Darah Keluar Dari Faraj Tanda Gugur? Ini Cara Ibu Hamil Nak Bezakan Keguguran & Pendarahan Biasa

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 28/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Apakah perkara yang boleh menjejaskan kehamilan? Bagaimana pula untuk mengenal pasti tanda keguguran jika ia berlaku? Ini caranya yang boleh anda semak.

Perkara yang menjejaskan kehamilan

Keguguran merujuk kepada kematian janin dan/atau pengeluaran janin sebelum mencapai tempoh berdaya hidup (viable). Pentakrifan tempoh berdaya hidup janin ini berbeza mengikut negara-negara tertentu.

Di Malaysia, tempoh berdaya hidup janin yang digunakan adalah pada minggu ke-24 kehamilan dan ke atas atau setelah mencapai berat 500 gram atau lebih.

Semestinya, ianya adalah sesuatu perkara yang cukup tidak diingini oleh mana-mana pasangan khususnya jika mereka telah berusaha sekian lama untuk memperoleh zuriat.

Keguguran pada peringkat awal yang menjejaskan kehamilan adalah lebih kerap berlaku. Hampir 50 peratus daripada semua kehamilan berakhir dengan keguguran sebelum wanita tersebut mengetahui mereka hamil pada mulanya.

Dalam kalangan wanita yang tahu mereka hamil, insiden kes keguguran berlaku sekitar 8 hingga 20%. Majoriti (hampir 80%) daripada keseluruhan kes keguguran ketika tempoh awal kehamilan berlaku antara minggu ke-9 hingga minggu ke-13.

Oleh yang demikian, penting untuk ibu bapa dan juga pasangan yang sedang menantikan kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka untuk mengenal pasti tanda keguguran bagi membolehkan mereka mendapatkan perhatian doktor dengan segera.

Tanda keguguran yang perlu anda tahu

tanda-keguguran-yang-perlu-anda-ketahui

Terdapat 2 tanda keguguran yang boleh ibu bapa berikan perhatian.

1. Tanda keguguran utama adalah tumpah darah, atau keluarnya darah melalui faraj.

2. Tanda keguguran lazim yang seterusnya adalah sakit di bahagian bawah perut (bawah abdomen).

Tanda keguguran seperti pendarahan melalui faraj boleh melambangkan punca ataupun akibat daripada proses keguguran.

Dalam kalangan wanita yang mengalami keguguran sempurna atau keguguran tidak sempurna, tanda keguguran ini (pendarahan melalui faraj) masih boleh berlaku. Ini kerana pendarahan tersebut berlaku serentak dengan pengeluaran janin daripada rahim.

Tidak semua wanita akan mengalami tanda keguguran ini.

Terdapat segelintir wanita hamil yang tidak mengalami pendarahan melalui faraj mereka sejurus sebelum pengeluaran janin. Ia dikategorikan sebagai  keguguran yang tidak dikesan (missed miscarriage).

Tanda keguguran ini boleh menjadi punca kepada mengapa keguguran berlaku. Sebagai contoh, pendarahan sub-korion (pendarahan antara dinding rahim dan korion) yang boleh dikesan melalui pengimejan ultrasound.

Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya keguguran sekali gus menjejaskan kehamilan.

Namun adakalanya, pendarahan sedikit dan rasa kurang selesa di bahagian bawah perut boleh dianggap sebagai sesuatu yang normal kepada kebanyakan wanita yang mengandung.

Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku pendarahan banyak dan rasa sakit itu bertambah teruk wanita tersebut dinasihatkan untuk berjumpa doktor segera bagi mendapatkan pemeriksaan rapi.

Perkara menjejaskan kehamilan

Selepas mengalami tanda keguguran dan janin telah dikeluarkan, pastinya si ibu ingin mengetahui punca berlakunya keguguran tersebut. Pelbagai faktor boleh mendasari keadaan tersebut, antaranya:

  1. Masalah genetik: Hampir 30% daripada keseluruhan keguguran berlaku sebelum minggu ke-8 dan penyebab utama adalah masalah berkaitan dengan genetik.
  2. Masalah penyakit si ibu: Keadaan kesihatan ibu turut mempengaruhi berlakunya keguguran dalam kandungan mereka. Penyakit kronik seperti kencing manis (diabetes), tekanan darah tinggi, penyakit kronik buah pinggang, penyakit berkaitan dengan kelenjar tiroid dan juga penyakit lupus serta jangkitan kelamin seperti HIV.
  3. Masalah uri: Sekiranya perkembangan uri tidak optimum ataupun bermasalah, bekalan nutrisi dan juga darah kepada bayi akan terjejas, menyebabkan perkembangan bayi terhenti dan keguguran boleh berlaku.
  4. Masalah struktur rahim: Masalah kongenital berkaitan dengan struktur rahim yang berbeza dengan struktur rahim normal berupaya untuk menggangu perkembangan bayi dan menyebabkan berlakunya keguguran.
  5. Pangkal rahim yang longgar atau lemah: Pangkal rahim dikira sebagai leher kepada rahim. Apabila pangkal rahim lemah atau longgar, ianya akan cenderung untuk terbuka lebih awal dan memberi laluan kepada pengeluaran janin terlalu awal (keguguran).

Selain daripada punca di atas, terdapat juga beberapa faktor yang meningkatkan risiko untuk berlakunya keguguran.

menjejaskan kehamilan

  1. Usia ibu: Ibu yang berumur (lebih tua)
  2. Merokok: Menghisap rokok lebih daripada 10 batang sehari (atau perokok pasif)
  3. Alkohol: Pengambilan minuman beralkohol semasa mengandung walaupun sedikit
  4. Demam panas: Demam yang mencatatkan suhu melebihi 37.8 darjah celcius
  5. Trauma: Trauma fizikal pada bahagian rahim semasa mengandung boleh meningkatkan risiko berlakunya keguguran. Ini termasuk juga rawatan atau prosedur seperti amniocentesis dan chorionic villous sampling.
  6. Kafein: Pengambilan kopi atau bahan berkafein seperti cola dan sebagainya dalam kadar yang berlebihan boleh meningkatkan risiko berlakunya keguguran.
  7. Pengambilan ubat-ubat tertentu: Penting untuk anda semak dengan doktor anda perihal ubat-ubatan yang anda ambil sebelum mengandung kerana sesetengah ubat untuk penyakit kronik mampu memberikan kesan yang negatif kepada tumbesaran janin.
  8. Berat badan berlebihan atau terlalu kurang: Obesiti ataupun berat badan berlebihan terkenal sebagai faktor risiko yang meningkatkan risiko seseorang untuk pelbagai keadaaan kesihatan lain, termasuklah untuk mengalami keguguran.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, persoalan dan keraguan berkaitan dengan tanda keguguran atau berkaitan kesihatan kandungan anda, anda boleh berjumpa dengan doktor anda bagi mendapatkan nasihat, pemeriksaan yang rapi serta rawatan yang sesuai.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bahaya! Ibu Hamil Yang Ada Masalah Tiroid Berisiko Lahirkan Bayi Kerdil

Semasa kehamilan, hormon tiroid memainkan peranan penting dalam perkembangan yang normal tetapi bagaimana jika si ibu mempunyai masalah tiroid?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 15/10/2020 . 3 minit bacaan

Jika Doktor Nasihatkan Ibu Hamil Banyak Rehat & Baring, Ini Maksudnya! Seks Pun Tak Boleh Buat!

Kadangkala, ibu hamil akan diminta rehat atas katil untuk mengelakkan komplikasi bahaya stress ketika mengandung. Namun, tahukah anda apa itu bed rest?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 12/10/2020 . 3 minit bacaan

Nak Hamil Kena Tahu Bila Waktu Subur, Tapi Tahu Tak Tanda Subur Setiap Wanita Berbeza?

Tanda-tanda ovulasi wanita mungkin berbeza bagi setiap individu, ada juga yang tidak mengalami sebarang gejala ketika ia berlaku.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kehamilan, Rancang Kehamilan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Ingat Perokok Saja Yang Kena Masalah Pernafasan COPD, Yang Tak Merokok Juga Berisiko!

Bukan sahaja perokok, mereka yang tidak merokok juga berisiko untuk mengalami masalah pernafasan ekoran penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD).

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Artikel lain untuk anda

mengesan kehamilan PCOS

Haid Tidak Tentu Salah Satu Petanda PCOS, Jadi Bagaimana Cara Nak Kesan Jika Hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
penyakit gonorea

Nampak Macam Sama, Tapi Jangkitan Gonorea & Klamidia Ini Sangat Berlainan! Ini Bezanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
warna darah haid

Darah Haid Boleh Berwarna Oren & Kelabu? Hati-hati, Ini Petanda Masalah Kesihatan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
kejang perut tanpa haid

Tak Period Pun Tapi Masih Sakit Perut? Ini Masalah Kesihatan Lain Yang Boleh Jadi Punca

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan