Adakalanya kesakitan yang dirasai semasa atau selepas kelahiran bayi boleh mengakibatkan ibu mengalami trauma bersalin.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Adakalanya kesakitan yang dirasai semasa atau selepas kelahiran bayi boleh mengakibatkan ibu mengalami trauma bersalin.
Apakah yang boleh meningkatkan risiko untuk ibu selepas bersalin melalui trauma itu?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Trauma kelahiran atau birth trauma adalah melibatkan kesukaran yang dialami seorang wanita semasa atau selepas melahirkan anak.
Trauma bersalin yang terjadi boleh berlaku secara fizikal melibatkan kecederaan semasa proses kelahiran. Pun begitu, selalunya ia berkaitan dengan aspek emosional dan psikologi ibu.
Trauma melahirkan anak ini bukan hanya mengenai apa yang berlaku ketika bersalin. Tetapi ia juga boleh merujuk tentang bagaimana anda sebagai ibu mudah berasa tersinggung selepas itu.
Kadangkala, kesan trauma selepas kelahiran bayi ini boleh muncul dan berlarutan untuk tempoh masa tertentu.
Pada masa melahirkan anak, anda mungkin berasa takut, tidak berdaya dan rasa dibiarkan keseorangan.
Manakala selepas bersalin pula, ada kemungkinan untuk anda mudah berasa terkejut, bersalah mahupun keliru.
Bahkan, wujud kecenderungan untuk mengalami serangan panik atau kegelisahan.
Jika ini yang berlaku, bermakna anda mungkin mengalami trauma bersalin. Usah malu atau bimbang, kerana anda tidak keseorangan.
Dianggarkan sehingga 1 daripada 3 wanita selepas kelahiran bayi mungkin mengalami trauma ini.
Kecederaan yang dialami semasa melahirkan anak atau birth injuries adalah melibatkan kecederaan fizikal dan boleh mempengaruhi keadaan sama ada kepada ibu mahupun bayi.
Pada bayi yang baru dilahirkan, kecederaan yang dialami disebut sebagai trauma kelahiran neonatal. Ia boleh merangkumi pelbagai aspek, daripada sekadar lebam sehinggalah patah tulang.
Bagi ibu pula, kecederaan semasa bersalin melibatkan keadaan faraj yang terkoyak sehingga kerosakan pada dasar pelvis.
Terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang kepada trauma bersalin. Ini termasuklah:
Seorang wanita lebih berisiko untuk mengalami trauma semasa hamil, bersalin dan selepas melahirkan tinggi sekiranya dia mengalami trauma pada awal kehidupannya.
Ini boleh merangkumi keganasan rumah tangga, penderaan seksual kanak-kanak, pemerkosaan dan trauma yang berkaitan dengan penghijrahan.
Baca juga:
Proses bersalin adakalanya tidak berjalan seperti yang dirancang.
Ramai wanita mengalami trauma bersalin ini tidak dapat menghindarinya kerana faktor risiko seperti sejarah trauma adalah perkara yang berada di luar kawalan mereka.
Namun, ada cara untuk membantu mengurangkan risiko trauma selepas bersalin, seperti:
Sekiranya anda rasa mungkin mengalami trauma emosi, sangat penting untuk anda dapatkan bantuan seawal mungkin. Ia dapat memberi manfaat kepada anda dan juga keluarga.
Beberapa gejala psikologi, termasuk ‘baby blues‘, sangat biasa berlaku dalam tempoh kelahiran.
Tetapi jika masih berasa tertekan 2 minggu atau lebih selepas melahirkan, ia mungkin petanda anda mengalami kemurungan atau kegelisahan selepas bersalin.
Dalam beberapa kes, wanita yang tidak mendapatkan rawatan untuk trauma selepas kelahiran bayi boleh menyebabkan gangguan tekanan pasca-trauma (PTSD).
Berdasarkan 1 kajian di Australia mendapati bahawa lebih 1 daripada 20 ibu baru mungkin menunjukkan tanda-tanda PTSD selepas12 minggu melahirkan anak.
Cara terbaik yang boleh anda lakukan adalah dengan:
Sekiranya perlu, terapi atau pengambilan ubat-ubatan juga boleh digunakan sebagai antara kaedah rawatan. Dan sudah tentu doktor adalah individu terbaik untuk memberi nasihat mengenai perkara ini.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen