasangan anda
Walaupun tips dapat anak lelaki di atas mungkin tidak 100% berkesan, tetapi tiada salahnya untuk anda mencuba, bukan?
Siapa tahu, ada rezeki untuk menimbang cahaya mata lelaki. Selamat mencuba!