Ibu Alami Tekanan Darah Rendah Semasa Hamil, Itu Tanda Tubuh Kurang Asid Folic & Punca Komplikasi Lain

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 14/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Semasa sedang hamil, banyak perkara yang perlu diambil berat dan tidak boleh dipandang lewa. Ini termasuklah dengan tekanan darah rendah semasa hamil. Jadi, bagaimana keadaan darah yang sepatutnya semasa hamil?

Bagaimana untuk tahu jika saya ada tekanan darah rendah semasa hamil?

Cara terbaik untuk mengetahui tahap tekanan darah anda adalah dengan melakukan pemeriksaan menggunakan  Sphygmomanometer berkualiti tinggi.

Prosedur ini ringkas sahaja dan anda boleh melakukannya di rumah.

Tekanan darah ideal untuk individu sihat dan normal perlu bawah 120 dan atas 80 (120/80mmHg).

Walau bagaimanapun, bacaan tekanan darah yang parasnya sama atau lebih rendah daripada 90/60mmHg menandakan bahawa seseorang itu mengalami tekanan darah rendah.

Punca tekanan darah rendah semasa mengandung

Tekanan darah rendah adalah keadaan biasa dan boleh dijangka bagi seseorang wanita semasa trimester pertama dan kedua.

Ia sering berlaku apabila tubuh anda mula mengeluarkan sebilangan tambahan jenis hormon tertentu seperti progesterone, untuk merehat dan mengembangkan dinding saluran darah anda.

Proses ini memudahkan bayi untuk menyerap nutrien dengan bantuan darah dan oksigen.

Tekanan darah rendah juga boleh disebabkan oleh anemia (kekurangan asid folik dan vitamin B12) atau masalah alergi dalam kalangan wanita hamil.

Dalam kes-kes tertentu, keadaan ini juga boleh menunjukkan simptom komplikasi kehamilan seperti preeklampsia.

Walaupun tekanan darah rendah adalah keadaan biasa bagi ibu hamil, namun disebabkan punca yang dinyatakan sebelum ini, anda perlu sentiasa mendapatkan konsultasi daripada doktor bagi memastikan anda mendapat kehamilan yang sihat.

Adakah saya perlu risau tentang masalah tekanan darah rendah?

tekanan darah rendah semasa hamil

Secara amnya, tekanan darah rendah tidak dianggap berbahaya kerana semakin rendah paras darah anda, semakin kurang risiko anda untuk mendapat strok jantung.

Disebabkan tubuh badan setiap orang berbeza, jadi tiada angka tertentu untuk memberitahu yang kes tekanan darah rendah adalah berbahaya.

Kadar tekanan darah yang rendah hanya dianggap bahaya apabila anda turut mendapat tanda-tanda seperti di bawah:

  • Pening atau hendak pengsan
  • Loya
  • Penglihatan kabur
  • Masalah pernafasan (pernafasan laju)
  • Sukar memberikan tumpuan
  • Dehidrasi abnormal
  • Kehilangan daya
  • Kulit pucat dan tidak bermaya, demam

Dalam trimester ketiga, paras tekanan darah anda selalunya akan kembali sama seperti sebelum hamil.

Bagaimanapun, jika tekanan darah anda masih dianggap rendah semasa proses bersalin, anda mungkin diberikan epidural dengan pemantauan rapi daripada doktor.

Bagaimana untuk mengelak tekanan darah rendah sewaktu hamil

tekanan darah rendah semasa hamil

  • Pastikan anda kekal hidrat
  • Dapatkan diet yang sihat yang kaya dengan asid folik dan vitamin B12. Anda juga disarankan untuk mengambil suplemen pranatal
  • Tidur dengan posisi mengiring berbanding tidur terlentang
  • Dapatkan rehat secukupnya jika anda rasa letih dan pastikan peralihan posisi berdiri atau duduk anda dilakukan secara perlahan-lahan dan berhati-hati
  • Gunakan stokin mampatan
  • Tambahkan sedikit garam dalam diet anda. Walau bagaimanapun, anda perlu berbincang dengan doktor sebelum mencuba cara ini

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Nak Hamil Kena Tahu Bila Waktu Subur, Tapi Tahu Tak Tanda Subur Setiap Wanita Berbeza?

Tanda-tanda ovulasi wanita mungkin berbeza bagi setiap individu, ada juga yang tidak mengalami sebarang gejala ketika ia berlaku.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kehamilan, Rancang Kehamilan 12/10/2020 . 3 minit bacaan

Wanita Sering Berasa Sakit Pada Bahagian Pelvis? Mungkin Penyebabnya Ada Dalam 9 Perkara Ini

Bagi para wanita, kesakitan pada pelvis mungkin merupakan tanda kekejangan haid, ovulasi, atau masalah gastrousus seperti intoleransi makanan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 07/10/2020 . 3 minit bacaan

Flu Memang Berbahaya Terhadap Kesihatan, Terutamanya Buat Wanita Yang Sedang Hamil?

Rasanya ramai yang sudah tahu bahaya virus influenza ini bukan? Namun ada kajian terbaharu yang kata wanita hamil lebih berisiko! Jom klik untuk baca.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Pusat Kesihatan, Selesema/Flu 02/10/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil Selalu Ada Masalah Sakit Punggung? Jom Cuba 11 Cara Ini Untuk Atasinya

Adakah ia sesuatu yang normal untuk wanita mengandung mengalami masalah sakit punggung ketika hamil? Ikuti penjelasannya dalam perkongsian artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 02/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

mengesan kehamilan PCOS

Haid Tidak Tentu Salah Satu Petanda PCOS, Jadi Bagaimana Cara Nak Kesan Jika Hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
kejang perut tanpa haid

Tak Period Pun Tapi Masih Sakit Perut? Ini Masalah Kesihatan Lain Yang Boleh Jadi Punca

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
penyakit tiroid ibu hamil

Bahaya! Ibu Hamil Yang Ada Masalah Tiroid Berisiko Lahirkan Bayi Kerdil

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
bahaya stress ketika mengandung

Jika Doktor Nasihatkan Ibu Hamil Banyak Rehat & Baring, Ini Maksudnya! Seks Pun Tak Boleh Buat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan