Mak Buyung Selalu Kemurungan? BAHAYA Bukan Pada Ibu Saja Tapi Juga Bayi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 12/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Ibu mengandung sememangnya akan mengalami perubahan sama ada secara fizikal atau emosi. Namun ia boleh menyebabkan kemurungan dan memberikan kesan kepada kandungan. 

Kemurungan dialami ibu mengandung

Kemurungan adalah keadaan yang boleh mempengaruhi cara berfikir, bertindak dan emosi seseorang.

Dianggarkan 6% wanita akan mengalami kemurungan pada 1 tahap dalam kehidupan mereka. Jumlah ini meningkat kepada 11%, atau 1 daripada 10 bagi wanita hamil.

Wanita dikatakan lebih berisiko untuk mengalami kemurungan apabila sedang berbadan dua, beberapa minggu dan bulan selepas melahirkan anak

Bagi ibu mengandung, perubahan hormon yang berlaku boleh mempengaruhi bahan kimia otak dan menyebabkan kemurungan dan kegelisahan. 

Selalunya, wanita mengandung tidak sedar mereka sedang mengalami tekanan. 

Mereka akan menganggap ia adalah antara simptom kehamilan. Hakikatnya ia lebih daripada itu.

Berita baiknya, kemurungan yang dialami, boleh dirawat. Namun, tanpa rawatan yang betul, ia boleh memberi kesan kepada kandungan dan juga ibu mengandung itu sendiri. 

Memahami tanda-tanda kemurungan

Kemurungan boleh hadir secara perlahan-lahan. Simptom atau gejala yang dialami setiap individu adalah berbeza.

Ia boleh menjadi simptom yang ringan, sederhana atau teruk.

Berikut antara tanda-tanda kemurungan yang boleh dikenal pasti:

Perubahan pada perasaan

  • Rasa sedih, putus asa atau terharu
  • Rasa gelisah atau murung
  • Menangis secara berlebihan
  • Rasa tidak dihargai atau serba salah
  • Memikirkan kematian atau membunuh diri

Perubahan dalam kehidupan seharian

  • Makan secara berlebihan atau kurang daripada kebiasaan
  • Mengalami kesukaran untuk mengingati sesuatu, sukar fokus atau membuat keputusan
  • Sukar tidur atau terlebih tidur
  • Rasa disisihkan atau terpinggir daripada ahli keluarga atau rakan
  • Hilang minat melakukan perkara yang disukai

kesan kepada kandungan

Perubahan pada badan

Sekiranya anda hamil dan mempunyai gejala atau tanda-tanda kemurungan seperti yang dikongsikan di atas, sebaiknya lakukan pemeriksaan dengan doktor. 

Kemurungan: kesan kepada kandungan & ibu mengandung 

Bolehkah kemurungan yang dialami ibu mengandung memberikan kesan kepada kandungan dan juga diri ibu tersebut?

Ya, sudah tentu. Bahkan wanita hamil yang murung meningkatkan risiko untuk keadaan seperti:

  1. Mengabaikan penjagaan diri

Apabila kemurungan terjadi kepada wanita mengandung tidak dirawat dengan sewajarnya, anda mungkin akan mengabaikan aspek penjagaan kendiri. 

Anda akan cenderung untuk tidak mengambil makanan yang sihat dan seimbang serta mengabaikan pemeriksaan pranatal yang telah dijadualkan untuk anda. 

  1. Tabiat tidak sihat

Wanita hamil dengan tanda-tanda kemurungan boleh melakukan tabiat yang tidak sewajarnya seperti merokok, mengambil minuman beralkohol serta penggunaan ubatan yang berbahaya.

  1. Meroyan

Kemurungan yang dialami semasa mengandung boleh berlanjutan dan mengakibatkan berlakunya postpartum depression atau meroyan.

Jika keadaan ini berlaku, ia akan menyukarkan jalinan hubungan dan penjagaan antara bayi dan ibunya.

  1. Membunuh diri

Wanita hamil yang mempunyai tanda-tanda kemurungan boleh mempunyai pemikiran untuk membunuh diri atau menyakiti kandungan.

Walaupun keadaan seperti itu jarang berlaku, tetapi risikonya wujud. 

Berikut pula kesan kepada kandungan:

  1. Kelahiran pramatang

Bayi yang dilahirkan secara pramatang melibatkan kelahiran yang berlaku terlalu awal, sebelum usia 37 minggu. 

Keadaan ini mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko berkaitan kesihatan. 

  1. Bersaiz kecil

Melibatkan bayi yang bersaiz kecil dan tidak mengikut perkembangan saiz kehamilan yang sepatutnya. Keadaan ini disebut sebagai SGA, small for gestational age.

  1. Berat lahir rendah

Bayi mempunyai berat lahir yang rendah. Ini bermakna bayi anda dilahirkan dengan berat kurang daripada 2.5 kilogram. 

Ia meningkatkan risiko bayi untuk berdepan masalah kesihatan yang serius. 

  1. Mudah terganggu emosi

Kesan kepada kandungan bukan sahaja ketika bayi. Namun kemurungan yang dialami ibu mengandung turut mendatangkan impak pada kanak-kanak apabila membesar. 

Mereka akan menjadi lebih mudah marah, kurang aktif, sukar menumpukan perhatian dan mempunyai ekspresi wajah yang terhad.

  1. Masalah tumbesaran

Bayi yang dilahirkan oleh wanita hamil dengan kemurungan juga akan berdepan masalah pembelajaran, tingkah laku serta gangguan perkembangan secara keseluruhan. 

ibu mengandung

Rawatan sewajarnya

Kemurungan yang dialami oleh ibu mengandung, jika tidak dirawat akan meningkatkan risiko meroyan.

Ia 1 keadaan serius yang boleh berlanjutan selama beberapa bulan hingga bertahun-tahun selepas bersalin.

Sudah tentu ia akan merumitkan anda untuk bonding dengan si manja. 

Rawatan awal untuk kemurungan dapat membantu anda berasa lebih baik dan bersedia menjaga bayi selepas bersalin. 

Rawatan boleh merangkumi 1 atau lebih perkara berikut:

  • Sokongan sosial – khidmat masyarakat atau pendidikan keibubapaan
  • Terapi keluarga – melibatkan pasangan dan/atau anak. Ini dapat membantu apabila anak sudah besar
  • Terapi individu – bercakap secara perseorangan dengan kaunselor, psikiatri atau profesional lain
  • Ubatan – ubat yang sering digunakan untuk merawat kemurungan adalah jenis SSRI, selective serotonin reuptake inhibitors.

Kesimpulannya, jika anda mengalami sebarang simptom atau tanda-tanda kemurungan yang disenaraikan, jangan pendam sendiri. Kongsikan bersama individu yang anda percayai. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

Dalam sibuk mencari penawar untuk melawan pandemik COVID-19, adakalanya kita terlupa untuk menjaga aspek kesihatan mental.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 19/10/2020 . 3 minit bacaan

Keinginan Nafsu Seksual Turun Naik Masa Hamil? 5 Perkara Inilah PUNCANYA

Kenapa keinginan seks atau libido wanita hamil ada naik turunnya semasa tempoh kehamilan? 5 perkara ini mungkin punca utamanya yang tidak anda ketahui.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 16/10/2020 . 3 minit bacaan

Nak Tahu, 24 Jam Sebelum Lahir, Ada 11 Benda Bayi Buat Dalam Perut Ibu! No 8 Paling Tak Sangka!

Pernah terfikir apa mungkin dilakukan bayi di dalam rahim sebelum dilahirkan? Sebagai ibu, anda akan mempersiapkan diri, begitu jugalah dengan si manja.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 15/10/2020 . 3 minit bacaan

Faraj Koyak Besar Waktu Bersalin, Ibu Alami Trauma! Bagaimana Nak Atasi Rasa Trauma Kelahiran?

Adakalanya kesakitan yang dirasai semasa atau selepas kelahiran bayi boleh mengakibatkan ibu mengalami trauma bersalin. Tetapi adakah semua ibu berisiko?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 14/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

tabiat membaca

Kalau Nak Anak Bijak, Ibu Kena Rajin Baca Buku Masa Hamil, Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
buasir ketika hamil

Bahaya Jika Ibu Mengandung Alami Buasir, Salah Satunya Tak Boleh Bersalin Normal?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan
muka stress

Jangan Selalu Stres, Kalau Tak Nak Muka Berubah Jadi Macam Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
merancang kehamilan

Usah Gusar, Penghidap Talasemia Masih Berpeluang Miliki Zuriat, Cuma Kena Tahu Risikonya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan