Apakah simptom migrain?
Migrain kebiasaannya bermula dengan pening kepala yang ringan dan akan beransur berubah menjadi pening kepala yang berat terutamanya pada bahagian depan kepala. Migrain juga selalunya akan disertai cirit-birit dan muntah-muntah. Sesetengah individu juga turut mengalami aura (gangguan persepsi) ketika diserang migrain. Individu ini mungkin akan melihat garisan beralun atau titik-titik yang bercahaya. Mereka juga boleh mengalami gangguan penglihatan seperti berada dalam terowong atau blind spots.
Adakah migrain berbahaya kepada ibu hamil?
Anda perlu berjumpa dengan pakar perubatan sekiranya:
- Anda mengalami sakit kepala yang disertai dengan demam.
- Anda mengalami sakit kepala yang tidak kebah sehingga beberapa jam atau kembali dengan kerap.
- Anda mengalami gangguan penglihatan yang teruk.
Penting untuk anda sentiasa berhubung dengan pakar perubatan berkenaan sakit kepala yang dialami oleh anda.
Tip mengawal migrain
Antara pencetus masalah migrain adalah:
- Tekanan
- Kafein
- Cuaca
- Hormon
Berdasarkan itu, berikut merupakan beberapa tip untuk mengawal migrain:
- Elakkan diri dari terdedah pada matahari atau cahaya yang terang.
- Letakkan tuala basah pada dahi atau tengkuk dan berehat di dalam bilik yang gelap.
- Mandi menggunakan air yang sejuk.
- Urutkan bahagian hidung perlahan-lahan.
- Elakkan minum kopi atau minum berkafein.
- Minum air putih dengan kadar yang banyak.
- Cuba untuk relaks dan banyak berehat.
- Elakkan diri daripada pencetus kepada migrain yang dinyatakan di atas.
Ubat-ubatan untuk migrain
Jika anda sedang hamil, doktor mungkin akan menyarankan anda untuk tidak mengambil ubat-ubatan kecuali jika perlu, kebanyakan ubat-ubatan untuk merawat sakit kepala adalah tidak selamat untuk kandungan. Berbincanglah dengan doktor berkaitan kesan sampingan ubat-ubatan ini terhadap kandungan anda.