Najis Ibu Hamil Boleh Bertukar Kepada Warna Hijau Tau! Ini 6 Puncanya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Najis hijau- Bukan sesuatu yang lazim berlaku pada mana-mana individu namun ia boleh berlaku kepada ibu hamil.

Terdapat beberapa sebab mengapa warna najis daripada coklat boleh bertukar kepada warna hijau. 

Sebahagian daripada punca masalah tersebut tidak mempunyai sangkut paut dengan kehamilan.

Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.

#1 Pengambilan suplemen zat besi boleh sebabkan najis hijau 

Oleh sebab ibu hamil berisiko untuk mendapat masalah kurang darah (anemia), mereka digalakkan untuk mengambil suplemen pranatal.

Ia mengandungi pelbagai jenis mineral penting termasuklah zat besi.

Zat besi boleh membantu ibu untuk menghasilkan lebih banyak sel darah merah untuk memenuhi peningkatan keperluan semasa hamil.

Mineral tersebut berupaya untuk menukarkan warna najis ibu kepada hijau atau hitam.

Walau bagaimanapun, jika najis anda bertukar hitam, anda digalakkan untuk berjumpa doktor memandangkan pendarahan dalaman juga boleh menyebabkan masalah tersebut.

Anda mungkin berminat:

  1. Sembelit Akibat Pengambilan Suplemen Zat Besi? Ketahui Cara Mengatasinya
  2. Bahaya Jika Ibu Hamil Kurang Zat Besi

#2 Najis berubah hijau disebabkan oleh perubahan hormon semasa hamil 

ibu hamil

Hormon kehamilan seperti progesteron boleh menyebabkan aktiviti sistem pencernaan anda menjadi perlahan.

Perkara ini memungkinkan ibu mengalami masalah sembelit dan kekembungan.

Apa yang mungkin anda tidak tahu adalah, terdapat hormon yang boleh mempercepatkan aktiviti sistem penghadaman ibu hamil.

Ia mungkin tidak menyebabkan masalah cirit-birit, namun boleh membuatkan najis anda menjadi hijau.

Warna semula jadi najis, iaitu coklat sebenarnya merupakan hasil daripada aktiviti bakteria baik di dalam usus besar.

Salah satu daripada produk buangan adalah biliverdin, pigmen hempedu berwarna hijau yang telah melalui proses pengoksidaan.

Apabila ia tiba di usus besar,  pigmen tersebut akan diproses oleh bakteria usus kepada sterkobilin yang berwarna coklat.

Namun, jika sistem pencernaan anda menjadi cepat, proses pertukaran tersebut tidak akan berlaku.

Maka najis anda akan berwarna hijau kekuningan memandangkan ia mengandungi campuran pigmen hempedu (kuning) dan biliverdin.

#3 Penyakit batu hempedu punca najis anda berwarna hijau

najis hijau

Apabila terdapat batu di dalam organ hempedu anda, jus pencernaan tidak boleh keluar ke usus kecil untuk menghadam makanan.

Oleh sebab jus hempedu merupakan salah satu daripada komponen penting yang menjadikan najis berwarna coklat, tanpanya, najis anda kelihatan pudar, kelabu dan kadangkala kehijauan.

Terdapat beberapa jenis batu hempedu dan salah satu daripadanya diperbuat daripada kolesterol.

Jus pencernaan yang terkandung di dalam hempedu kebiasaannya mampu untuk melarutkan kolesterol.

Namun, jika kepekatan kolesterol anda terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan berlakunya proses pembentukan kristal.

Kristal tersebut merupakan batu kolesterol yang boleh menyekat jus hempedu daripada keluar untuk mencerna makanan.

Ketika wanita sedang hamil, perubahan hormon menyebabkan peningkatan pada jumlah kolesterol dalam badan untuk sementara waktu.

Oleh sebab itulah kadangkala mereka boleh mendapat masalah najis hijau.

Namun usah risau, dalam kebanyakan kes batu hempedu tersebut akan larut dengan sendirinya tanpa menyebabkan apa-apa simptom.

#4 Pewarna hijau pada bahan makanan

Jika anda pernah makan suplemen yang mengandungi spirulina (alga), najis anda boleh bertukar menjadi warna hijau pekat.

Begitu juga dengan pewarna makanan yang lain. Jika anda pernah minum air berkarbonat yang tinggi pewarna hijau atau kek dengan frosting hijau, perkara yang sama boleh berlaku.

Pewarna tersebut tidak dicernakan secara total jika dibandingkan dengan makanan yang diambil.

Ini bermakna, sebahagian daripadanya akan keluar melalui najis dengan warna yang sama.

#5 Makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi

najis hijau

Manusia tidak boleh mencerna serat. Kita tidak mempunyai enzim yang bertanggungjawab untuk menjalankan proses fisiologi tersebut.

Namun begitu, pengambilannya boleh mengekalkan tahap kesihatan sistem pencernaan manusia.

Jika anda pernah mengambil makanan yang tinggi serat, anda akan sedar bahawa warna najis anda boleh bertukar kepada hijau.

Antaranya adalah:

  1. Bayam
  2. Brokoli
  3. Herba
  4. Rumpai laut
  5. Kubis daun
  6. Pasli

#6 Ambil ubat juga boleh ubah warna najis

Antara ubat yang boleh menyebabkan perubahan warna pada najis adalah antibiotik.

Oleh sebab warna coklat pada najis adalah merupakan produk aktiviti bakteria baik dalam usus, tanpa kolong tersebut, najis tidak akan berubah warna.

Ia akan kekal dengan warna hijau kekuningan.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana setelah anda selesai dengan rawatan antibiotik, populasi bakteria baik tersebut akan bercambah kembali.

Ubat lain seperti ubat tahan sakit Indometasin juga boleh menyebabkan najis anda bertukar kepada warna hijau.

Konklusi

Pasti ada penerangan di sebalik mengapa najis anda bertukar menjadi warna hijau.

Ibu hamil mudah mendapat simptom ini memandangkan mereka mengalami perubahan hormon mendadak.

Jika anda turut mengalami simptom lain seperti demam, sakit perut dan sebagainya, dapatkan pemeriksaan kesihatan dengan kadar segera.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

Wanita hamil dengan sindrom ovari polisistik dikatakan boleh memberi kesan kepada jantina bayi dalam kandungan, adakah ia benar?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Rancang Kehamilan 17/09/2020 . 3 minit bacaan

Aduh, Ada Jangkitan Dekat Parut Czer? Jangan Pandang Remeh, Kenal Pasti Tandanya

Bersalin secara pembedahan caesarean bermakna memerlukan lebih penjagaan terutamanya pada parut czer. Jom kenal pasti tanda-tandanya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 09/09/2020 . 3 minit bacaan

Benarkah Pil Perancang Mempengaruhi Fasa Menopaus? Wanita ‘Tengah Merancang’ Wajib Baca!

Menopaus boleh menjadi masa yang sukar dan membingungkan bagi para wanita. Namun, bagaimana pula bagi mereka yang mengamalkan pil pencegah kehamilan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 26/08/2020 . 3 minit bacaan

Perlu Ke Cukur Miss V Sebelum Bersalin? Ketahui Manfaat & Risiko Ini

Perlu ke untuk ibu hamil mencukur Miss V sebelum melahirkan anak? Atau perbuatan tersebut boleh mendatangkan kesan sampingan? Ikuti penjelasan ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 23/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

urat simpul

Jangan Ambil Mudah Masalah Urat Simpul Semasa Hamil! Ini Keadaan PERIT Yang Dialami Bakal Ibu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
merawat psoriasis ketika hamil

Ibu Hamil @ Menyusu Yang Ada Psoriasis, Jangan Ambil Ubatan Ini Selagi Tidak Diizinkan Doktor!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
ubat untuk masalah kesuburan

Wanita Yang Nak Hamil, Sebelum Ambil Ubat Kesuburan, Ketahui Kesan Sampingan Jangka Panjang

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
pil perancang

Pil Perancang Keluarga Untuk Lelaki – Adakah Ia Sudah Wujud Atau Masih Dalam Kajian?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan