Proses bersalin memerlukan banyak tenaga. Maka untuk memulihkan kembali stamina, ibu mesti mendapatkan tidur yang mencukupi. Disebabkan itu penting untuk mengetahui apakah posisi tidur selepas bersalin normal yang boleh memberikan keselesaan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Posisi tidur selepas bersalin normal yang disarankan
Selepas bersalin, anda mungkin mengalami rasa sakit atau ketidakselesaan pada bahagian badan tertentu seperti sekitar faraj, payudara hingga ke perut.
Dengan ketidakselesaan yang dialami ini, anda amat disarankan untuk mengelakkan daripada tidur dalam keadaan meniarap. Ini kerana tidur dalam keadaan tersebut akan menyebabkan peningkatan tekanan pada badan sehingga mengakibatkan munculnya rasa sakit.
Jadi apakah posisi tidur yang sesuai buat ibu selepas melahirkan anak, ya?
Secara amnya, kedudukan tidur yang terbaik selepas bersalin adalah yang tidak meningkatkan sebarang tekanan mahupun mengakibatkan ketegangan otot.
1. Terlentang, antara posisi tidur selepas bersalin normal terbaik
Biasanya untuk beberapa hari atau minggu pertama selepas bersalin, posisi tidur secara menelentang amat menyelesakan dan paling selamat buat ibu baharu.
Dalam posisi ini, perut dan faraj tidak mengalami tekanan berlebihan sekali gus ia dapat mengurangkan rasa sakit.
Untuk menambahkan keselesaan, anda boleh meletakkan bantal di bawah lutut.
2. Tidur mengiring
Selain secara menelentang, satu lagi posisi tidur yang disyorkan selepas beranak adalah mengiring. Sebaiknya, semasa tidur dalam posisi ini, pastikan kedudukan punggung anda kekal lurus.
Anda boleh meletakkan bantal di belakang badan untuk memberikan sokongan bahagian belakang.
Anda boleh menggabungkan posisi tidur ini dan secara terlentang supaya badan tidak sakit dan diri kekal berasa selesa. Ini sekali gus dapat memberikan anda tidur yang lebih lena.
Posisi tidur selepas bersalin normal #3. Beralaskan bantal
Tidur di atas bantal boleh menjadi salah satu keselesaan buat para ibu selepas bersalin.
Penggunaan bantal dipercayai dapat membuatkan anda berasa lebih selesa sambil menyokong tulang belakang.
Anda boleh meletakkan bantal pada bahagian belakang badan, siku, punggung bawah, lutut atau buku lali untuk memudahkan tidur.
Pilihan lain adalah dengan memeluk bantal badan dan meletakkannya di antara kaki anda sebagai sokongan semasa tidur.
Pastikan bantal yang diletakkan pada bahagian kepala lebih tinggi daripada kedudukan badan.
Memilih tidur dengan cara ini boleh membantu melegakan kesakitan jika anda mengalami luka di bahagian perineum (koyakan faraj) – kawasan antara faraj dan dubur – selepas bersalin secara normal.
4. Tidur dalam keadaan duduk
Menurut kajian, posisi tidur selepas bersalin normal dalam keadaan duduk boleh meningkatkan pernafasan dan mengurangkan risiko ibu mengalami apnea tidur selepas melahirkan anak.
Ini kerana posisi tidur ini dipercayai mampu mencegah serangan apnea tidur obstruktif (OSA).
Apnea tidur adalah gangguan pernafasan dan mungkin berisiko lebih tinggi pada ibu yang baru pulih selepas bersalin.
Tidur dalam keadaan duduk adalah cara terbaik untuk ibu selepas bersalin melelapkan mata dan bernafas dengan mudah.
Kedudukan ini juga tidak akan mengganggu kualiti atau masa tidur anda.
Baca juga: