backup og meta

Ibu Bersalin Czer, Ini Antara Makanan Yang Anda Kena Elak, Cegah Luka Bernanah!

Ibu Bersalin Czer, Ini Antara Makanan Yang Anda Kena Elak, Cegah Luka Bernanah!

Penjagaan aspek pemakanan penting untuk ibu selepas bersalin, khususnya bagi yang menjalani prosedur pembedahan cesarean. Jom ketahui jenis makanan yang menyebabkan luka czer bernanah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Kaedah bersalin secara czer

Sebelum kita mengetahui lebih lanjut mengenai makanan yang menyebabkan luka czer bernanah, ayuh kita fahami secara ringkas mengenai prosedur bersalin secara pembedahan czer ini.

Czer atau caesarean merupakan salah satu daripada kaedah bersalin bagi membantu proses kelahiran bayi.

Kebiasaannya, kaedah bersalin secara normal (melalui faraj) merupakan pilihan utama kebanyakan bakal ibu.
Pun begitu, bagi sesetengah kes yang mungkin disebabkan risiko komplikasi ketika hamil, bakal ibu akan disarankan untuk bersalin secara czer.
Ini terutamanya jika ia boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan ibu serta bayi semasa proses kelahiran.

Tempoh penyembuhan luka czer

Tempoh luka czer sembuh sepenuhnya adalah dianggarkan sekitar 6 minggu. 

Anda akan mempunyai parut yang jelas kesan daripada luka pembedahan tersebut. Berita baiknya, seperti parut luka yang lain, ia akan pudar dari masa ke masa.

Jika tiada sebarang cairan yang keluar daripada parut tersebut, ini bermakna ia telah sembuh sepenuhnya.

Baca juga:

Makanan yang menyebabkan luka czer bernanah

“Ada ke makanan yang boleh menjadi punca luka czer bernanah?” Ini merupakan antara persoalan sering bermain di fikiran, betul tak?

Secara amnya, makanan bukanlah penyebab berlakunya nanah pada luka C-Section tersebut. Nanah terjadi apabila terdapat kemasukan bakteria di dalam luka pembedahan.

Sel-sel darah putih daripada saluran darah akan berkumpul di sekeliling bakteria dan menghalangnya daripada merebak. Ia akan dikeluarkan daripada badan sebagai nanah bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Pada hakikatnya, ibu selepas bersalin tidak perlu berpantang makan sekiranya tidak mempunyai alahan kepada sebarang jenis makanan.

Ini bermakna jika anda tiada alahan makanan, teruskan! Anda boleh mengambil makanan seperti makanan laut, ayam dan telur seperti biasa tanpa perlu berpantang.

Dapatkan susu formula khas untuk anak yang lahir secara caesarean di sini.

Namun buat mereka yang mempunyai alahan makanan, berikut antara senarai perlu dipertimbangkan:

Makanan protein tinggi kandungan asid

Pengambilan ikan boleh mencetuskan kegatalan pada kulit sehingga menyebabkan luka C-Sec menjadi bernanah. 

Antara ikan yang perlu dielakkan semasa tempoh berpantang adalah ikan tamban, tongkol, kembung, cencaru serta makanan laut lain seperti udang dan kerang-kerangan.

makanan yang menyebabkan luka czer bernanah

Bagaimana pula dengan ikan bilis? Ada jenis ikan bilis yang boleh dan tidak boleh dimakan. Tetapi kenapa ya? Ia adalah kerana kandungan asid amino yang berbeza.

Jadi ikan bilis bermata biru boleh dimakan semasa berpantang, manakala jenis bermata besar perlu dielakkan kerana boleh mengakibatkan kegatalan.

Makanan alahan antara makanan yang menyebabkan luka czer bernanah

Seperti dinyatakan pada awal tadi, tiada makanan yang perlu dielakkan ibu selepas bersalin sekiranya tidak mempunyai alahan.

Namun jika sebaliknya, anda dinasihatkan untuk menghindari pengambilan makanan daripada sumber ayam dan daging kerana merupakan antara makanan yang menyebabkan gatal pada luka.

Elakkan juga makanan seperti susu lembu, telur, oat, barli dan kekacang yang boleh mencetuskan alahan.

Tip berpantang czer

makanan yang menyebabkan luka czer bernanah

Tujuan berpantang adalah untuk memulihkan badan serta mendapatkan kembali kekuatan diri, sebelum dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Biasanya tempoh berpantang adalah antara 44 hari hingga 100 hari. Pun begitu, jika anda menjalani pembedahan C-Sec, tempoh masanya akan menjadi lebih lama sedikit. Ini kerana badan memerlukan masa bagi memastikan luka czer sembuh sepenuhnya.

Oleh sebab di atas telah disenaraikan makanan yang menyebabkan luka czer bernanah, jadi penulis ingin juga berkongsikan antara petua berpantang bagi mereka yang menjalani prosedur bersalin secara pembedahan.

Pengambilan makanan berkhasiat 

Makanan yang berkhasiat dan seimbang penting untuk setiap individu dan ia menjadi bertambah penting buat ibu selepas melahirkan anak, khususnya bersalin czer.

Sudah tentu diet makanan anda harus mengandungi protein, karbohidrat dan tinggi kandungan zat.

Mempelbagaikan pengambilan buah-buahan serta sayuran amat digalakkan.

Ini kerana ia mengandungi pelbagai jenis zat, vitamin, mineral serta kaya kandungan serat yang dapat membantu pergerakan usus, sekali gus mengurangkan kecenderungan mengalami sembelit

Rehat secukupnya

Sepanjang tempoh berpantang, amat penting untuk para ibu mendapatkan rehat yang mencukupi.

Ini dapat membantu menyegarkan badan dan mengembalikan tenaga yang hilang – sepanjang tempoh kehamilan dan proses bersalin.

makanan yang menyebabkan luka czer bernanah

Selain elakkan makanan yang menyebabkan luka czer bernanah, ibu harus kembali aktif

Selepas pembedahan, anda disarankan untuk aktif dan cergas dengan bersenam

Jangan terus kembali aktif ya!

Namun pastikan diri telah bersedia terlebih dahulu dan paling penting, luka pembedahan telah sembuh sepenuhnya. Jika tidak pasti, berundinglah dengan doktor bagi menentukan waktu sesuai untuk kembali aktif.

Sebaiknya, mulakan dengan senaman ringan seperti regangan atau berjalan, dan elakkan aktiviti berintensiti tinggi.

Penjagaan kebersihan diri

Kesimpulannya, tiada makanan yang menyebabkan luka czer bernanah secara khususnya, jadi makanlah mengikut kesesuaian diri.

Dalam masa sama, jagalah kebersihan diri seperti kerap membasuh tangan sebelum menyentuh luka pembedahan C-Sec.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat anda, selamat berpantang!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Caesarean section. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/caesarean-section. Accessed on June 22, 2023 
  2. C-section. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/c-section/about/pac-20393655. Accessed on June 22, 2023 
  3. C-Section Recovery Timeline and Aftercare. https://health.clevelandclinic.org/c-section-recovery/. Accessed on June 22, 2023 
  4. Zuarez-Easton S, Zafran N, Garmi G, Salim R. Postcesarean wound infection: prevalence, impact, prevention, and management challenges. Int J Womens Health. 2017 Feb 17;9:81-88. doi: 10.2147/IJWH.S98876. PMID: 28255256; PMCID: PMC5322852. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5322852/. Accessed on June 22, 2023 
  5. Going home after a C-section. https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000624.htm. Accessed on June 22, 2023
  6. Recovery after caesarean. https://raisingchildren.net.au/pregnancy/labour-birth/recovery-after-birth/after-caesarean. Accessed on June 22, 2023 
  7. Recovery after a caesarean. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/recovery-after-a-caesarean. Accessed on June 22, 2023 
  8. Anchovy Nutrition. https://www.prospre.io/ingredients/anchovy-275528. Accessed on June 22, 2023 

 

Versi Terbaru

03/12/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ibu Hamil, Ini 6 Cara Nak Bezakan Pecah Air Ketuban Dengan Air Kencing!

Nak Luka Bedah Cepat Sembuh? Ini 7 Makanan Berpantang Untuk Ibu Caesarean!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan