Ini 7 Perkara TIDAK Boleh Buat Ketika Anda Sedang Hamil!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 25/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Saat menerima perkhabaran bahawa diri mengandung atau hamil merupakan satu perkara yang sangat dinantikan bagi setiap individu bergelar wanita. Namun dalam keseronokan dengan berita gembira itu, pastikan anda mengetahui perkara yang tidak boleh dilakukan sepanjang tempoh kehamilan anda sebagai salah satu proses penjagaan awal kehamilan.

Apakah perkara yang tidak boleh dilakukan itu?

Perkara yang perlu dihindari ketika penjagaan awal kehamilan

#1. Merokok

Tabiat merokok, kepada mana-mana individu sekali pun, sememangnya akan mendatangkan mudarat kepada tahap kesihatan.

Namun, risiko buat wanita yang mengandung dan merokok adalah lebih memudaratkan.

Ini kerana bayi yang lahir daripada wanita yang merokok ketika dalam proses kehamilan, dipercayai berisiko dan cenderung untuk mempunyai berat badan yang lebih rendah.

Selain itu, bayi juga berisiko tinggi untuk berdepan masalah ketidakupayaan pembelajaran berbanding bayi yang dilahirkan oleh wanita yang tidak merokok.

Malah lebih membimbangkan lagi, apabila bayi yang lahir daripada wanita perokok juga akan lebih cenderung untuk mencuba merokok pada usia yang lebih muda dan menjadi perokok muda, yang disebabkan ketagihan nikotin fisiologi.

#2. Alkohol

penjagaan awal kehamilan

Sama seperti rokok, alkohol turut mendatangkan impak yang besar terhadap perkembangan bayi anda ketika penjagaan awal kehamilan.

Seorang wanita yang mengandung dan mengambil minuman beralkohol, berdepan dengan kemungkinan yang tinggi untuk melahirkan bayi dengan sindrom alkohol janin (fetal alcohol syndrome, FAS).

Antara simptom FAS adalah termasuk seperti:

  • Berat lahir yang rendah
  • Ketidakupayaan pembelajaran
  • Masalah tingkah laku
  • Tahap pembangunan dan pembesaran yang terganggu

Walaupun anda mungkin mengambil dan meminum minuman beralkohol dalam jumlah yang sedikit, ia tetap boleh mendatangkan masalah kepada kandungan anda ketika penjagaan awal kehamilan.

Tiada tahap yang selamat untuk pengambilan alkohol sepanjang tempoh kehamilan.

Sekiranya anda berdepan isu untuk berhenti mengambil minuman beralkohol, anda disarankan untuk berjumpa dan berbincang dengan doktor dalam kadar yang segera.

Semakin cepat anda mendapatkan bantuan, semakin sihat dan baik tahap kesihatan bayi dalam kandungan anda.

#3. Makanan mentah

Jika sebelum anda hamil, anda gemar untuk makan makanan mentah seperti salmon, telur separuh masak ataupun daging separuh masak, namun cuba untuk elakkan daripada mengambil makanan seperti itu apabila mula berada dalam fasa penjagaan awal kehamilan.

Ini kerana makanan, daging dan telur mentah boleh mendatangkan risiko penyakit bawaan makanan, seperti listeriosis-parasit yang boleh menyebabkan penyakit jika anda memakan makanan tercemar.

Malahan, anda juga berisiko untuk mendapat keracunan makanan. Keadaan ini boleh menyebabkan penyakit yang serius, mengancam nyawa serta boleh mengakibatkan kecacatan kelahiran yang kronik serta berisiko tinggi untuk mengalami keguguran.

Jadi pastikan telur, daging atau apa sahaja makanan yang anda makan ketika dan sepanjang tempoh kehamilan anda adalah dimasak dengan sebaiknya.

#4. Makanan diproses

penjagaan awal kehamilan

Makanan seperti burger dan sosej pastinya antara makanan kegemaran ramai. Apatah lagi dengan kewujudan pelbagai jenis restoran makanan segera yang menghidangkan makanan seperti ini.

Namun, makanan yang diproses berisiko untuk menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti listeriosis dan toksoplasmosis.

Daging yang dihiris pada permukaan pemotong juga berisiko untuk dicemari bakteria. Melalui proses memasak, ia berkemungkinan dapat mengurangkan risiko jangkitan

#5. Produk tenusu

Pengambilan kalsium dalam diet pemakanan anda adalah amat penting untuk tumbesaran bayi dalam kandungan. Tetapi ibu hamil seharusnya berhati-hati dan lebih prihatin tentang sumber kalsium yang mereka ambil.

Susu mentah yang tidak diproses adalah sangat tidak disyorkan untuk diminum oleh ibu mengandung kerana ia tidak dipasteur.

Ini bermakna ia tidak dipanaskan untuk membunuh bakteria yang berisiko untuk menyebabkan anda sakit.

Ini kerana susu mentah mungkin mengandungi bakteria Listeria yang boleh mengakibatkan jangkitan listeriosis dan boleh menyebabkan keguguran, atau sebarang risiko penyakit yang mengancam nyawa.

#6. Kucing

Mengandung Perkara yang Perlu dan Tidak Perlu Dilakukan - kucing

Isu ini sering dianggap remeh, namun sebenarnya ia adalah isu yang amat berisiko jika dibiarkan. Sekiranya anda mempunyai kucing sebagai haiwan peliharaan, anda boleh membelai dan bermanja serta bermain dengannya, tetapi pastikan anda membasuh tangan selepas anda melakukannya.

Namun, jangan sekali-kali anda cuba untuk membersihkan bekas najis kucing anda. Ini kerana najis kucing mengandungi berjuta-juta parasit dan bakteria.

Antaranya ialah bakteria protozoa (organisma bersel tunggal) Toxoplasma gondii (T.gondii), sejenis bakteria yang sangat berbahaya untuk ibu yang mengandung.

Jika anda tersentuh atau menyentuhnya, anda tidak akan menyedari mengenainya sehinggalah anda berdepan komplikasi dalam proses kehamilan anda.

Risiko keguguran atau kematian janin adalah sangat tinggi. Bayi dalam kandungan yang berhubung dengan parasit ini mungkin akan mengalami masalah kesihatan yang serius termasuklah kekejangan dan ketidakupayaan mental.

#7. Kafein

Sekiranya anda adalah penggemar minuman kafein terutamanya kopi, anda dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilannya sepanjang tempoh 9 bulan kehamilan anda.

Walaupun kebanyakan kajian dan penyelidikan tidak menunjukkan sebarang kesan terhadap pengambilan 3 hingga 4 cawan kopi sehari sewaktu mengandung, namun ia mungkin berisiko menyebabkan gangguan hiperaktif defisit (deficit hyperactivity disorder, ADHD) dan juga migrain.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

9 Faktor Ini Punca Ibu Terdedah Kepada Kehamilan Berisiko Tinggi, No. 3 Kena Jaga-jaga

Kehamilan berisiko tinggi dialami ibu mengandung mungkin berpunca daripada masalah kesihatan yang dihidapi sebelum, semasa atau selepas melahirkan anak.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Rancang Kehamilan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

Benarkah Pil Perancang Mempengaruhi Fasa Menopaus? Wanita ‘Tengah Merancang’ Wajib Baca!

Menopaus boleh menjadi masa yang sukar dan membingungkan bagi para wanita. Namun, bagaimana pula bagi mereka yang mengamalkan pil pencegah kehamilan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 26/08/2020 . 3 minit bacaan

Bukaan Rahim 4cm, 6cm, 8cm, Apa Maksudnya? Ini Yang Ibu Patut Tahu Tentang Fasa Kelahiran

Proses kelahiran bayi adalah perkara normal. Ini yang perlu ibu mengandung fahami tentang bukaan rahim. Semoga ia membantu berikan ketenangan kepada diri.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 24/08/2020 . 3 minit bacaan

Perlu Ke Cukur Miss V Sebelum Bersalin? Ketahui Manfaat & Risiko Ini

Perlu ke untuk ibu hamil mencukur Miss V sebelum melahirkan anak? Atau perbuatan tersebut boleh mendatangkan kesan sampingan? Ikuti penjelasan ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 23/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

jantina bayi

Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
parut czer

Aduh, Ada Jangkitan Dekat Parut Czer? Jangan Pandang Remeh, Kenal Pasti Tandanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
telur wanita

Wanita Sudah Ada Telur Sejak Lahir? Ini Fakta Menarik Tentang Ovum, Dari Dalam Rahim Sampai Menopaus

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
ujian kehamilan

Teruja Nak Lakukan Ujian Kehamilan? Pasangan Baru Berkahwin Ambil Tahu Ini Dulu Sebelum Buat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan