home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Kerap Diserang Migrain? Cuba Kenal Pasti 5 Perkara Ini Dalam Hidup Anda, Ia Boleh Cegah Migrain!

Kerap Diserang Migrain? Cuba Kenal Pasti 5 Perkara Ini Dalam Hidup Anda, Ia Boleh Cegah Migrain!

Ramai individu di seluruh dunia yang menderita dengan masalah serangan migrain. Jika anda salah seorang daripadanya, dan sedang mencari cara mengatasi migrain, jom kami kongsi 5 tip yang mudah untuk bantu anda cegah serangan migrain.

1 – Pastikan dapat tidur yang baik dan mencukupi setiap hari

Cara mengatasi migrain yang pertama adalah dengan mendapatkan tidur yang mencukupi.

Ada banyak bahayanya jika tidur anda tidak cukup. Antaranya seperti kekurangan fungsi tubuh, hilang tumpuan dan kurang motivasi.

Pun begitu, tidur secara berlebihan (lebih daripada 7 hingga 8 jam sehari) juga boleh mencetuskan serangan migrain.

Hal ini biasanya disebabkan waktu tidur yang tak menentu, lalu keletihan yang mendorong tidur secara berlebihan.

Cara terbaik menangani masalah ini adalah dengan tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Selain itu, elak sumber kafein, nikotin dan alkohol sebelum anda tidur.

Cara mengatasi serangan migrain #2 – Elakkan makanan penyebab migrain dan kekal hidrat

cara mengatasi serangan migrain

Cara mengatasi migrain yang kedua adalah dengan menjaga pemakanan.

Berpuasa atau tak makan boleh memicu serangan migrain. Bagi melawannya, anda disarankan makan dalam tempoh 1 jam selepas bangun tidur.

Kemudian, makan makanan yang sihat setiap 3 atau 4 jam untuk memastikan anda sentiasa kenyang sepanjang hari.

Selain itu, cuba elak makanan seperti coklat, keju, monosodium glutamate (MSG) dan juga makanan pedas.

Anda juga perlu memastikan tubuh untuk kekal hidrat melalui pengambilan air yang mencukupi. 2 liter air adalah sangat ideal.

3 – Elakkan diri anda dari bunyi bising yang kuat dan cahaya yang terang

Bagi kebanyakan individu, bunyi bising, cahaya yang terlalu cerah dan rangsangan deria boleh memicu serangan migrain.

Serangan migrain boleh terjadi ketika memandu pada waktu malam atau di bawah panas terik, menonton wayang, menghadiri parti di kelab atau menonton konsert live yang sesak dengan kehadiran penonton.

Jika anda berada di rumah atau di pejabat, pastikan anda berehat sebentar daripada terus menonton televisyen atau memandang skrin komputer.

Selain itu, laraskan tahap kecerahan skrin sekiranya ia mula menyebabkan iritasi pada mata.

Cara mengatasi serangan migrain #4 – Beri perhatian pada respons tubuh badan

cara mengatasi serangan migrain

Serangan migrain berkait rapat dengan respon tubuh. Anda boleh melakukan aktiviti fizikal yang boleh mengurangkan stress.

Contohnya seperti yoga, tai chi, atau senaman aerobik ringan.

Walau bagaimanapun, jika anda perlu bersenam dengan cara yang lebih berat, pertimbangkan ubat anti-radang yang diberi doktor kerana ia boleh mengurangkan migrain yang anda alami.

Jangan lupa untuk buat warm-up terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang senaman!

5 – Kenal pasti pencetus hormon

Mengenal pasti penyebab gangguan hormon adalah salah satu cara mengatasi migrain.

Pengambilan ubat pencegah kehamilan dan menjalani terapi penggantian hormon juga boleh menyebabkan migrain lebih kerap berlaku.

Ini kerana, kedua-dua ubatan ini mempunyai kaitan dengan ketidakstabilan hormon estrogen dalam tubuh wanita.

Terdapat beberapa jenis rawatan yang tersedia bagi migrain yang berpunca daripada hormon. Ini termasuklah beberapa amalan atau perkara yang anda boleh lakukan sebagai sebahagian daripada rutin harian anda.

Amalan tersebut adalah seperti sentiasa kekal hidrat, berehat dalam bilik yang senyap dan gelap dan meletakkan kompresor sejuk pada kepala.

Selain itu, anda juga boleh melakukan urutan pada bahagian kepala yang terjejas dan melakukan pernafasan dalaman atau sebarang senaman yang boleh menenangkan anda.

Selain itu, kaedah biofeedback juga boleh menunjukkan kepada anda bagaimana untuk merelakskan sesetengah otot bagi mengurangkan kekerapan migrain dan kesakitan.

Doktor juga akan menyarankan anda untuk mengambil suplemen magnesium, yang boleh membantu dalam mengurangkan tahap sakit kepala yang dialami.

Cara untuk anda mengelakkan atau mencegah serangan migrain bermula dengan sedikit usaha terhadap diri sendiri.

Walaupun serangan migrain boleh menyebabkan kesakitan pada diri anda, ketahuilah bahawa sebarang perubahan yang anda lakukan pada hari ini boleh mendorong kepada kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.

Jangan sesekali membiarkan serangan migrain menjejaskan kehidupan anda. Sentiasa amalkan cara mengatasi migrain seperti yang dinyatakan di atas ini.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ayu Idris Disemak pada 03/09/2020
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x