backup og meta

Miss V Bau Hanyir Lepas Lahirkan Anak? Jika Ada Tanda Ini, Kena Jumpa Doktor!

Miss V Bau Hanyir Lepas Lahirkan Anak? Jika Ada Tanda Ini, Kena Jumpa Doktor!

Faraj berbau selepas bersalin boleh terjadi kepada mana-mana wanita. Walaupun ia keadaan normal selepas melahirkan anak, namun apabila mengalami tanda-tanda tertentu, bermakna anda perlu mendapatkan rawatan doktor segera! 

Jom fahami lebih lanjut mengenai keadaan ini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Punca faraj berbau selepas bersalin

Dalam tempoh selepas bersalin, aroma faraj akan berubah disebabkan beberapa faktor seperti pendarahan, kelembapan dan perubahan keseimbangan pH.

Secara amnya selepas melahirkan anak, rahim akan melalui proses pembersihan diri – melibatkan penyingkiran darah yang disebut lochia atau dalam masyarakat umum dikenali sebagai darah nifas.

Tempoh pendarahan ini berbeza bagi setiap wanita selepas beranak. Pun begitu, biasanya ia berlangsung selama 2 hingga 6 minggu selepas bersalin.

Bagi ibu yang bersalin caesar, pendarahan mungkin akan lebih lama kerana rahim mengambil sedikit masa untuk kembali ke ukuran asas.

faraj berbau selepas bersalin

Peringkat & jenis darah nifas selepas melahirkan anak

Sebelum mengetahui punca faraj berbau selepas bersalin, ayuh fahami terlebih dahulu peringkat dan jenis darah nifas yang akan dialami wanita selepas bersalin

Darah nifas boleh dibahagikan kepada 3 peringkat berbeza selepas kelahiran anak, iaitu:

Lochia rubra

Berlaku dalam tempoh 2 hingga 5 hari selepas melahirkan anak. Ia merupakan peringkat pendarahan paling berat dan darah yang disingkirkan berwarna merah.

Anda juga mungkin akan melihat gumpalan darah semasa peringkat ini. Namun biasanya saiz gumpalan adalah kecil.

Lochia alba

Merupakan peringkat kedua bagi darah nifas dan dalam keadaan normal, ia bukanlah punca faraj berbau selepas bersalin. 

Pendarahan pada peringkat ini akan bermula selepas 4 atau 5 hari lochia rubra dan berlangsung sekitar 2 minggu.

Konsistensi darah adalah lebih ringan berbanding peringkat awal dengan warnanya seakan merah jambu muda. 

Lochia serosa

Lochia alba akan berakhir apabila anda memasuki minggu ke-6 selepas bersalin. Pada peringkat ini pendarahan nifas akan berubah menjadi kekuningan atau putih dengan kehadiran tompokan merah sekali-sekala.

faraj berbau selepas bersalin

Darah nifas punca faraj berbau selepas bersalin

Lochia adalah darah jadi ia adalah normal untuk mengeluarkan bau ringan, seperti keadaan haid normal.

Biasanya kehilangan darah cenderung menyebabkan sedikit bau logam, tetapi ia tidaklah terlalu kuat sehingga menyebabkan ketidakselesaan. 

Sekiranya bau yang wujud terlalu kuat sehingga menyebabkan anda berasa tidak selesa, anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan perubatan.

Ia mungkin merupakan tanda jangkitan pada rahim, khususnya jika disertai rasa sakit pada abdomen.

Faktor darah nifas berbau

Sekiranya faraj berbau selepas bersalin seakan hanyir atau keluar lendir kehijauan mungkin menunjukkan tanda jangkitan, sama ada di dalam rahim atau sekitar koyakan faraj, kesan melahirkan bayi. 

Antara tanda jangkitan yang boleh dikenal pasti adalah seperti:

Jangkitan ini boleh menjadi berbahaya jika ibu tidak mendapatkan rawatan yang betul terutamanya apabila ia berlaku sekitar bahagian rahim.

Ini kerana ia boleh mengakibatkan komplikasi seperti pembekuan darah atau jangkitan pundi kencing.

Jangkitan ini juga boleh menyebabkan pendarahan selepas bersalin atau hemorrhage – cebisan plasenta yang menempel pada rahim dan menghalang proses penyembuhan. Keadaan ini sangat serius!

Berita baiknya, kebanyakan punca bau faraj yang berlaku pada ibu-ibu selepas bersalin boleh dirawat.

Baca juga:

Faraj berbau selepas bersalin: Lakukan pemeriksaan doktor

Penjagaan kebersihan diri selama tempoh berpantang atau selepas bersalin amat penting untuk dititikberatkan, jadi kerapkan menukar pad dan dapatkan rehat secukupnya.

Namun sekiranya mengalami keadaan berikut, lakukan pemeriksaan doktor segera.

Faraj berbau selepas bersalin #1 Keluar gumpalan darah besar berterusan

Jika mengalami gumpalan darah besar selepas tempoh 24 jam pertama bersalin atau gumpalan darah berterusan selepas seminggu, sangat disarankan untuk anda melakukan pemeriksaan doktor.

Aliran darah nifas semakin banyak selepas melahirkan anak

Pendarahan nifas adalah berat untuk tempoh beberapa hari pertama dan berkurangan secara beransur-ansur.

Tetapi anda perlu melakukan pemeriksaan jika aliran darah tiba-tiba menjadi berat berbanding sebelumnya atau berterusan sebagai pendarahan berat untuk lebih daripada seminggu. 

faraj berbau selepas bersalin

Darah nifas berbau pelik

Jika darah berbau pelik dan busuk, ia mungkin melibatkan jangkitan pada rahim atau jahitan perineum disebabkan koyakan faraj semasa melahirkan anak. 

Jika bau ini kekal walaupun setelah mandi dan menukar pad, ia tanda amaran yang tidak boleh dipandang remeh! Perhatikan juga warna cecair yang dikeluarkan.

Faraj berbau selepas bersalin bersama kesakitan pada pelvis 

Jangkitan pundi kencing atau masalah sembelit boleh menyebabkan kesakitan pelvis. Untuk kedua-dua kes, anda disarankan untuk minum air secukupnya dan melakukan pemeriksaan doktor. 

Bagi keadaan serius disebabkan jangkitan pada rahim, ibu akan menggigil dan berasa tidak sihat.

Sekiranya wujud kebimbangan mengenai bau faraj selepas bersalin, jangan malu untuk bertanya kepada doktor, atau anda mungkin akan menyebabkan keadaan bertambah teruk!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Pregnancy: Physical Changes After Delivery. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/9682-pregnancy-physical-changes-after-delivery.
  2. Labor and delivery, postpartum care. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/labor-and-delivery/basics/labor-and-delivery/hlv-20049465.
  3. 6 Postpartum Symptoms You Shouldn’t Neglect. https://flo.health/being-a-mom/recovering-from-birth/postpartum-problems/postpartum-symptoms
  4. In the Weeks After Birth. https://en.hesperian.org/hhg/New_Where_There_Is_No_Doctor:In_the_Weeks_After_Birth
  5. Bleeding after birth: 10 things you need to know. https://www.nct.org.uk/life-parent/your-body-after-birth/bleeding-after-birth-10-things-you-need-know
  6. Vaginal delivery – discharge. https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000628.htm

 

Versi Terbaru

23/12/2021

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Perut Menggeleber Selepas Bersalin! Nah, Cuba 9 Petua Ini, Tak Perlu Surgeri!

Ada Tempoh Kemurungan Normal Selepas Bersalin Anak; Seminggu, Sebulan @ Lebih Lama? Baca Kajian Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 23/12/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan