backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Hati-hati Mama, 4 Perkara Ini Boleh Jadi Sebab Luka Czer Terbuka Kembali!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/12/2022

    Hati-hati Mama, 4 Perkara Ini Boleh Jadi Sebab Luka Czer Terbuka Kembali!

    Perkara yang paling membimbangkan bagi mereka yang bersalin secara pembedahan adalah luka czer terbuka kembali. Tetapi apakah tanda-tandanya ya? Jom teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Penjagaan luka C-Sec

    Melahirkan bayi melalui kaedah caesarean bukan perkara yang mudah. 

    Tidak dinafikan, kebanyakan ibu hamil sebolehnya mahu membawa si manja ke dunia melalui kelahiran normal. Namun percayalah, apa jua kaedah bersalin yang dilalui adalah pilihan yang terbaik untuk anda dan bayi.

    Turut dikenali sebagai C-Section, ia adalah prosedur di mana bayi dilahirkan melalui 2 pemotongan – 1 di kulit bahagian bawah abdomen dan 1 di dalam rahim.

    Cara penutupan tempat pembedahan caesarean dilakukan

    Umumnya, luka C-Sec bahagian luaran boleh ditutup dengan beberapa cara, termasuklah:

    • Jahitan
    • Jahitan boleh diserap
    • Stapel
    • Stapel boleh diserap
    • Pelekat kulit (gam)

    Sementara itu, potongan bahagian dalam rahim boleh ditutup dengan jahitan boleh diserap, yang akan larut apabila ia sembuh.

    Seperti mana proses pembedahan lain, luka pembedahan C-Section juga memerlukan penjagaan dan masa untuk sembuh.

    luka czer terbuka

    Selalunya ia boleh sembuh tanpa sebarang masalah, tetapi ada kalanya walaupun diberikan penjagaan yang betul, komplikasi boleh berlaku. 

    Bagi kes yang jarang terjadi, bahagian pemotongan czer ini boleh terbuka semula. Dalam istilah perubatan, situasi itu dikenali sebagai C-section dehiscence.

    Punca luka czer terbuka 

    Perkara berikut boleh menjadi punca bahagian caesarean terbuka kembali:

    Ketegangan & tekanan

    Terlalu banyak tekanan pada perut boleh menyebabkan jahitan longgar atau koyak. 

    Tekanan yang tinggi boleh wujud pada bahagian czer apabila anda mengambil atau mengangkat sesuatu yang berat seperti anak kecil atau beg barangan runcit, memanjat tangga atau cuba bersenam terlalu awal.

    Proses penyembuhan lemah punca luka czer terbuka 

    Ada kalanya proses penyembuhan boleh menjadi lambat disebabkan keadaan genetik atau disebabkan oleh masalah perubatan, contohnya seperti diabetes atau obesiti.

    Keadaan tersebut boleh mengakibatkan penyembuhan tidak sekata atau potongan pembedahan terpisah dan terbuka.

    Nekrosis

    Tidak mendapat darah dan oksigen mencukupi ke bahagian caesarean juga boleh menyebabkan penyembuhan luka yang lambat.

    Dalam sesetengah kes, sel-sel kulit di tepi tempat pemotongan mungkin ‘mati’ kerana tidak mendapat oksigen dan nutrisi yang mencukupi. Keadaan itu disebut sebagai nekrosis.

    Sel-sel mati tidak boleh tumbuh dan bergabung bersama untuk menyembuhkan luka, ini sekali gus membawa kepada pembukaan bahagian C-Section.

    Jangkitan 

    Jangkitan di bahagian pemotongan caesarean akan melambat atau menghentikannya daripada sembuh dengan betul. Ia boleh berlaku disebabkan bakteria atau kuman.

    Dalam prosedur pembedahan biasa, anda biasanya akan diberikan antibiotik sebelum pembedahan. Walau bagaimanapun, selepas pembedahan biasa yang tidak rumit, antibiotik tidak diberikan.

    Jadi sekiranya dijangkiti, tubuh akan bertindak melawan kuman dan ia mungkin tidak dapat melakukan proses penyembuhan dengan betul dalam masa yang sama. 

    luka czer terbuka

    Faktor risiko untuk luka czer terbuka

    Kaedah pemotongan caesarean:

    • Menegak (bermula bawah pusat ke garisan bulu kemaluan)
    • Melintang (merentasi garis bulu kemaluan)

    Jenis potongan adalah bergantung pada pendapat OB-GYN yang terbaik untuk melahirkan bayi anda.

    Pemotongan melintang adalah yang paling biasa kerana ia cenderung sembuh lebih baik dan kurang menyebabkan pendarahan.

    Manakala czer jenis menegak lebih berisiko tinggi untuk terbuka dan lambat dalam proses penyembuhan.

    Terdapat kajian yang menyatakan, penutupan bahagian C-Sec dengan jahitan adalah kurang berisiko untuk terbuka berbanding menggunakan stapel. Pilihan terbaik adalah untuk berunding dengan doktor.

    Gejala & simptom luka czer terbuka 

    Jika luka C-Sec anda terbuka, antara simptom yang boleh dikenal pasti adalah ia akan kelihatan seperti luka baharu dengan kemerahan atau pendarahan.

    Sekiranya jahitan terbuka disebabkan jangkitan, anda akan melihat tanda-tanda jangkitan seperti kemerahan, bengkak atau nanah.

    Seandainya nekrosis menjadi punca jahitan bahagian caesarean terbuka, akan berlaku perubahan warna kelabu, kuning atau hitam sekitar kawasan tersebut. Ia juga mungkin berbau busuk.

    Baca juga:

    Pemotongan dalaman caesarean

    Potongan bahagian dalam rahim juga boleh terbuka atau pecah. Sudah tentu anda tidak dapat melihat keadaan tersebut tetapi ada gejala yang boleh dikenal pasti, seperti:

    Merawat luka czer terbuka 

    Keterukan luka yang terbuka adalah bergantung kepada lokasinya. 

    Jika potongan czer luar terbuka, doktor mungkin memberikan suntikan untuk kebaskan bahagian tersebut dan kemudian mengeluarkan kulit atau tisu sebelum dijahit, stapel atau digam semula.

    luka czer terbuka

    Sekiranya terdapat jangkitan atau sel kulit mati, bahagian czer perlu dibersihkan sebelum ditutup semula.

    Walaupun pembukaan bahagian dalam rahim jarang berlaku, tetapi ia sangat serius. Anda mungkin perlu menjalani pembedahan untuk menutupnya kembali. 

    Dalam kes yang sangat jarang berlaku, rahim mungkin perlu dibuang jika ia rosak atau dijangkiti. Pembedahan ini dipanggil histerektomi.

    Jika kawasan itu dijangkiti, doktor mungkin memberi dos antibiotik yang lebih kuat, atau anda mungkin diberi antibiotik melalui suntikan atau terapi intravena (IV).

    Kesimpulan 

    Dalam sibuk menjaga bayi, anda juga perlu memikirkan keadaan diri kerana pembedahan caesarean dianggap pembedahan utama. 

    Sebaiknya, elakkan perkara yang boleh menyebabkan luka czer terbuka dan segera maklumkan kepada doktor jika melihat atau merasakan ada tanda jangkitan atau komplikasi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan