Ada Kencing Manis Masa Mengandung? AWAS IBU! Kesannya Mungkin Berlanjutan Lepas Bersalin

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 07/01/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Ramai yang kata diabetes gestasi, kencing manis semasa mengandung akan hilang sebaik wanita bersalin.

Namun hakikatnya tidak begitu. Kesannya mungkin berlanjutan untuk tempoh yang lebih lama. 

Alami masalah kencing manis semasa mengandung

Kencing manis semasa mengandung atau diabetes gestasi berlaku apabila tahap glukosa darah tinggi dikesan buat kali pertama semasa hamil.

Ia mungkin disebabkan diabetes yang tidak didiagnosis sebelum ini. 

Umumnya, keadaan kesihatan ini hanya berkaitan dengan kehamilan.

Hormon kehamilan mengurangkan tindakan insulin dan meningkatkan permintaan insulin – cara yang sama seperti diabetes jenis 2. 

Faktor yang meningkatkan risiko wanita untuk mengalami diabetes gestasi atau turut dikenali sebagai diabetes kehamilan adalah:

  • Sejarah keluarga menghidap diabetes
  • Berat badan melebihi nilai BMI sihat
  • Bergelar ibu pada usia tua
  • Kurang melakukan aktiviti fizikal
  • Pernah mengalami kencing manis semasa mengandung atau pradiabetes pada kehamilan terdahulu
  • Mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS)
  • Pernah melahirkan bayi dengan berat lebih 4 kilogram

Dalam kebanyakan kes melibatkan diabetes kehamilan ini, tahap hormon dan glukosa darah akan kembali normal setelah bayi dilahirkan

Walau bagaimanapun, ia mungkin berkembang menjadi diabetes jenis 2. Adakah ia benar? 

Risiko kencing manis semasa mengandung kekal

Kebanyakan kes penyakit kencing manis yang berlaku semasa hamil ini akan hilang sebaik sahaja selepas kelahiran anak.

Pun begitu, wanita yang menghidapi penyakit ini lebih cenderung untuk mengembangkan diabetes gestasi pada kehamilan akan datang dan sekali gus mendapat diabetes jenis 2.

Jika masalah kesihatan diabetes gestasi ini tidak diuruskan dengan baik, wujud risiko komplikasi lebih besar semasa mengandung dan melahirkan untuk ibu dan anak.

Ini termasuklah tekanan darah tinggi, kelahiran pramatang, mempunyai bayi besar atau memerlukan pembedahan caesarean. 

Dengan penjagaan kehamilan yang baik, amalan diet sihat, melakukan aktiviti fizikal dan penggunaan ubat-ubatan seperti insulin atau metformin – menurunkan kadar glukosa darah – jika diperlukan, masalah ini dapat dielakkan.

Ibu yang menghidap diabetes semasa hamil disarankan untuk melakukan ujian darah selepas 6 hingga 12 minggu untuk menentukan sama ada penyakit itu benar-benar hilang atau sebaliknya. 

diabetes gestasi

Walaupun penyakit diabetes tidak dapat dikesan selepas bersalin, namun wanita yang pernah mengalami kencing manis semasa mengandung ini terdedah kepada risiko masalah kesihatan di kemudian hari.

Ada yang mengatakan proses kehamilan ini sebagai ‘ujian metabolik’ khas.

Ini kerana keadaan yang berlaku dapat membongkar kemungkinan masalah ketahanan tindakan insulin atau pengeluaran insulin yang tidak mencukupi yang tersembunyi sebelum berbadan dua.  

Dari diabetes gestasi kepada diabetes jenis 2

Risiko untuk diabetes jenis 2 buat wanita kencing manis semasa mengandung adalah sehingga 7x ganda berbanding mereka yang tidak mengalami masalah kesihatan ini.

Ini dapat dilihat pada 5 hingga 10 tahun akan datang. Selepas itu, anda terdedah kepada risiko menghidap diabetes jenis 2 sepanjang hayat.

Terdapat faktor risiko lain untuk diabetes jenis 2, iaitu:

  • Berusia lebih 40 tahun 
  • Mempunyai pertalian dengan mereka yang menghidap diabetes – ibu bapa, abang atau kakak
  • Berat badan berlebihan atau obesiti – nilai BMI tinggi
  • Menghidap PCOS
  • Merokok
  • Latar belakang keluarga anda adalah Afrika Amerika, Hispanik / Latino, Amerika India, Asia Amerika atau Kepulauan Pasifik, anda berisiko tinggi mengalami diabetes

Diabetes jenis 2 adalah masalah kesihatan sepanjang hayat yang boleh menjejaskan kehidupan seharian. 

Jika mengalaminya, anda perlu sentiasa mengawasi tahap kesihatan dan melakukan pemeriksaan secara berkala. 

Sekiranya tidak, masalah serius lain boleh berlaku, seperti:

sakit jantung

  • Keguguran dan bayi mati dalam kandungan
  • Masalah dengan buah pinggang
  • Penyakit jantung dan strok
  • Hilang deria rasa – kerosakan saraf – wujudkan masalah dalam hubungan seks
  • Masalah kaki – luka dan jangkitan
  • Kehilangan penglihatan dan kebutaan

Berbanding dengan wanita tanpa diabetes gestasi, risiko terkena tekanan darah tinggi dan penyakit jantung hampir 3x ganda.

Kajian juga dibuat pada kanak-kanak yang lahir semasa ibunya menghidap diabetes semasa mengandung.

Mereka ini mempunyai risiko tinggi mengalami kegemukan dan diabetes apabila dewasa. 

Lakukan perubahan gaya hidup

Kedengaran membimbangkan, namun ada banyak perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko mengalami kencing manis, termasuklah: 

perubahan gaya hidup

  • Makan dengan baik
  • Kekal aktif
  • Dapatkan berat seimbang dengan ketinggian (mempunyai BMI normal)
  • Berhenti merokok

Mengamalkan gaya hidup yang sihat bukan hanya akan mengurangkan risiko diabetes jenis 2, tetapi juga akan menghindari kemungkinan mengalami pelbagai masalah kesihatan yang lain. 

Ini termasuk barah, penyakit jantung, strok, kemurungan, artritis dan juga demensia.

Dapatkan sokongan daripada pasangan, keluarga dan rakan dalam melakukan perubahan sihat ini, okay?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Awas, Nyawa Mungkin Melayang Jika Anda Berlengah Rawat Apendiks!

Anda sakit apendiks tapi tak mahu dapatkan rawatan lagi? Jangan begitu, tindakan itu boleh menyebabkan masalah kesihatan lain, bahkan mungkin meragut nyawa!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 18/12/2020 . 3 minit bacaan

Mama, Ini Risiko Bayi Lahir Minggu Ke-36, Paling Bahaya Boleh Akibatkan MAUT

Kelahiran pramatang berisiko menjejaskan tahap kesihatan bayi. Ini masalah kesihatan yang terdedah kepada bayi pramatang 6 bulan patut ibu hamil ketahui.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi 17/12/2020 . 3 minit bacaan

Salah Satu Petanda Hidap Diabetes Adalah Mulut Kering! Jaga-jaga Jika Anda Alaminya

Tahukah anda, salah satu daripada tanda seseorang itu menghidap diabetes adalah mulut kering. Apakah kaitan antara kekeringan mulut dan penyakit diabetes?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diabetes Jenis 2, Kencing Manis 11/12/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil Yang Suka Bersukan, Ini Jenis Latihan Yang Disarankan Ikut Trimester

Kebaikan bersukan bagi wanita mengandung tidak boleh dinafikan. Jom ketahui aktiviti bersukan yang sesuai untuk mereka berbadan dua.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu 02/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

tanda-tanda sakit jantung

Penyakit Jantung Kardiomiopati: Jenis, Simptom, Langkah Pencegahan & Rawatan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 06/01/2021 . 3 minit bacaan
mi segera

Layan Betul Makan Mi Segera Sambil Tonton Drama Korea, Tapi AWAS, Bahaya Untuk Kesihatan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 04/01/2021 . 3 minit bacaan
ultrasound transvaginal

Periksa Rahim Melalui Faraj, Ini Cara Doktor Lakukan Scan TVS Ultrasound Transvaginal

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 23/12/2020 . 3 minit bacaan
darah haid

Kaum Hawa, Perhatikan Warna Darah Period Anda! Ini Lambang Anda Sihat Atau Tidak

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 21/12/2020 . 5 minit bacaan