backup og meta

Ini Sebab Ibu Hamil Perlu Kenal Tanda Awal Praeklampsia, Bahaya Boleh Ragut Nyawa!

Ini Sebab Ibu Hamil Perlu Kenal Tanda Awal Praeklampsia, Bahaya Boleh Ragut Nyawa!

Preeklampsia adalah satu keadaan yang boleh mendatangkan bahaya pada ibu hamil.

Jika anda merupakan ibu hamil, anda perlu tahu dan cakna berkenaan satu komplikasi kehamilan yang satu ini. Ia disebut sebagai praeklampsia (preeclampsia). Mengapa?

Ini kerana ia adalah salah satu komplikasi kehamilan yang agak serius dan berbahaya kepada seorang wanita yang sedang hamil. 

Ingin mengetahui berkenaan keadaan ini dengan lebih lanjut? Ikuti perbincangan di bawah ini.

Preeklampsia adalah…

Praeklampsia atau preeklampsia adalah satu keadaan komplikasi kehamilan yang dicirikan dengan tekanan darah tinggi berserta beberapa tanda kerosakan pada sistem organ tubuh yang lain.

Biasanya ia melibatkan organ hati dan juga buah pinggang. Ia biasa berlaku pada minggu ke-20 kehamilan bagi ibu hamil yang mana sebelum ini, tekanan darahnya berada pada keadaan yang normal.

Artikel berkaitan:

Jika ia tidak dirawat, keadaan ini bukan sahaja amat berbahaya malah boleh meragut nyawa ibu hamil tersebut. 

Preeklampsia adalah jika ibu hamil alami tanda-tanda ini 

preeklampsia adalah

Kadangkala, praeklampsia ini berlaku tanpa sebarang tanda atau simptom. Tekanan darah tinggi pula tidak berlaku secara mengejut kerana ia berlangsung perlahan-lahan.

Oleh sebab itu, jika anda merupakan salah seorang ibu hamil, anda perlu sentiasa mengawasi tekanan darah anda. Ini kerana, tanda pertama keadaan ini biasanya melibatkan peningkatan tekanan darah.

Antara simptom-simptom lain keadaan ini termasuklah:

Preeklampsia adalah penyebab kepada kondisi ini 

Penyebab kepada berlakunya keadaan ini berpunca daripada beberapa faktor. Namun, kebanyakan pakar perubatan berpendapat, ia bermula daripada placenta atau uri bayi.

Pada peringkat awal kehamilan, beberapa saluran darah baharu akan terbentuk dan berkembang agar ia dapat menghantar darah dengan lebih berkesan ke dalam plasenta. 

Bagi wanita yang mempunyai preeklampsia adalah boleh menyebabkan saluran darah ini tidak berkembang dan berfungsi dengan baik. Ia biasanya lebih sempit daripada saluran darah biasa dan memberikan reaksi yang berbeza kepada hormon.

Ia kemudiannya menyebabkan darah menjadi sedikit terbatas untuk melalui saluran darah ini. 

Penyebab kepada perkembangan keadaan ini termasuklah:

  • Aliran darah yang tidak mencukupi kepada janin
  • Kerosakan pada saluran darah
  • Wujud masalah dengan sistem imun tubuh
  • Sesetengah genetik tertentu

Apakah faktor risiko kepada berlakunya keadaan ini?

preeklampsia adalah

Antara faktor-faktor risiko yang boleh menyebabkan keadaan ini berlaku ialah:

  • Ada sejarah praeklampsia sebelum ini sama ada secara peribadi atau sejarah dalam keluarga terdekat. Jika ada ahli keluarga lain yang pernah mengalami keadaan ini, risiko untuk anda mengalaminya juga adalah tinggi
  • Tekanan darah tinggi kronik. Sekiranya seseorang ibu hamil itu mempunyai hipertensi yang kronik, dia juga berisiko tinggi untuk mengalami praeklampsia
  • Jika seseorang wanita itu hamil buat pertama kali, ia turut meningkatkan risiko untuk mengalami komplikasi ini
  • Paterniti baharu. Ia bermaksud jika seseorang wanita itu hamil dengan pasangan yang berbeza-beza bagi setiap kehamilan. Risikonya adalah lebih tinggi berbanding mereka yang hamil 2 atau 3 kali bersama pasangan yang sama
  • Risiko untuk mengalami komplikasi ini juga tinggi dalam kalangan ibu-ibu yang sangat muda atau wanita yang berumur 35 tahun ke atas
  • Obesiti turut meningkatkan risiko untuk mengalami keadaan ini
  • Hamil anak kembar. Wanita yang hamil anak kembar tidak kira sama ada kembar 2, 3 mahupun 4, mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi
  • Jarak antara kehamilan. Jika seseorang wanita itu mempunyai kehamilan baharu kurang daripada tempoh 2 tahun atau lebih daripada 10 tahun, maka risikonya juga adalah tinggi
  • Ada sejarah mengalami beberapa keadaan penyakit seperti tekanan darah tinggi yang kronik, migrain, diabetes jenis 1 dan 2, penyakit buah pinggang, kecenderungan untuk mengalami darah beku atau penyakit lupus

Bilakah saya perlu berjumpa dengan doktor?

preeklampsia adalah

Pertama sekali, anda perlu sentiasa patuh dengan jadual perjumpaan berkala bersama doktor. Ini untuk memastikan doktor dapat mengawasi tekanan darah anda sewaktu hamil

Kedua, terus berjumpa dengan doktor di hospital atau klinik berdekatan sekiranya anda mengalami sakit kepala yang sangat teruk, penglihatan yang kabur atau mana-mana gangguan penglihatan.

Berjumpa juga dengan doktor sekiranya anda mengalami sakit pada badan atau sesak nafas.

Sakit kepala, loya, muntah-muntah dan lenguh-lenguh badan pula adalah antara perkara yang biasa berlaku pada ibu hamil.

Namun, jika anda risau berkenaan simptom-simptom tersebut, jangan ragu-ragu untuk ke hospital bagi mendapatkan lebih kepastian.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/preeclampsia/symptoms-causes/syc-20355745
  2. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17952-preeclampsia
  3. https://preeclampsia.org/what-is-preeclampsia
  4. https://www.nichd.nih.gov/health/topics/preeclampsia/conditioninfo
  5. https://medlineplus.gov/ency/article/000898.htm

Versi Terbaru

30/06/2021

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Bahana Ibu Hamil Tidur Berdengkur, Bukan Saja Tingkat Risiko Pre-Eklampsia, Tapi Juga Bersalin C-zer

Jangan Pelik! Ada Wanita Yang Mempunyai 2 Rahim, Boleh Hamil TAPI Ini Risikonya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 30/06/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan