Minggu 33

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Perkembangan bayi

Perkembangan bayi dalam kandungan  

Bayi anda kini mempunyai saiz seperti nanas dengan kepanjangan 43 cm daripada kepala ke tumit dan mempunyai berat sekitar 1.8 kg.

Dalam minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran ini, berbilion saraf berkembang dalam otak bayi anda membantunya mempelajari persekitaran in-utero (dalam rahim) – bayi anda boleh mendengar, merasa dan dapat melihat sedikit. Mata bayi anda boleh mengesan cahaya dan pupilnya (bahagian hitam mata) boleh mengembang atau mengecil sebagai reaksi kepada cahaya. Bayi anda tidur pada kebanyakan masa dan mengalami pergerakan mata laju, peringkat tidur di mana mimpi yang jelas berlaku.

Paru-paru bayi anda hampir matang sepenuhnya. Lemak akan berterusan bertambah pada badan bayi anda untuk perlindungan dan kehangatan. Bayi anda semakin bertambah berat badan pada minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran.

Perubahan hidup & tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan saya?

Memandangkan bayi anda mengisi lebih banyak ruang dalam abdomen, pelbagai perkara mula berubah: anda mungkin mendapati diri anda tidak stabil. Mencari posisi yang mudah untuk duduk atau tidur mungkin bertambah sukar. Anda juga mungkin merasa sakit atau kebas pada jari, pergelangan tangan dan tangan. Sepertimana tisu lain dalam badan anda, pergelangan tangan anda mungkin menghimpunkan cecair, yang meningkatkan tekanan pada carpal tunnel,  pada pergelangan anda. Saraf yang melalui canal ini mungkin ditekan, menyebabkan rasa kebas, bersemut, sakit membakar atau sakit ringan. Cuba untuk memakai penganduh untuk menstabilkan pergelangan tangan anda atau letakkan tangan anda ke atas bantal apabila tidur. Jika pekerjaan anda melibatkan pergerakan tangan yang berulang (seperti menaip atau pemasangan barangan kilang) ingat untuk meregangkan tangan anda pada waktu rehat sekerap mungkin.

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

Jika anda mendapati cecair jernih, berkrim daripada puting anda, jangan risau; cecair tersebut bukanlah susu. Susu hanya dihasilkan beberapa hari selepas kelahiran. Cecair putih berkrim atau kuning daripada payudara anda adalah petanda badan anda sedang menyiapkan diri untuk menyusu badan. Cecair yang anda dapati ialah kolostrum, yang terhasil sebelum penghasilan susu sebenar beberapa hari selepas kelahiran.

Pertemuan dengan doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Anda perlu berbincang dengan doktor anda sebelum mengambil pil tidur. Tidak ada pil tidur yang selamat bagi wanita mengandung. Doktor boleh menimbangkan risiko dan manfaat pengambilan sesuatu ubat dan membincangkan penyelesaian alternatif bagi masalah tidur anda.

Apakah ujian yang perlu saya tahu?

Doktor akan menganggar saiz bayi anda dan meramalkan waktu kelahiran. Anda mungkin perlu menjalani pelbagai ujian bergantung kepada keperluan anda dan kehendak doktor, ini termasuklah:

  • Timbang berat (penambahan berat badan akan berhenti atau berkurang pada waktu ini);
  • Tekanan darah (mungkin lebih tinggi berbanding timester kedua);
  • Ujian air kencing untuk memeriksa tahap gula dan protein;
  • Vena varikos pada kaki, bengkak pada tangan dan kaki;
  • Pemeriksaan degupan jantung janin;
  • Ukuran saiz rahim melalui pemeriksaan luar untuk dibandingkan dengan waktu kelahiran;
  • Ketinggian fundus (bahagian atas rahim);
  • Saiz fetus, arah kelahiran (kepala atau punggung dahulu), kedudukan (muka ke bawah atau ke atas) melalui pemeriksaan dengan sentuhan dari luar,
  • Simptom atau tanda yang tidak normal;
  • Sediakan senarai soalan atau isu yang anda mahu bincangkan dengan doktor anda.

Kesihatan & keselamatan

Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?

Jika anda risau dengan penggunaan bahan penghalau serangga, anda patut menggunakannya seperti yang disarankan untuk keselamatan anda. Kebanyakan bahan penghalau serangga dianggap selamat sewaktu kehamilan, tetapi jangan lupa untuk membaca label.

Berhati-hati dengan pemakanan keju lembut. Keju lembut diperbuat daripada susu yang dipasteurkan dianggap selamat untuk dimakan. Tetapi, keju yang diperbuat daripada susu mentah, yang tidak dipasteurkan tidak selamat untuk dimakan.

Bagaimanakah tumbesaran bayi anda minggu hadapan?

Hello Health Group tidak memberikan sebarang khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kelahiran Secara Vakum Buat Kepala Bayi Lonjong? Jom Cuba Tip Ini Untuk Kurangkannya

    Semasa kelahiran secara vakum, doktor menggunakan alat vakum membantu bayi keluar daripada saluran kelahiran. Namun benarkah ia punca kepala bayi lonjong?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Proses Bersalin 15/12/2020 . 3 minit bacaan

    Guna Kaedah Pancut Luar Untuk Elak Hamil? Ini Pro & Kontra Jika Cik Abang Lakukannya

    Adakah anda sebagai suami isteri pernah terfikir dan tertanya sama ada teknik pancut luar itu berkesan atau tidak? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 10/12/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Rawat Sakit Kepala Semasa Hamil? Kenal Pasti Puncanya Sebab Ia Berbeza Ikut Trimester

    Sepanjang tempoh mengandung, kepala kerap berdenyut? Adakah sakit kepala ketika hamil satu keadaan yang normal? Ikuti penjelasannya...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu 01/12/2020 . 3 minit bacaan

    Macam Sakit Senggugut Tapi Tak Period, Jangan Keliru Dengan PMS & Tanda Kehamilan!

    Sindrom pramenstruasi (PMS) mampu menyebabkan beberapa simptom yang menyerupai tanda-tanda kehamilan. Perkara ini boleh mengelirukan para wanita.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 30/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    garis hitam

    Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    masalah menstruasi wanita

    Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    petua hilangkan selsema

    Suntikan Flu, Paracetamol & Ibuprofen: Ini Pilihan Selamat Rawat Selesema & Flu Ketika Hamil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/01/2021 . 3 minit bacaan
    sakit belakang semasa mengandung

    Tanpa Ubat, Atasi Sakit Belakang Semasa Mengandung Dengan 3 Teknik Regangan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan