Ibu Hamil Selalu Ada Masalah Sakit Punggung? Jom Cuba 11 Cara Ini Untuk Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Adakah normal jika wanita mengandung mengalami masalah sakit punggung ketika hamil? Ikuti penjelasannya dalam perkongsian artikel ini.

Normal ke sakit punggung ketika hamil?

Ramai wanita mengalami masalah sakit pinggul semasa mengandung. 

Kesakitan biasanya akan mula berlaku pada trimester kedua dan ketiga. Pun begitu, ia juga boleh bermula seawal trimester pertama.

Sememangnya, apabila seorang wanita itu mengandung, ia akan diiringi dengan pelbagai kesakitan. Sakit punggung ketika hamil adalah salah satu daripadanya. 

Berdasarkan hasil kajian pada tahun 2018 menunjukkan bahawa lebih kurang 32% wanita mengandung melaporkan sakit pinggul pada satu tempoh kehamilan.

Menurut American College of Obstetricians and Gynecologist (ACOG), hormon yang dihasilkan badan semasa kehamilan akan melonggarkan sendi.

Keadaan tersebut sekali gus menjadikannya lebih mudah teralih dan terdedah kepada kecederaan. 

Bahagian pinggul cenderung mengalami kesakitan kerana peranannya dalam menyokong badan dan pergerakan. 

Memahami punca kesakitan yang dialami wanita mengandung

Terdapat beberapa sebab mengapa anda mungkin mengalami sakit pada bahagian pinggul semasa mengandung, antaranya: 

  1. Relaksin

Umumnya, hormon relaksin akan meningkat semasa kehamilan

Seperti namanya, ia akan mengendurkan tisu yang menghubungkan tulang anda ke seluruh badan menyebabkan ketidakselesaan pelvis, terutamanya sakit belakang atau sakit pinggul. 

wanita mengandung

  1. Pertambahan berat badan

Apabila bayi dan ibu semakin bertambah berat badan, ia akan memberikan tekanan pada tulang dan sendi anda.

Peningkatan berat badan berlebihan pula boleh menyebabkan berlakunya sakit punggung ketika hamil serta ketidakselesaan lain. 

  1. Postur badan yang lemah

Postur badan boleh berubah seiring dengan kenaikan berat badan, di mana pengagihan berat lebih difokuskan pada bahagian perut. 

Selain itu, sekiranya bayi dalam kandungan cenderung berada pada satu posisi lebih banyak berbanding lain, ia juga boleh menjadi punca rasa sakit.

  1. Transient osteoporosis

Sesetengah masalah sakit pinggul mungkin disebabkan oleh demineralisasi tulang pinggul anda atau lebih dikenali sebagai osteoporosis sementara. 

Keadaan ini biasanya bermula pada trimester kedua atau ketiga. Ia mungkin berkaitan dengan tahap kalsium dan kalium. 

Osteoporosis pinggul sementara adalah keadaan jarang berlaku yang menyebabkan kehilangan tulang sementara pada bahagian atas tulang paha (femur). 

  1. Kedudukan tidur

Posisi tidur sebelah (mengiring) boleh menyumbang kepada punca sakit punggung ketika hamil kerana ia memberi tekanan pada sendi anda.

Pun begitu, disebabkan menjadi 1 masalah biasa untuk wanita mengandung tidak cukup tidur, maka tidur mengiring merupakan pilihan posisi tidur paling menyelesakan. 

11 cara atasi sakit punggung ketika hamil

Berikut cara yang boleh dicuba untuk atasi rasa sakit yang dialami, seperti: 

  1. Menggunakan bantal

Anda boleh mencuba meletakkan bantal pada bahagian bawah perut dan antara kedua-dua lutut. 

Selepas seminggu, rasa sakit pada pinggul akan mulai berkurangan apabila tulang belakang pulih daripada penjajaran lemah (poor alignment).

posisi tidur ketika hamil

  1. Kekal aktif sepanjang tempoh kehamilan

Siapa kata wanita mengandung tidak boleh bersenam?

Pada dasarnya, aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang mungkin pilihan terbaik untuk mengelakkan daripada mengalami sakit pinggul. 

  1. Teknik regangan

Teknik regangan asas boleh membantu mengembalikan keseimbangan dan menguatkan otot-otot yang teralih atau lemah semasa tempoh kehamilan. Cubalah!

  1. Bantuan kiropraktik

Bagi sesetengah wanita, masalah sakit punggung ketika hamil boleh diatasi dengan bantuan kiropraktik – akan membantu memastikan semua ligamen berada pada penjajaran yang betul.

  1. Rendaman air panas atau pad pemanasan

Kesakitan saraf sciatic biasanya akan menyebabkan seseorang individu mengalami rasa sakit pada bahagian sebelah kiri mereka. 

Untuk meredakan kesakitan yang dialami, berendam dalam mandian air panas atau menggunakan pad pemanasan dipercayai dapat membantu. 

Terdapat juga wanita mengandung yang mengatakan penggunaan pek ais juga boleh mengurangkan rasa sakit pada bahagian pinggul tersebut.

  1. Mengawal kenaikan berat badan

Ya, setiap wanita yang sedang mengandung pastinya akan mengalami pertambahan berat badan. Pun begitu, ia haruslah terkawal.

Ini kerana berat badan yang bertambah secara berlebihan, akan cenderung menyebabkan anda mengalami sakit punggung ketika hamil.

Anda disarankan untuk mengambil sekitar 300 kalori tambahan setiap hari untuk menyokong kehamilan yang sihat. 

  1. Baring di tilam udara

Mungkin kedengaran seperti tidak logik. Namun, tidak salah untuk mencuba. Tambahan pula ia dikatakan dapat membantu mengurangkan sakit pinggul dan pelvis yang terjadi semasa hamil.

  1. Kasut yang sesuai

Sebaiknya, pakailah kasut yang bertapak rata

Untuk bersenam pula, pilihlah kasut sukan yang dapat memberikan sokongan lengkungan yang baik semasa melakukan aktiviti fizikal harian.

  1. Menjaga postur badan

Cuba untuk amalkan postur badan yang baik semasa duduk, berdiri atau ketika mengangkat mahupun membawa barang yang berat.

  1. Hindari aktiviti tertentu

Elakkan daripada melakukan aktiviti tertentu yang boleh memburukkan lagi masalah sakit punggung ketika hamil.

Antara aktiviti yang perlu dihindari adalah seperti menyilang kaki, berdiri untuk tempoh masa yang lama, memvakum rumah atau mengangkat benda berat. 

  1. Tali pinggang kehamilan

Jika perlu, dapatkan tali pinggang kehamilan untuk memberikan sokongan pada sendi pinggul anda sepanjang hari.

Namun, anda terlebih dahulu disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor bagi mengetahui kesesuaian pemakaian tali pinggang ini dengan keadaan kehamilan anda. 

Kesimpulannya…

Masalah sakit punggung ketika hamil adalah normal untuk berlaku pada wanita mengandung dalam tempoh kehamilan.

Jika cara di atas tidak berkesan untuk meredakan kesakitan, berundinglah dengan pakar untuk mendapatkan penyelesaian terbaik bagi membantu merawat kesakitan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Faraj Koyak Besar Waktu Bersalin, Ibu Alami Trauma! Bagaimana Nak Atasi Rasa Trauma Kelahiran?

Adakalanya kesakitan yang dirasai semasa atau selepas kelahiran bayi boleh mengakibatkan ibu mengalami trauma bersalin. Tetapi adakah semua ibu berisiko?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 14/10/2020 . 3 minit bacaan

Jika Doktor Nasihatkan Ibu Hamil Banyak Rehat & Baring, Ini Maksudnya! Seks Pun Tak Boleh Buat!

Kadangkala, ibu hamil akan diminta rehat atas katil untuk mengelakkan komplikasi bahaya stress ketika mengandung. Namun, tahukah anda apa itu bed rest?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 12/10/2020 . 3 minit bacaan

Nak Hamil Kena Tahu Bila Waktu Subur, Tapi Tahu Tak Tanda Subur Setiap Wanita Berbeza?

Tanda-tanda ovulasi wanita mungkin berbeza bagi setiap individu, ada juga yang tidak mengalami sebarang gejala ketika ia berlaku.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kehamilan, Rancang Kehamilan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

Mengapa Saya Makin Kerap Sakit Kepala Semasa Hamil? Ini Sebabnya, Setiap Trimester Lain Puncanya

Aduh, berdenyut pula. Adakah anda sering mengalami masalah sakit kepala ketika hamil? Jika ya, jom kenal pasti punca dan cara mengatasi pening.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 08/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

diet rendah karbohidrat

Pemilik Darah O, Kalau Nak Turunkan Berat Badan Kena Ikut Diet Ini, Tapi Berkesan Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
pembedahan bariatrik

Bukan Rawat Obesiti Saja, Pembedahan Bariatrik Juga Beri Manfaat Kepada Pesakit Diabetes!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 16/10/2020 . 4 minit bacaan
libido wanita hamil

Keinginan Nafsu Seksual Turun Naik Masa Hamil? 5 Perkara Inilah PUNCANYA

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan
penyakit tiroid ibu hamil

Bahaya! Ibu Hamil Yang Ada Masalah Tiroid Berisiko Lahirkan Bayi Kerdil

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan