Punca-punca Berlakunya Keguguran

Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Keguguran adalah salah satu ketakutan terbesar pada mana-mana pasangan yang sedang menantikan kelahiran bayi. Terdapat beberapa punca keguguran yang tidak boleh dielakkan. Namun, sesetengahnya masih boleh dikawal jika anda tahu menjaga diri dan kandungan.

Punca yang tidak boleh dielakkan

Genetik

Jika anda atau kromosom anak anda (material yang membawa komposisi genetik anda) mempunyai mutasi, anda berisiko mengalami keguguran. Sehingga 70 peratus keguguran berlaku semasa trimester pertama dan 20 peratus semasa trimester kedua, disebabkan halangan pada gen fetus.

Darah beku

Diabetes, penyakit tiroid, lupus, dan penyakit jantung, serta penyakit lain seperti jangkitan uterus, boleh menyebabkan keguguran. Penyakit-penyakit ini boleh menyekat aliran darah kepada uterus anda.

Gangguan imunologi

Gangguan imunologi (di mana sistem imun anda terlalu aktif atau kurang aktif), khususnya, boleh membawa kepada keguguran berulang. Secara mudahnya, tubuh anda tidak boleh menerima kehamilan.

Ketidakseimbangan hormon

Hormon memainkan peranan yang sangat penting dalam kehamilan. Contohnya, progesteron adalah penting dalam membantu plasenta menempel pada dinding uterus. Tubuh yang tidak mempunyai cukup progesteron boleh membawa kepada keguguran.

Masalah plasenta dan serviks 

Jika terdapat masalah dengan penempatan plasenta, atau serviks anda terlalu lemah untuk menampung fetus, maka kandungan anda berisiko untuk gugur. Fetus anda mungkin tidak mempunyai darah yang cukup jika terdapat masalah dengan plasenta.

Punca yang boleh dielakkan

Gaya hidup 

Amalan gaya hidup yang tidak sihat boleh menyebabkan keguguran. Rokok, alkohol, dadah, dan persekitaran bertoksin boleh mempengaruhi bekalan darah dan pertumbuhan janin. Jika anda merancang untuk hamil, segera berhenti daripada perkara-perkara ini bagi mengelakkan berlakunya keguguran.

Bersenam boleh membantu mengurangkan risiko keguguran dan memastikan bayi dalam kandungan sihat (dengan cara mengurangkan stres, kesakitan, risiko kencing manis semasa hamil, dan juga membina stamina untuk proses kelahiran nanti). Namun, sudah pasti anda tidak digalakkan untuk melakukan senaman berat seperti mengangkat benda berat. Ibu hamil hanya digalakkan membuat senaman ringan seperti yoga pranatal bagi membantu meningkatkan kesihatan anda semasa kehamilan.

Ubat

Sesetengah ubat boleh menyebabkan keguguran. Cuba elakkan pengambilan ubat misoprostol, retinoids, methotrexate dan ubat anti-radang tanpa steroid (NSAIDs) – seperti ibuprofen. Cara terbaik adalah, periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang ubat.

Bila anda rancang untuk hamil

Pada sesetengah usia, wanita mempunyai lebih risiko keguguran. Umur bakal ibu mempengaruhi keguguran:

  • Wanita yang berumur bawah 30 tahun, 1 dalam 10 kehamilan akan mengalami keguguran;
  • Wanita yang berumur bawah 35-39 tahun, sehingga 2 dalam 10 kehamilan akan mengalami keguguran;
  • Wanita yang berumur lebih 45 tahun, lebih daripada separuh kehamilan akan mengalami keguguran.

Keguguran boleh menjadi peristiwa yang amat dahsyat, dengan memberi kesan berpanjangan pada emosi seseorang wanita, termasuklah kemurungan, marah, takut, dan rasa bersalah. Namun, salah satu aspek paling sukar tentang kehilangan kehamilan adalah kurangnya pengetahuan mengenai keguguran.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    DARI PAKAR Dian Sonnerstedt

    Jenis-jenis Yoga

    Katakanlah sekarang ini anda sedang cuba berlatih yoga buat pertama kali, atau kali kedua, dan anda masih belum menemukan jenis yoga yang paling sesuai dengan diri anda. Artikel ini boleh membantu anda untuk memutuskan ...

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    jenis yoga

    Urutan Kehamilan: Adakah Idea yang Baik?

    Adakah urutan kehamilan yang dilakukan sewaktu wanita hamil selamat untuk dilakukan? Adakah terdapat sebarang risiko terhadap ibu hamil tersebut?

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    urutan kehamilan

    Rahsia Proses Bersalin Normal

    Bagi setiap wanita, menanti kehadiran cahaya mata atau kelahiran anak adalah satu peristiwa luar biasa yang akan diingati sepanjang hayatnya. Setiap kelahiran adalah satu pengalaman unik untuk setiap ibu dan anak ...

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    proses bersalin normal

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bukan Sekadar Hobi, Menyanyi & Menari Adalah Penawar Stres Terbaik! Tak Percaya? Jom Baca Ini

    Ada kajian yang kata bahawa aktiviti menyanyi dan menari mampu kurangkan stres. Adakah ia benar? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 22/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sukar Mendengar Percakapan Orang Lain? Anda Mungkin Ada Kondisi Pekak Sebelah Telinga!

    Jangan terkejut jika ada orang yang pekak sebelah telinga sahaja kerana ia memang boleh terjadi. Jom kita baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 22/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kerap Buat Seks Mungkin Boleh Cegah Kanser Prostat! – Berita Baik Atau Palsu?

    Umum sudah tahu bahawa kanser prostat adalah bahaya. Namun tahukah kalian bahawa kerap buat seks mungkin boleh cegah ia daripada berlaku. Jom baca!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kanser Prostat, Kanser 21/09/2020 . 3 minit bacaan

    Pecahkan Buasir Untuk Legakan Kesakitan? AWAS, Tindakan Itu Mengundang Bahaya!

    Boleh ke rawat buasir dengan memecahkan bonjolan bagi menghilangkan rasa sakit? Bagaimana dengan risiko jangkitan, adakah ia berbahaya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Pusat Kesihatan, Penyakit Perut/Gastrousus 21/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    aktiviti fizikal

    Ibu Takut Nak Bersenam Sebab Masih Menyusukan Bayi? Usah Risau! Cuba 6 Tip Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    cermin mata penutup mulut

    Cabaran Si Mata Empat, Ini Cara Nak Elak Cermin Mata Berkabus Apabila Pakai Pelitup Muka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    Test Image Upload

    Test Image Upload

    Ditulis oleh Billy Tran
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 1 minit bacaan
    bahasa isyarat orang kelainan upaya OKU

    Bahasa Isyarat Bukan Hanya Untuk OKU, Orang Biasa Juga Kena Belajar! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan