Bagi wanita yang mempunyai penyakit buah pinggang yang sederhadana (tahap 3-5), risiko komplikasi lebih besar. Bagi sesetengah wanita, risiko ibu dan anak cukup tinggi yang mana mereka perlu mempertimbangkan untuk mengelakkan kehamilan.
Sekiranya anda merancang untuk hamil, tanya doktor anda mengenai tahap penyakit buah pinggang anda, risiko komplikasi, tahap proteinuria dan sebarang keadaaan kesihata lain yang mungkin anda miliki.
Baca juga:
Bagaimana pula dengan wanita yang menerima dialisis?

Sesetengah keadaan tubuh menyebabkan seseorang sukar untuk hamil. Contohnya, kebanyakan wanita yang dialisis mempunyai anemia iaitu bilangan sel darah merah yang kurang dan juga mengalami perubahan hormon. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak mengalami haid yang teratur.
Kebiasaannya, wanita dengan kegagalan buah pinggang dinasihatkan supaya tidak hamil kerana kadar komplikasi sangat tinggi. Malah, risiko yang berkembang kepada ibu dan bayi juga dalah tinggi.
Namun, jika hamil, anda memerlukan pengawasan perubatan yang ketat, perubahan dalam ubat, dan lebih banyak dialisis untuk mendapatkan bayi yang sihat.
Disebabkan kesan sakit buah pinggang boleh memudaratkan wanita, anda perlu berbincang dengan doktor terlebih dahulu bagi menilai tahap keadaan kesihatan jika ingin hamil.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen