Migrain adalah sejenis sakit kepala vaskular yang berpunca daripada pengembangan saluran darah dalam otak. Sakit kepala migrain adalah berbeza daripada sakit kepala akibat stres atau tekanan. Bagaimana jika anda mengalami migrain semasa hamil?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Migrain adalah sejenis sakit kepala vaskular yang berpunca daripada pengembangan saluran darah dalam otak. Sakit kepala migrain adalah berbeza daripada sakit kepala akibat stres atau tekanan. Bagaimana jika anda mengalami migrain semasa hamil?
Jika anda cenderung mengalami migrain sebelum hamil, sakit kepala anda mungkin akan bertambah atau berkurangan semasa kehamilan.
Anda juga perlu tahu, ia adalah sesuatu yang normal juga jika anda pertama kali mengalami migrain semasa hamil. Beberapa kajian mendapati bahawa terdapat satu hubungan kecil antara migrain dan juga hormon.
Migrain selalunya bermula dengan sedikit kesakitan dan kemudian kepala menjadi berdenyut-denyut. Kesakitan yang dialami ini kemudiannya berterusan, dan denyutan menjadi semakin menekan pada pelipis, depan, ataupun pangkal kepala.
Migrain kadangkala diikuti dengan loya dan muntah-muntah. Sesetengah individu juga mungkin akan mengalami pandangan yang berbalam.
Migrain hanya akan jadi berbahaya jika anda mengalami masalah kesihatan lain. Hubungi doktor anda jika:
Ibu hamil dinasihatkan supaya mencatat diari migrain mereka.
Anda perlu merekodkan bila kejadian sakit kepala berlaku, punca, dan berapa lama ia berlaku.
Dengan ini, anda boleh tahu punca anda migrain dan seterusnya mengelakkan masalah ini daripada berlaku.
Antara punca lazim yang membuatkan anda migrain ialah:
Bagaimanapun, punca migrain bagi setiap individu adalah berbeza-beza. Disebabkan itulah, anda disarankan untuk mempunyai diari sakit kepala anda sendiri.
Anda boleh cuba melegakan sakit kepala dengan:
Letakkan pelapik pemanas atau penyejuk pada bahagian kedua-dua tepi dahi, atau tengkuk- ini salah satu cara terbaik untuk melegakan kesakitan yang berkait dengan migrain.
Terdapat pelbagai bentuk dan saiz pelapik pemanas dan pek penyejuk. Kebanyakannya perlu diletakkan dahulu di dalam ketuhar gelombang mikro atau peti ais sebelum menggunakannya.
Ibu mengandung tidak seharusnya mengambil aspirin atau ibuprofen (e.g., Advil, Motrin).
Acetaminophen (Tylenol) – ubat tahan sakit– boleh menjadi pilihan yang baik untuk ibu hamil ketika alami migrain semasa hamil. Namun, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor dahulu sebelum mengambil sebarang ubat bagi melegakan sebarang simptom migrain semasa hamil.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen