Mencari snek untuk orang berpantang yang sihat dan penuh nutrisi bagi membantu meningkatkan tenaga harian? Anda berada di tempat yang betul. Snek berkhasiat ini sangat bagus bagi anda yang sedang berpantang, tambahan pula anda sedang menyusukan bayi.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Snek untuk orang berpantang
Selepas bersalin, bayi anda akan memerlukan diri anda dengan kerap bagi menjaga si kecil pada waktu siang dan malam. Keadaan tersebut sekali gus boleh menjejaskan stamina fizikal dan mental si ibu.
Itu belum termasuk dengan sepanjang tempoh kehamilan, badan anda membekalkan bayi dengan semua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran.
Kekurangan nutrien boleh menyebabkan anda berasa cepat letih dan menjejaskan tempoh pemulihan selepas melahirkan anak.
Mempunyai corak pemakanan seimbang termasuk snek berkhasiat boleh membantu memastikan diri mendapat nutrien yang diperlukan.
Pengambilan snek berkhasiat bersama cecair mencukupi, penting bagi membantu meningkatkan tenaga, khususnya semasa menyusu badan.
Senarai snek sebagai makanan untuk orang berpantang berikut juga sesuai untuk anda yang melalui prosedur bersalin secara caesarean.
Mentega kacang
Mentega kacang kaya dengan lemak, protein, vitamin, mineral dan serat yang sihat. Paling menyeronokkan mentega kacang ini sesuai dinikmati dengan pelbagai jenis makanan seperti roti dan buah-buahan.
Terdapat pelbagai jenis mentega kacang yang boleh didapati di pasaran seperti badam, gajus dan kacang tanah.
Tidak dinafikan mentega kacang tinggi kalori, namun dipercayai pengambilannya tidak akan menyebabkan penambahan berat badan.
Nikmati sebiji epal, pir atau pisang bersama sesudu mentega kacang, sebagai hidangan snek yang lazat.
[embed-health-tool-due-date]
Smoothies, snek untuk orang berpantang czer
Minuman ini kaya nutrien dan boleh disediakan untuk tempoh kurang daripada 5 minit.
Ada pelbagai jenis smooties dan air buah yang boleh lakukan untuk dijadikan sebagai makanan untuk orang berpantang.
Ada banyak jenis buah dan sayur, kekacang, susu, yogurt, mentega kacang dan macam-macam yang boleh di campurkan untuk menghasil resepi smoothies yang ‘kena’ dengan tekak.
Anda boleh mencuba smoothies campuran ½ cawan yogurt Greek, pisang dan segenggam buah beri yang boleh dinikmati semasa menyusu. Anda juga boleh masukkan segenggam bayam sebagai tambahan zat besi.
Buah-buahan
Siapa yang tidak sukakan buah-buahan segar? Ia bukan sahaja lazat, tetapi juga sumber antioksidan dan gula semula jadi.
Selain itu, buah juga kaya dengan serat, sebagai cara terbaik meningkatkan kesihatan usus dan tabiat pergerakan usus. Paling penting ia juga rendah kalori!
Jenis buah terbaik yang perlu anda makan selepas bersalin seperti:
- Buah beri
Sebarang jenis beri sama ada beri biru, raspberi atau strawberi adalah pilihan hebat. Anda boleh mengambilnya begitu sahaja atau dijadikan sebagai topping untuk sebarang pilihan makanan.
- Oren
Buah sitrus ini sarat dengan kandungan air, vitamin C dan antioksidan flavonoid lain.
- Pic
Pic adalah buah hebat yang dapat membantu penghidratan. Ia juga kaya dengan beberapa vitamin dan mineral.
Snek untuk orang berpantang czer #Bebola oat
Oat kaya dengan serat disebut sebagai beta glucan. Makanan ini dikaitkan dengan keupayaan meningkatkan hormon pengeluaran susu prolaktin.
Campurkan 1 ½ cawan oat bersama ⅔ cawan mentega kacang dan ⅔ sudu besar madu – kisar sebati. Seterusnya bentukkan bulat-bulat hasil kisaran tersebut, dan ia sedia untuk dinikmati!
Biskut kraker & keju
Mungkin kedengaran biasa sahaja, tetapi biskut untuk orang berpantang adalah pilihan yang baik dan kaya kalsium – mineral yang sangat diperlukan badan semasa menyusu. Pastikan anda pilih biskut kraker dan keju bagi menggandakan tenaga badan. Gandum penuh juga kaya dengan serat beta glucan.
Baca juga: