Keputihan Memang Normal Semasa Hamil, Tapi Boleh Jadi Bahaya Jika Warna Berubah & Berbau!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Fasa mengandung adalah satu tempoh yang paling membimbangkan seseorang wanita terutama sekali jika berlaku sebarang perkara atau perubahan pada tubuh.

Sebagai seorang wanita yang sedang hamil, anda mungkin tidak begitu pasti jika perubahan yang berlaku itu adalah sesuatu perkara yang biasa atau tidak. Salah satunya adalah keputihan semasa mengandung, adakah ia normal berlaku kepada ibu hamil?

Keputihan semasa mengandung adalah perkara biasa

Ramai wanita mengalami keputihan tidak kira sama ada semasa mengandung atau tidak, tetapi ramai juga yang masih tidak pasti apakah sebenarnya keputihan ini.

Untuk pengetahuan anda, keputihan atau cecair keputihan yang dihasilkan daripada kelenjar dalam vagina dan serviks akan membawa keluar sel-sel mati dan bakteria daripada tubuh. Ini bertujuan bagi memastikan kebersihan vagina anda selain mengelakkan sebarang jangkitan yang tidak diingini.

Keputihan semasa mengandung yang normal juga disebut sebagai leukorrhea dan sifatnya adalah cair, putih dan mempunyai bau yang ringan. 

Menurut Dr. Sheryl Ross yang berkhidmat di Providence Saint John’s Health Center, California, salah satu petanda jika seseorang wanita itu hamil adalah berlakunya peningkatan cecair keputihan dan ia akan berlaku sepanjang tempoh kehamilan.

Perubahan dalam keputihan yang berlaku boleh bermula seawal seminggu atau dua minggu selepas konsepsi, bahkan sebelum anda berhenti mengalami haid.

Seiring dengan fasa kehamilan, keputihan yang berlaku akan menjadi lebih jelas atau ketara, dan ia akan menjadi lebih ketara pada fasa akhir kehamilan anda.

keputihan semasa mengandung

Pada minggu-minggu terakhir kehamilan, anda akan mendapati keputihan anda mengandungi lendir yang pekat dengan beberapa garis darah yang disebut sebagai “show”. Ini adalah tanda awal untuk melahirkan anak dan anda tidak perlu risau jika ia berlaku.

Apakah yang menyebabkan perubahan pada keputihan semasa mengandung?

Pengeluaran cecair keputihan akan menjadi surut dan naik di sepanjang kitaran haid seseorang wanita yang disebabkan oleh faktor turun naik tahap hormon tubuh.

Apabila anda hamil, hormon akan turut memainkan peranannya dalam sebarang perubahan pada keputihan yang berlaku. Selain itu, perubahan pada bahagian serviks semasa kehamilan turut memberi kesan terhadap keputihan.

Apabila bahagian serviks dan dinding menjadi lembut, tubuh akan menghasilkan lebih banyak cecair keputihan bagi membantu mengelakkan sebarang jangkitan.

Kepala bayi anda juga akan mula menekan bahagian serviks apabila saat kelahiran hampir tiba, yang juga menyebabkan peningkatan penghasilan keputihan. 

Adakah saya perlu berjumpa dengan doktor?

keputihan semasa mengandung

Jika anda menyedari sebarang perubahan yang tidak normal terhadap keputihan anda, anda perlu berjumpa doktor dengan segera.

Ini kerana mungkin berlakunya tanda-tanda jangkitan atau masalah yang berkaitan dengan kehamilan anda. Berikut merupakan antara tanda-tanda keputihan yang tidak normal:

  • Berwarna kuning, hijau atau kelabu
  • Mempunyai bau yang kuat dan busuk
  • Mengalami kegatalan, kemerahan atau pembengkakan vulvar

Keputihan yang tidak normal mungkin menjadi salah satu tanda jangkitan. Sebagai contoh, jangkitan yis adalah sejenis jangkitan yang sering berlaku semasa kehamilan.

Sekiranya anda mempunyai jangkitan yis semasa hamil, doktor mungkin akan menyarankan penggunaan krim vagina atau suppository. Berikut merupakan antara cara untuk anda mengelakkan jangkitan yis.

  • Pakai pakaian yang longgar yang membolehkan tubuh anda bernafas
  • Pakai pakaian dalam yang diperbuat daripada kapas
  • Keringkan kemaluan anda setelah mandi, berenang atau bersukan
  • Tambahkan yogurt atau mana-mana makanan yang difermentasi ke dalam diet harian anda bagi menggalakkan pertumbuhan bakteria sihat

Selain itu, keputihan yang tidak normal juga boleh disebabkan oleh faktor penyakit kelamin atau STD.

Sekiranya anda menyedari bahawa anda mempunyai sebarang jangkitan berkaitan penyakit kelamin atau STD, nyatakan kepada doktor dengan segera bagi mengurangkan risiko pemindahan jangkitan tersebut kepada bayi anda yang akan dilahirkan kelak. 

Tip bagi mengelakkan jangkitan vagina yang boleh menyebabkan keputihan yang tidak normal

keputihan semasa mengandung

Di sini kami kongsikan beberapa langkah yang boleh anda ikuti bagi mengelakkan sebarang jangkitan pada vagina sekali gus mencegah berlakunya keputihan yang tidak normal terutamanya semasa kehamilan.

  • Pastikan vagina anda sentiasa bersih dengan mencucinya menggunakan sabun yang bersifat ringan dan air bersuhu suam
  • Jangan sesekali menggunakan sabun atau pencuci dengan wangian atau sebarang produk pencuci wanita. Selain itu, elakkan juga penggunaan penyembur wanita dan mandian buih
  • Lap bahagian tubuh anda dengan kering terutamanya pada bahagian vagina selepas mandi

Ya, ia mungkin normal namun anda masih perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan ya?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kelahiran Secara Vakum Buat Kepala Bayi Lonjong? Jom Cuba Tip Ini Untuk Kurangkannya

    Semasa kelahiran secara vakum, doktor menggunakan alat vakum membantu bayi keluar daripada saluran kelahiran. Namun benarkah ia punca kepala bayi lonjong?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Proses Bersalin 15/12/2020 . 3 minit bacaan

    Guna Kaedah Pancut Luar Untuk Elak Hamil? Ini Pro & Kontra Jika Cik Abang Lakukannya

    Adakah anda sebagai suami isteri pernah terfikir dan tertanya sama ada teknik pancut luar itu berkesan atau tidak? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 10/12/2020 . 3 minit bacaan

    Macam Sakit Senggugut Tapi Tak Period, Jangan Keliru Dengan PMS & Tanda Kehamilan!

    Sindrom pramenstruasi (PMS) mampu menyebabkan beberapa simptom yang menyerupai tanda-tanda kehamilan. Perkara ini boleh mengelirukan para wanita.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 30/11/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita PCOS Berjaya Hamil? Ambil Tahu Ini, Ada Risiko Pada Bakal Ibu & Bayi!

    Mempunyai penyakit PCOS (sindrom ovarium polikistik) ketika mengandung mampu menyulitkan proses kehamilan mahupun bersalin. Ini yang ibu perlu tahu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 30/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    garis hitam

    Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    masalah menstruasi wanita

    Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    sakit belakang semasa mengandung

    Tanpa Ubat, Atasi Sakit Belakang Semasa Mengandung Dengan 3 Teknik Regangan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
    darah haid

    Kaum Hawa, Perhatikan Warna Darah Period Anda! Ini Lambang Anda Sihat Atau Tidak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 21/12/2020 . 5 minit bacaan