home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

5 perkara anda perlu tahu tentang eklampsia

5 perkara anda perlu tahu tentang eklampsia

Dalam kehidupan seorang wanita, kehamilan adalah tempoh yang mesti dihadapi dengan risiko pendarahan atau sindrom obstetrik. Keadaan ini akan menyebabkan pembekuan dalam salur darah (DIC) yang tersebar. Eklampsia adalah penyakit yang sering terjadi pada pesakit hipertensi. Mari ketahui masalah ini.

Apakah maksud ‘eklampsia’?

Eklampsia merupakan waktu berlakunya kekejangan pada wanita yang menghadapi pra-eklampsia. Pra-eklampsia adalah keadaan yang berlaku dari pertengahan kehamilan hingga akhir kehamilan. Sindrom ini sering menjejaskan tekanan darah, buah pinggang, hati, dan adakalanya ia menimbulkan kebimbangan terhadap perkembangan janin.

Bergantung pada tahap sindrom yang ditunjukkan, beberapa wanita dengan sindrom ini akan dihantar ke hospital untuk diberi perhatian dengan lebih teliti. Namun tidak semua wanita yang menghadapi tekanan darah tinggi akan menghadapi pra – eklampsia.

Mengapakah anda menghadapi ‘eklampsia’?

Eklampsia lebih cenderung dikesan kerap berlaku dalam kehamilan pertama serta ibu muda di mana ia dianggap sebagai pendedahan terhadap antigen. Pada masa ini, punca sebenar eklampsia masih lagi tidak diketahui. Eklampsia berdasarkan Pra-eklampsia. Mungkin faktor-faktor di bawah ini memainkan peranan:

  • Salur darah.
  • Sistem saraf dan otak.
  • Pemakanan.
  • ADN

Bagaimana mengesan ‘eklampsia’?

Hampir kesemua gejala eklampsia terdiri daripada sawan, agitasi yang teruk atau hilang pertimbangan. Tetapi sesetengah isyarat serebrum dapat dilihat dengan segera sebelum kekejangan adalah:

  • Sakit kepala.
  • Muntah.
  • Sakit perut.
  • Bengkak pada muka dan tangan.
  • Buta kortikal.
  • Sakit uterus.

Jadi, apabila anda mengalami sindrom-sindrom tersebut, anda mesti melakukan ujian untuk melihat semula tahap kesihatan anda. Doktor akan melaksanakan pemeriksaan fizikal untuk menentukan sebab-sebab kekejangan. Ujian yang biasa dilakukan adalah tekanan darah dan kadar pernafasan. Pada masa ini, janin mungkin membesar secara tidak normal kerana sawan ibu, bradikardia dan kesakitan janin. Lebih daripada itu, pendarahan plasenta, dan pecahan plasenta juga boleh berlaku.

Bagaimana merawat ‘eklampsia’?

Sebenarnya, kaedah terbaik untuk mengubati eklampsia adalah menghalang berlakunya kekejangan dengan lebih lanjut. Anda boleh menggunakan ubat-ubatan yang dipanggil antikonvulsan. Selaras dengan itu, anda mesti mengendalikan hipertensi dengan ubat untuk menurunkannya. Di samping itu, hendaklah bersalin secepat mungkin jika tekanan darah anda masih tinggi dan hubungi pegawai perubatan dengan segera sekiranya anda mempunyai salah satu daripada yang berikut:

  • Pendarahan vagina.
  • Tiada pergerakan bayi.
  • Sakit kepala yang teramat sangat.
  • Sakit yang teruk pada bahagian atas kanan perut.
  • Buta.
  • Loya.

Bagaimana mengatasi ‘eklampsia’?

Untuk mengurangkan bahaya eklampsia, situasi ini perlu dikesan seawal yang mungkin terutama ketika berlakunya pra – eklampsia. Sekiranya anda mengesan sindrom penyakit ini lebih awal dan merawatnya sebelum menjadi lebih teruk yang boleh mengundang kepada eklampsia, anda tidak perlu risau akan hal ini. Mendapatkan penjagaan perubatan sepanjang tempoh mengandung amatlah diperlukan bagi mencegah berlakunya sawan dan segala komplikasi. Namun begitu, situasi ini tidaklah begitu serius sekiranya anda dirawat dengan kaedah yang betul.

Sekiranya anda dalam fasa mengandung, sila awasi tahap kesihatan anda dengan serius. Terutama menghindari penyakit darah tinggi ketika usia muda.

health-tool-icon

Kalkulator Tarikh Bersalin

Gunakan kalkulator ini untuk menentukan tarikh akhir anda. Walau bagaimanapun, ini hanyalah anggaran semata-mata! Kebanyakan wanita akan melahirkan anak dalam masa seminggu sebelum atau selepas tarikh ini.

Panjang Kitaran

28 hari

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Eclampsia.

https://medlineplus.gov/ency/article/000899.htm. Accessed on March 7, 2017.

Eclampsia.

https://en.wikipedia.org/wiki/Eclampsia. Accessed on 7,2017.

Pre-eclampsia.

http://www.nhs.uk/Conditions/Pre-eclampsia/Pages/Symptoms.aspx. Accessed on March 7, 2017.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser Disemak pada 15/11/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x