backup og meta

Kebas Jari Dan Tangan, Ini Cara Ibu Hamil Nak Kurangkan Simptom Carpal Tunnel

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 29/07/2022

    Kebas Jari Dan Tangan, Ini Cara Ibu Hamil Nak Kurangkan Simptom Carpal Tunnel

    Semasa dalam fasa kehamilan, pelbagai perubahan yang akan berlaku kepada tubuh badan seorang wanita baik dari segi fizikal serta mental.

    Antara yang paling jelas kelihatan adalah bentuk badan wanita akan mulai mengembang dan membesar serta ‘breakout’ pada wajah.

    Untuk pengetahuan anda, ada juga segelintir wanita yang akan mengalami sindrom carpal tunnel semasa hamil!

    Persoalannya, adakah ia satu perkara yang normal? Selain itu, apa yang perlu dilakukan untuk menanganinya?

    Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk tahu jawapannya.

    Serba sedikit tentang sindrom carpal tunnel

    Sebelum pergi lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita berkenalan dengan sindrom ini terlebih dahulu.

    Buat anda yang belum tahu, carpal tunnel adalah satu kawasan atau laluan yang terletak pada pergelangan tangan. Ia dipenuhi dengan saraf dan tendon yang bersambung dengan tapak tangan dan jari.

    Sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak normal pada saraf dan tendon di tempat ini, ia akan mengakibatkan rasa sakit dan pedih. Inilah kondisi yang dipanggil sebagai sindrom carpal tunnel.

    Ia biasa berlaku kepada golongan atlet, pekerja pejabat, pemain alat muzik serta individu yang banyak menggunakan tangan mereka dalam aktiviti seharian.

    Ia juga boleh berlaku kepada wanita mengandung. Pun begitu, adakah ia normal?

    Adakah ia normal berlaku semasa hamil?

    Ketika sedang mengandung, akan berlaku banyak perubahan hormon pada tubuh badan ibu hamil termasuklah pada tempat yang dikenali sebagai carpal tunnel ini.

    Perubahan hormon ini kemudiannya akan mengakibatkan tubuh badan anda mengekalkan banyak cecair pada tangan serta melembutkan ligamen tempat ini.

    Inilah yang akan menyebabkan tempat tersebut membengkak (oedema).

    melancap semasa mengandung

    Akibatnya, saraf dan tendon pada tempat ini akan terhimpit dan tertekan seterusnya mengakibatkan rasa kebas, panas, sakit dan pedih – seperti dicucuk dengan jarum.

    Menurut kajian yang dijalankan oleh pihak National Health Service di UK, ia adalah kondisi yang normal dan biasa terjadi kepada kira-kira 60% wanita hamil.

    Apakah yang ibu hamil boleh buat untuk kurangkan simptomnya?

    Kadangkala, ia akan berlaku kepada wanita hamil tanpa dapat dielakkan. Namun apa yang kalian boleh buat adalah kurangkan simptomnya dengan cara berikut:

    #1. Pakai pendakap tangan

    Setelah disahkan oleh doktor bahawa anda mengalami sindrom carpal tunnel, minta saranan daripada doktor sama ada anda perlu pakai pendakap tangan atau tidak.

    Jika ya, kalian boleh cari pendakap tangan ini di farmasi yang berdekatan dengan anda. Gunakan ia pada setiap masa terutamanya ketika kalian sedang bekerja atau berehat.

    Jika kurang pasti, ia adalah hampir sama dengan yang digunakan oleh individu patah atau retak tulang tangan. Dapatkan bantuan pakar fisioterapi untuk mencari yang sesuai dengan anda.

    #2. Tuam air sejuk & air hangat pada tangan

    Wanita hamil boleh tuam ais secara lembut dan perlahan pada kawasan yang terjejas. Atau anda juga boleh rendam tangan pada air sejuk sebagai alternatif.

    Kemudian, tuam atau rendam pula tangan anda dengan menggunakan air yang hangat secara berselang seli (kira-kira 5 ke 6 minit dari setiap satu).

    Jika kesakitan itu masih atau makin teruk, hentikan ia dan berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.

    #3. Letak tangan pada kedudukan yang tinggi

    Ketika sedang berehat atau bekerja, elakkan dari meletakkan tangan anda pada kedudukan yang rendah atau mendatar. Sebaliknya, pastikan ia kekal pada kedudukan yang tinggi.

    Ini bertujuan mengelakkan serta mengurangkan bengkak pada tempat carpal tunnel tersebut.

    #4. Jaga posisi tidur anda dengan cermat

    Jika ia berlaku pada tangan kanan, elakkan tidur dengan baring mengiring sebelah kanan. Posisi yang paling ideal adalah dengan meletakkan tangan pada bantal kepala anda.

    Untuk melegakan serangan tiba-tiba pada waktu malam, goyangkan tangan anda sehingga ia sedikit lega.

    #5. Bersenam

    Jangan terkejut dengan petua ini ya? Dengan senaman ringan yang melibatkan tangan, ia mampu melancarkan perjalanan darah pada tangan sekali gus mengurangkan pembengkakan.

    #6. Berehat

    Apa yang paling penting untuk dilakukan adalah berehat dan kurangkan aktiviti melibatkan tangan. Jika tidak berbuat apa-apa, rehatkan sahaja tangan pada bantal sambil berbaring.

    #7. Berjumpa doktor untuk rawatan

    Akhir sekali, jangan lupa untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan diagnosis dengan kerap terutamanya jika sindrom carpal tunnel semasa hamil yang anda hadapi itu kian teruk.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 29/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan